Thursday, April 30, 2009

video klip

  • roomate CEMPAKA amat tertarik dengan video klip ini
  • mereka juga telah melihat video ini berulang2 kali
  • mungkin CEMPAKA boleh berkongsi dengan anda semua
  • selamat berhibur~

Wednesday, April 29, 2009

oh flip flop cinderella

petang tadi CEMPAKA menjadi cinderella
  • hari ini CEMPAKA ke kelas seperti biasa dan sudah pasti memakai alas kaki
  • antara alas kaki yang ada, CEMPAKA memilih untuk memakai flip flop sahaja aka selipar jepun
  • bukan apa supaya mudah untuk berjalan ke sana ke sini
  • petang tadi selesai sahaja kelas, CEMPAKA dan kawan2 bercadang2 untuk minum di coffee day
  • namun tiba2 dalam perjalanan...
  • sewaktu berjalan2 berjemaah ramai2
  • selipar CEMPAKA terputus dengan tiba2nya
  • entah kenapa terjadi sebegitu
  • lantas anis si oswald sangatlah baik hati
  • beliau mahu mencuba stapler
  • teng dan uniq baik hati juga
  • mereka meminta tolong hulwan
  • hulwan lagi lah baik baik hati
  • walaupun sedang membawa motor, beliau meminjamkan seliparnya sebelah kepada CEMPAKA
  • dan beliau serta nick di belakangnya pulang dengan kaki ayam sebelah
  • suwigg~
  • selepas itu kami ke coffee day
  • tak sangka pula jumpa ikiey, zaidi dan ilham di sana
  • ikiey lengkap berpakaian lab coat dengan rambut gaya wolverine
  • lab coatnya hanya ditanggalkan ketika waktu kecemasan
  • kerna ikiey memakai pakaian seragam wonderpet di sebaliknya
  • sewaktu mahu pulang pula
  • kami bersama2 menahan auto
  • tiba2 datang seorang pak cik tua ke arah CEMPAKA
  • beliau menhampiri CEMPAKA dan mengeluarkan rantai dari leher bajunya
  • beliau mengambil salah satu pin pada rantai tersebut
  • kemudian pak cik tadi tunduk dan meminta selipar CEMPAKA lalu tolong pinkan kembali bahagian selipar yang putus tadi
  • alangkah terkejut beruknya CEMPAKA
  • CEMPAKA terus berterima kasih kepadanya kerna pakcik itu sangatlah baik hati
  • suwigg~
  • sepetang bersama selipar putus bersama kema, anis, bihah, naz, raja, uniq, teng

Monday, April 27, 2009

oswald??


  • oswald adalah sejenis kartun sotong kurita yang bewarna biru dengan lapan kaki serta topi hitam
  • siri kartun bernama nick jr ini ditayangkan di rangkaian nickelodeon, cartoon network dan disney channel
  • siri ini juga direka khas oleh dan yaccarino dari tahun 2001 hingga 2008 yang berkisarkan hidup oswald dan rakan2nya
  • oswald dan rakan2 tinggal di big city suatu bandar fantasi ala new york city
  • siri ini mempunyai 2 musim dengan 30 episode setiap musim
antara watak2 dalam siri ini ialah :

oswald
  • suara oleh fred savage
  • seekor sotong kurita besar bewarna biru yang mempunyai 4 tangan dan 4 kaki
  • tinggal di sebuah apartment bersama henry si penguin, buster si kura2 dan kawan2 yang lain
  • beliau adalah seorang yang lembut, sopan dan baik hati serta sanggup mencuba apa sahaja cara demi membantu kawan2nya
  • hobinya adalah bermain piano dan menyanyi
  • oswald selalu memakai alat keselamatan sewaktu berada di dalam air
  • beliau juga menyukai ais krim swizzleberry swirl
weenie
  • suara oleh debi derry berry
  • seekor haiwan peliharaan kepada oswald
  • hanya bercakap dengan gaya menyalak
  • weenie gemar makan makanan anjing perisa vanilla
daisy
  • suara oleh cystal scales
  • seekor bayi ulat bulu yang baru belajar untuk bercakap
  • satu2nya anak madame butterfly
  • mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terhadap semua objek di sekelilingnya
  • selalu dikelilingin oleh ibunya dan rakan2nya yang lain bagi mengawasi sifat ingin tahu yang tinggi itu
dan ramai lagi...

namun terdapat seorang budak ims yang ingin menjadi oswald

siapakah orangnya?

siapakah oswald di antara mereka?

adakah oswald hadir di sini?

yang mana satukah oswald?

oswald reality, siapa anda?

