There was an error in this gadget

Monday, November 29, 2010

buka mulut

  • tadi CEMPAKA tengah dinner
  • tiba2 rasa ada sesuatu dalam mulut
  • bila tengok cermin nampak macam vesicle
  • ingatkan ulcer tapi bukan sebab tak sakit
  • dulu2 masa posting surgery pernah nampak case ni
  • sekarang bila kena tak sure pula
  • terus google, macam sama je
  • nak buat macam mana?


lepas google lebih kurang macam ni lah kot. :(

Saturday, November 27, 2010

talented!

kena prank!

  • semalam CEMPAKA tengah sembang2 dekat belakang lecture hall sebab lecturer tak masuk lagi
  • lepas tu tiba2 jasad terhenti sebab ada orang calonkan jadi wakil MSA
  • serious CEMPAKA tak tahu apa apa pun
  • terkejut beruk rasanya. kena prank. 
  • so malam ni tibalah masanya untuk bermanifesto lah konon2nya
  • dulu kat sekolah CEMPAKA bukanlah type2 manifesto utk bwp/ldp segala, yang fly breakfast roti canai adalah
  • memang tak ada pengalaman langsung
  • CEMPAKA tanya lah kena pakai baju apa, ramai yang cakap baju kurung
  • tengok2 CEMPAKA seorang sahaja yang pakai baju kurung. kena prank lagi :(

Thursday, November 18, 2010

nilai sebuah kecantikkan

  • tiba2 CEMPAKA terfikir sewaktu melihat ragam manusia yang seribu satu macam jenisnya
  • apakah nilai kecantikkan di mata seorang homosapiens?
  • memang benar pandangan pertama kita bila melihat suatu wajah yang cantik tidak kira lelaki mahupun wanita yang tersangat indah memberikan sebuah persepsi terhadap individu tersebut
  • ada yang berwajah garang, monyok, ceria dan ada juga yang cakap muka kaya atau muka miskin, muka kampung, muka bandar
  • tapi adakah itu kecanitikkan sebenar?
  • contoh tipikal bila kita terlihat perempuan cantik ayu berjalan di hadapan dalam hati terdetik "bersih sungguh wajahnya" tiba2 bila orang lain tak sengaja melanggar perempuan tadi tiba2 dia tengking "weh, kau ape hal? buta?"
  • bila meningkat dewasa, dari tadika ke sekolah rendah lanjut ke sekolah menengah dan kini di universiti, kita banyak terjumpa situasi atau manusia secara spesifiknya agak bertentangan dengan bonus (kecantikkan) yang dimilikki
  • contohnya orang yang berwajah cantik juga kadang2 mementingkan diri dan juga sarkastik serta tidak meghiraukan perasaan orang lain
  • tapi ironinya, mereka yang tidak secantik orang yang cantik tadi mungkin pada luarannya kelihatan sombong dan garang atau gila2 sebenarnya lebih sensitif terhadap insan lain mungkin kerana mereka ini tidak mempunyai "bonus" maka bagi diri mereka, siapalah mereka untuk berlagak?
  • maka, apa yang penting sekarang walau secantik mana luaran seseorang, halus mulus kulitnya, tetapi kecantikkan sebenar ialah perwatakkan, tingkah laku, dan nilai pekerti seorang insan yang berada disebalik kulit yang hanya menyelaputi daging dan tengkorak tak kira kulit yang polos mahupun berkudis/bersisik
  • after all, tanpa wajah yang cantik/handsome/cute, kita hanyalah tulang yang dibaluti daging yang dapat dilihat, yang membezakan setiap daripada kita ialah akhlak yang tidak dapat dilihat oleh mata bogel (naked eye :P)
  • jadi marilah kita sama memperbaiki apa yang kurang, peringatan buat CEMPAKA juga (kalau kurang luaran, jangan sampai ambil susuk pula! kidding! :P)



bayangkan diri tanpa kulit yang meyerikan wajah, kita hanyalah insan yang tidak cantik?


p/s : sangat bertuah bagi mereka yang mempunyai kecantikkan luaran dan dalaman. termasuk ANDA! alhamdulillah :D

adrenaline rush

  • kolej CEMPAKA tiba2 nak naikkan hormone adrenaline dalam badan kami semua yang dah lama tak guna
  • kalau guna pun sikit je bila anjing lalu mulalah nak lari. gelabah betul
  • tapi kagum dengan budak lelaki yang tak putus meng"adrenaline rush" sebab diorang selalu main bola tiap petang
  • tapi kat sini ada juga perempuan yang buat aerobik, swimming, jogging dan pergi gym segala, sudah tentu bukan CEMPAKA, tengok peha dah tahu. :P
  • baik, point di sini CEMPAKA nak cerita kolej di bumi bollywood ni telah buat sports day baru2 ni
  • best jugak sebab ada indoor & outdoor games
  • selebihnya malas pula nak cerita sebab memang cerita ni dah basi. minggu lepas kot!
  • tahun ni CEMPAKA terlibat belakang tabir sahaja
  • jadi cheerleader, buat pom2 segala, banner, maskot sampai siang mengantuk malam berjaga dan juga ajk dam dan congkak
  • sebenarnya banyak hal yang berlaku tapi malaslah nak type. haha



ni lah maskot tu. macam beruk kan? nama batch kami, MIGHTY APES