Sunday, April 19, 2009

klarifikasi

  • kepada yang tidak tahu...



  • mungkin ramai yang tidak mengetahui intipati cerita yang berlaku kepada CEMPAKA sebenarnya
  • di sini mungkin CEMPAKA boleh memperjelaskan sedikit apa yang berlaku di sebalik tabir
  • isnin lalu CEMPAKA pun hantarlah surat yang dipinta
  • jangan main2, CEMPAKA tulis dalam bentuk format surat rasmi :D

  • namun sewaktu nak hantar HOD cuti pula
  • oleh itu CEMPAKA hantar kepada Mdm Sayee
  • sewaktu berjumpa dengan Mdm Sayee dalam dissection hall
  • Mdm memegang tangan CEMPAKA sambil berkata, "55, what happened to you? why you didn't come after that day?"
  • CEMPAKA pun menjawab, "i was permitted from this hall by prof sudha, and she asked me to write this letter" sambil menghulurkan surat itu
  • lalu Mdm berkata, "oh my, did you write this letter?"
  • mestilah CEMPAKA angguk kan
  • lantas Mdm berkata, "no, no. you dont have to write this letter or else i will feel bad. you dont even do anything huge. it's not really a big mistake. oh my god, keep this letter to yourself" sambil melipat surat CEMPAKA dan meletakkannya ke dalam pocket lab coat CEMPAKA
  • CEMPAKA mulanya tidak faham dan agak terkejut
  • lalu Mdm berkata, "dont worry and dont take this thing seriously. you do not do anything wrong unless from walking around. [laughing] if you wanna write the letter so much, just write 3 words, i am sorry. you don't have to write this long and proper letter because this is for someone who did any huge mistake. oh my.. [laughing]
  • Mdm masih lagi memegang tangan CEMPAKA lalu menyuruh CEMPAKA kembali ke tempat
  • suwigg~


  • mungkin juga ramai yang salah anggap alkisah CEMPAKA dan HOD berdasarkan post2 sebelum ini
  • mungkin ada yang menganggap CEMPAKA pelajar yang tak patut belajar di sini
  • CEMPAKA tak kisah kerana mungkin mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku
  • sebenarnya setiap kali HOD marah CEMPAKA bukanlah dengan nada marah yang garang2
  • malah HOD berkata2 dengan senyum
  • mungkin apabila dialog itu ditulis semula disini ramai yang baca dengan nada berbeza
  • CEMPAKA masih ingat sebelum practical IA bermula, HOD personally memanggil CEMPAKA di dalam kelas dan menunjukkan kepada CEMPAKA satu persatu slide histo beserta dengan characteristic dan cara untuk mengecamnya sekali di mana pelajar lain perlu ulang kaji dengan sendiri
  • setiap kali demo dissection di meja CEMPAKA juga HOD pasti memanggil CEMPAKA untuk berdiri di sebelahnya sambil memberi penerangan
  • dan selepas semua pelajar lain berlalu HOD pasti akan memanggil CEMPAKA sambil bertanya mungkin ada apa2 yang CEMPAKA tidak faham
  • hal ini disebabkan HOD sudah mengenali CEMPAKA berdasarkan apa CEMPAKA pernah lakukan
  • well, anda semua tahu bukan
  • sewaktu ujian practical juga, selepas taklimat, HOD personally memberitahu perkara yang patut ditulis kepada CEMPAKA walaupun semua pelajar sudah tahu mengenai itu
  • jadi apa jua pandangan mengenai HOD dan CEMPAKA terpulanglah kerana CEMPAKA tiada hak untuk menghalang
  • dan CEMPAKA amat terharu kerana HOD concern ke atas diri CEMPAKA
  • suwigg~

  • dalam kelas osteo juga mungkin CEMPAKA pernah bercerita bagaimana CEMPAKA pernah di tegur oleh "sir azlan"
  • bagi yang tidak tahu, kelas osteo ini adalah kelas mengenai tulang dan bahagian2 yang terdapat pada tulang tersebut, ossification dan muscle attachment
  • mungkin CEMPAKA pernah bercerita di mana semua orang dibenarkan keluar dan CEMPAKA disuruh stay dalam kelas itu
  • mungkin anda tidak tahu "sir azlan" sangatlah baik kerana walaupun selepas menerangkan perihal sesuatu tulang kepada kelas, beliau personally menerangkan semula benda yang sama kepada CEMPAKA
  • kemudian beliau siap menyuruh CEMPAKA mengecam betul2 bahagian tulang itu sampai CEMPAKA betul2 faham
  • mungkin ramai yang ingat CEMPAKA sedang didenda dan sebagainya
  • tapi CEMPAKA amatlah terharu kerana sir azlan sanggup ulang apa yang diajar
  • suwigg~

  • mungkin ramai yang ingat dr suresh yang pernah menghalau CEMPAKA itu garang orangnya
  • beliau memanglah garang tapi sewaktu dalam kuliah sahaja
  • diluar beliau sangatlah baik orangnya
  • jika dalam kelas practical dr suresh pasti akan bertanya CEMPAKA sama ada CEMPAKA boleh melakukan eksperimen tersebut atau mahukan penjelasan
  • CEMPAKA percaya dr suresh juga melakukan perkara yang sama kepada pelajar lain
  • jadi dr suresh tak ada lah garang sangat
  • suwigg~

  • mungkin dr murali pernah menegur CEMPAKA tidur dalam lecture hall dengan lab coat
  • namun sebenarnya dr murali sangatlah baik orangnya
  • CEMPAKA masih ingat sebelum exam biochemistry, dr murali bertanya sama ada CEMPAKA sudah bersedia menghadapi exam atau tidak serta tanya mana2 topik yang CEMPAKA tidak faham
  • dr murali juga dengan tiba2 meminta pen dan kertas dari CEMPAKA dan menulis topik2 yang patut ditekan sebelum exam [waa~:D]
  • sewaktu exam practical, sewaktu dr murali menunggu pelajar di sebelah CEMPAKA menyiapkan jawapan, beliau bertanya CEMPAKA sama ada CEMPAKA boleh jawab exam minggu lepas, soalan mana yang susah, soalan objektif yang keliru
  • sesungguhnya dr murali sangatlah baik
  • suwigg~

  • dalam kelas histo pula
  • sewaktu mdm sayee panggil setiap 10 orang ke slide beliau pasti akan menarik tangan CEMPAKA supaya berdiri di sebelahnya
  • antara kata2 mdm sayee yang CEMPAKA takkan lupa ialah, "she so special to us" [chewaahh.. terharu~]
  • mdm sayee sifatnya sangatlah keibuan menyebabkan CEMPAKA sangat menyukainya
  • nak tulis pasal keibuan mdm sayee panjang pula [hehe :P]
  • suwigg~


  • oleh itu
  • CEMPAKA tahu course ini bukanlah course yang senang
  • berkat itu amatlah penting
  • sebab itulah walau ditegur macam mana pun CEMPAKA tak pernah melawan
  • sebaliknya CEMPAKA hanya senyum
  • dan bagi mereka yang ingat CEMPAKA tidak serius sebab senyum, lecturer yang tegur tadi membalas senyuman itu
  • kerana CEMPAKA tahu niat mereka baik
  • even dr suresh pun senyum [suwigg~]
  • benar lecturer banyak menolong terutama jika sikit lagi nak pass
  • CEMPAKA masih ingat sir azlan sewaktu practical surface marking, dia hanya menyurh CEMPAKA membuat surface marking pada bahagian yang CEMPAKA tahu dengan yakin tanpa mengutarakan soalan [just do what you know]
  • mungkin ada juga kot pelajar lain yang sir azlan suruh buat begitu

  • jadi disini CEMPAKA hanya ingin klarifikasi beberapa perkara di sebalik tabir yang mungkin di antara anda yang tidak tahu
  • dan CEMPAKA tahu serta mengaku di atas semua yang berlaku adalah datang daripada salah diri sendiri
  • CEMPAKA tidak pernah menyalahkan sesiapa jua [huahuahau!!]
  • jadi jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut sila ym CEMPAKA dari membuat andaian, buat2 tahu atau menuduh bukan2
  • suwigg~

Sunday, April 12, 2009

tersirat dan tersurat

jom bercerita
  • di sebuah taman perumahan
  • wujud pasar malam pada hari isnin, selasa dan rabu
  • pasar malam tersebut dikawal oleh pegawai perbandaran yang bertugas
  • antara peraturan yang ada ialah para peniaga tidak dibenarkan memindahkan tapak niaga mereka setiap kali berurus niaga pada hari2 berikutnya

  • terdapat pelbagai variasi gerai yang ada termasuklah sebuah gerai bewarna serba kuning dari perkakas hinggalah ke barang jualan
  • ternyata gerai ini lebih menonjol dari gerai2 yang lain
  • namun begitu bukanlah semua peniaga mematuhi peraturan2 di situ
  • setiap hari peniaga yang sampai lebih awal akan mengambil tapak di hadapan dan diikuti dengan peniaga yang seterusnya
  • siapa cepat dia dapat
  • dan hampir setiap hari berlangsungnya pasar malam, tapak niaga para peniaga di situ pasti berubah
  • pendek kata semua peniaga tidak mempunyai tapak yang tetap

  • pegawai yang bertugas menyedari hal ini namun beliau tidak mengambil tindakan kerana perbuatan tersebut tidak menjejaskan urus niaga di kawasan itu
  • walaupun begitu, setiap kali gerai bewarna kuning berpindah tapak, pegawai yang bertugas sering kali memberi amaran tentang peringatan peraturan itu
  • hal ini disebabkan oleh gerainya yang serba kuning itu menarik perhatian pegawai tersebut dan mudah dikenalpasti berbanding gerai2 yang lain walaupun mereka semua turut berpindah tapak

  • akhirnya selepas beberapa kali amaran, pegawai bertugas mengeluarkan peniaga gerai kuning itu dari senarai nama peniaga yang dibenarkan terlibat dalam urus niaga pasar malam di taman perumahan itu
  • hal ini disebabkan peniaga itu telah mengabaikan amaran yang telah diberi dan ditambah pula mood pegawai bertugas yang kurang baik hari itu

  • pada pandangan seseorang individu, tindakan yang dikenakan ke atas peniaga gerai kuning itu BERBALOI kerana beliau tidak mematuhi peraturan dan telah mengabaikan amaran yang diberi
  • jika begitu semua peniaga BERBALOI dikenakan tindakan yang sama kerana bukankah semua peniaga melanggar peraturan juga??
  • jadi bersyukurlah kerana kesalahan anda tidak dihidu dan tidak dikenalpasti oleh pegawai bertugas kerna hanya salah seorang peniaga sahaja yang telah dikenakan tindakan
  • dan anda masih mahu menghukum dan mengutuk kesalahan peniaga gerai kuning??

Tuesday, April 7, 2009

dipanggil Prof Sudha

  • kemasukan (entry) kali ini di taip sejurus sahaja CEMPAKA pulang ke rumah di atas apa yang berlaku

  • sebelum memulakan bicara izinkan CEMPAKA bercerita serba sedikit mengenai Prof Sudha bagi pembaca2 ruangan kali ini yang belum mengenalinya
  • Prof Sudha merupakan associate dean di universiti CEMPAKA dan merupakan pangkat ketiga tertinggi selepas Dean Dato' Ghani yang suka senyum dan Naib Chanselor Dato' Shukri
  • memandangkan kedua2 dato' tersebut berada di malaysia maka prof sudha lah orang yang berkuasa
  • lagipun kertas2 dan fail2 di atas meja prof sudha lebih banyak berbanding dato ghani
  • prof sudha juga gemar memakai sari yang berwarna hijau lumut dan juga beliau memakai sepasang cermin mata
  • antara fakta menarik tentang laptop prof sudha ialah di desktop nya sangatlah penuh dengan fail2 ilmiah namun masih terdapat icon limewire
  • ternyata prof sudha juga gemar muat turun lagu2 sebagai hiburan

  • berbalik kepada topik asal
  • petang tadi sewaktu CEMPAKA di dalam dissection hall seperti biasa CEMPAKA akan meninjau2 meja2 yang menarik perhatian
  • bukan apa, CEMPAKA sebenarnya seorang detektif dalam hall tersebut
  • misi CEMPAKA petang itu ialah untuk mencari siapalah watak pinokio yang berhidung panjang yang hangat diperkatakan kini
  • namun begitu, CEMPAKA masih tahu tajuk yang dibincangkan petang itu iaitu the larynx
  • tetapi CEMPAKA agak sibuk dan tidak boleh membaca sangat
  • maklumlah, detektiflah katakan

  • pada awal waktu, semasa CEMPAKA dalam perjalanan dari meja belakang ke meja depan, CEMPAKA di panggil oleh Mdm Sayee selaku lecturer anatomy sambil berkata "it's not ok when only the same student being warned for the same mistake"
  • maka CEMPAKA hanya senyum dengan manisnya dan kembali ke meja CEMPAKA
  • namun CEMPAKA melihat uniq sedang rancak berbual2 dan sally yang selalu berjalan2 dan duduk di atas riba orang itu pula tidak pernah kena panggil oleh mana2 lecturer :P
  • maka CEMPAKA menghampiri uniq dan ketika itu jehan yang ada bakat melukis serta tika juga ada
  • anis pula sedang asyik mendengar penerangan dr rao manakala naz, bihah, gym2 dan hana sedang berbual2 manja di meja depan
  • ikrey yang bangun lambat dan tak datang kelas pagi,loq, dan izzul sedang berbual2 manja juga
  • namun kema, dayah dan teen mungkin sedang serius di depan
  • teng pula sedang serius di meja belakang sambil mendengar penerangan berilmiah dari ammal
  • ini menunjukkan sedikit sebanyak suasana di hall itu

  • tiba2 sewaktu sedang bercakap2 dengan jehan tiba2 muka jehan menjadi pelik
  • matanya membesar dengan tiba2 dan leher nya menjadi semakin pendek
  • hidungnya juga bertambah panjang
  • jadi, adakah jehan pin0ki0 yang dicari2?
  • scar buatan di muka sally juga jelas kelihatan
  • kata jehan "sir azlan sedang cari ko. die nak datang sinilah. nah amik nota aku buat2 kita tengah study"
  • maka CEMPAKA dan jehan pun berpura2 study dengan seriusnya

  • tanpa mengendahkan lakonan kami sir azlan berkata "no 55, HOD wants to meet you"
  • CEMPAKA dengan senyuman manis lagi mengekori sir azlan ke meja depan
  • HOD berkata, "you have ignored all the repeated warnings from us. now, go and meet prof sudha at her office. she wants to meet you right now"
  • CEMPAKA agak terkejut juga dan pabila CEMPAKA memandang ke belakang sangatlah ramai mata yang memandang
  • CEMPAKA terus menuruni tangga dan berjalan melalui denai2 di hadapan gym maverick dan akhirnya tiba di pejabat prof sudha

  • di pejabat prof sudha, CEMPAKA mengetuk pintu sambil berkata "excuse me madam, yes?"
  • dan prof sudha berkata "yes?"
  • maka CEMPAKA menjawab "yes"
  • prof sudha berkata lagi "yes? what can i help you?"
  • "eyh, bukankah aku dipanggil prof sudha?" getus hati kecil CEMPAKA
  • prof sudha berkata "yes. please have a seat. what's wrong?"
  • CEMPAKA pun jawablah "i came from the dissection hall and..."
  • belum sempat CEMPAKA menamatkan ayat prof sudha berkata
  • "ohh, so you are the first year student and the one from dissection hall. now, i've received many complaints from anatomy department where you've been given many repeated warnings. i've been told that you are not having the behaviour of the professional course student which you've to be well mannered and well have behaved. but you keep walking around and it might disturb others."
  • kemudian CEMPAKA gelak2 manja sambil tersenyum lalu menjawab, "oh, actually i WANT to join a small educational discussion with a few dedicated students at the back of the hall along with the dissection"
  • namun prof sudha tersalah dengar perkataan WANT dan ONCE lalu dia berkata
  • "it's not ONCE but A LOT of complaints i've received. so after this, YOU HAVE BEEN PERMITTED FROM ENTERING THE DISSECTION HALL FOR THE WHOLE WEEK AND YOU MUST WRITE AN APOLOGY LETTER TO HOD OF ANATOMY AND I CAN TALK TO HIM ABOUT THIS SO WE CAN RECONSIDER ABOUT IT"
  • terkesima sebentar CEMPAKA sambil berkata dalam hati "yeayy!! boleh balik awal dan tidur!!"
  • haha tapi itu sebenarnya untuk menyedapkan hati CEMPAKA yang bertambah cuak dan bimbang jikalau perkara ini di sampaikan kepada keluarga CEMPAKA tentang kelakuan manja CEMPAKA di sini dan sudah pasti mereka hampa
  • harap2 tidak lah

  • maka itulah yang terjadi
  • dan saat CEMPAKA sedang menaip di sini mungkin rakan2 yang lain masih berada di dalam hall nun di sana


aduhai...

Saturday, April 4, 2009

gara2 MONKEY memikat DOGGY

  • pagi itu merupakan turn CEMPAKA dan partner CEMPAKA, naz ke market
  • nama market itu ialah yeshwantpur
  • keadaan market itu faham2 sajalah tapi masih ada sebuah hotel yang dibina di kawasan itu dengan permandangan bertatahkan pasar
  • mungkin strategi usahawan india untuk menarik pelancong kepada kambing2 bunting yang berkeliaran
  • kembali kepada cerita asal
  • CEMPAKA dan naz bercadang untuk membeli sejenis bahan masakan
  • teka lah apa bahannya
  • apa? jintan manis? bukan2
  • bunga kantan? bukan jua
  • kami hanya ingin membeli santan
  • oleh itu kami pun mencari beberapa kedai yang menjual santan
  • namun terdapat anjing yang sedang tidur nyenyak di kaki lima berhampiran kedai2 di situ
  • memandangkan anjing tiada klorofil, maka matahari bukanlah faktor utama untuk mendapatkan makanan maka lebih baik anjing tersebut tidur sahaja
  • pabila CEMPAKA lalu di hadapan anjing itu kerna ingin menuju ke kedai sebelah, anjing itu sedang menggeliat seperti donald duck yang baru bangun tidur
  • maka CEMPAKA mempercepatkan langkah seperti skuad kawat hari kebangsaan
  • "kiri kanan kiri" "tukar langkah" "satu dua"
  • tiba2 kedengaran suara anjing tadi berjalan di belakang CEMPAKA
  • naz menoleh kebelakang dan berkata "anjing tadi kejar kitalah" dan terus berlari kehadapan
  • sewaktu CEMPAKA berkata "ye ke?" dengan saspennya, anjing tadi menyalak "wooot..wooot" menyebabkan CEMPAKA panik
  • maka dengan sepantas internet TATA, CEMPAKA berlari2 anak ke hadapan
  • tapi orang ramai pula di hadapan, oleh itu CEMPAKA membelok ke kiri
  • tapi anjing tadi masih mengejar dekat sahaja di belakang CEMPAKA sambil menyalak hebat high pitch macam mariah carey
  • lalu CEMPAKA lari dan lari mengelilingi gerai2 yang menjual tembikai dan kelapa
  • hampir semua orang di situ memandang CEMPAKA
  • ada yang tertawa dan tak kurang yang menjerit menghalau anjing itu
  • CEMPAKA teramatlah panik tika itu dan rasanya ingin pengsankan sahaja anjing itu
  • anjing itu masih mengejar CEMPAKA dan menyalak dengan kuatnya
  • maka dengan panik dan spontan dan tidak semena2 CEMPAKA lari menyorok di belakang mak cik menjual buah itu lantas mengambil kain sari yang panjang di bahunya lalu membaluti diri CEMPAKA
  • konon2nya ingin menyorok dari anjing walhal macamlah sari itu tebal seperti besi perisai
  • nasib baik seorang pak cik menghalau anjing tadi jauh2 nun di sana
  • CEMPAKA terus cepat2 meletakkan kembali kain sari yang diambil dari makcik tadi
  • pabila CEMPAKA memandang sekeliling hampir semua mata memandang dan senyum ke arah CEMPAKA
  • malu teramat tak terkiranya rasanya
  • oleh itu, CEMPAKA hanya mampu membalas senyuman mereka
  • kemudian pakcik tadi berkata anjing tadi sebenarnya tertarik kepada beruk yang tergantung di bag CEMPAKA dan "you should keep it inside your bag"


beruk yang memikat anjing ini dihadiahkan oleh uniq kepada CEMPAKA sempena ulangtahun CEMPAKA yang ke-?? baru2 ini. fakta menarik tentang beruk ini ialah ia dapat mengeluarkan bunyi apabila perutnya ditekan. :P