Sunday, November 1, 2009

Ayah, aku terpaksa...

Di bumbung bangunan 21 tingkat...

POLIS 1 : Sila letakkan senjata anda!!
PENJENAYAH : Tembaklah atau kamu semua mati kalau aku letupkan bom ini
POLIS 1 : Jangan lakukan keputusan bodoh! Kalau bom itu meletup, kamu turut mati!
PENJENAYAH : Aku tak hairan. Lagipun, sudah 18 tahun aku hidup tanpa makna!
POLIS 1 : Kami berhak untuk tembak kamu jikalau kamu cuba melakukan perkara bodoh!
PENJENAYAH : Aaahh!! Ingat aku takut??
POLIS 2 : Ingatlah ibu bapa kamu sebelum kamu berbuat apa-apa keputusan!
PENJENAYAH : Bapa? (sambil tertunduk dan berfikir)
POLIS 2 : Bertindak!! (memberi arahan kepada anak buah)
PENJENAYAH : (terkejut dengan jeritan polis lalu menganngkat kepala dan mencuba untuk menarik picu bom)
POLIS 2 : Tembak!! (memberi arahan kepada semua anggota yang mengepung penjenayah itu)

Riuh suasana di atas bumbung dengan bunyi tembakan anggota polis. Helikopter di perkarangan udara turut terlibat dalam sesi pergelutan itu. Penjenayah yang akhirnya buntu selepas berhempas pulas mengelak dari tembakan terus terjun dari bangunan 21 tingkat itu sambil berbisik, "Ayah, aku terpaksa..."



***

MAK JAH
: Sabarlah Salleh, mungkin Tuhan lebih sayangkan isteri kamu.
SALLEH : Terima kasih Mak Jah. Tapi, itulah, sekarang tinggal saya dan Saiful sajalah. Saya ingat nak pindah ke Kuala Lumpur. Ye lah, kami kan orang susah. Kalau hidup di kampung ini, alamat tak dapatlah saya nak sekolahkan si Saiful tu.
MAK JAH : Haa elok juga tu. Kamu jangan salah faham ye Salleh, kami bukan nak halau kamu. Tapi masuk bulan ni kamu dah 6 bulan tak bayar sewa. Jadi, kamu faham-fahamlah perangai suami Mak Jah tu
SALLEH : Tak apalah Mak Jah. Saya faham. Nah, ini duit sewa 4 bulan. Bakinya saya bayar minggu depanlah ya, sebelum saya ke Kuala Lumpur
MAK JAH : Kalau macam tu baiklah. Mak Jah pulang dulu
SALLEH : Terima Kasih banyak Mak Jah kerana sudi memahami



***
SAIFUL : Ayah, kenapa kita kena pindah ke Kuala Lumpur?
SALLEH : Saiful kan kena pergi sekolah. Kalau dekat kampung ini, ayah tak dapat carikan duit nak hantar Saiful pergi sekolah
SAIFUL : Hmm.. Lepas ni kita nak pergi mana ayah?
SALLEH : Ayah pun baru pertama kali tiba di Kuala Lumpur ni. Nanti kita cari tempat ya.
SAIFUL : Ayah, Saiful lapar. Sejak dari dalam bas lagi
SALLEH : (buntu kerana dia tidak mempunyai wang. Wang kertas terakhirnya telah digunakan untuk membeli tiket ke bandaraya ini)
SAIFUL : Ayah, tengok tu. Ada kedai runcit lah. 7-eleven? Mahal tak?
SALLEH : Hmm.. (berfikir) Ayah ada nampak roti. Saiful makan rotilah ya? Saiful tunggu sini. Bila ayah keluar dari kedai, ikut cakap ayah ya?
SAIFUL : Baiklah. Tak payah beli banyak-banyak. Saiful makan sikit pun dah kenyang


Salleh melintas jalan menuju ke kedai 7-eleven. Tinggallah Saiful yang berdiri tegak di bawah landasan LRT di seberang jalan. Matanya tak henti dari mengekori langkah ayahnya. Mungkin tidak sabar untuk mengisi perutnya yang sangat lapar itu.


***
SALLEH : (berlari keluar dari 7-eleven sambil membawa 3 bungkus roti dan 2 botol air menuju ke seberang jalan). Saiful!! Lari!! Saiful!! Lari!! Ikut cakap ayah, lari!!!
SAIFUL : Ayah!! (menjerit dengan sekuat hati)
PEMANDU LORI : Ketepi!!

Booooommm!! Kedengaran bunyi kuat yang telah menarik perhatian semua mata di pesisir jalan itu. Dua orang polis muda terus menerjah ke arah pencuri yang baru sahaja keluar dari 7-eleven tadi. Tubuh pencuri tersebut parah akibat dilanggar lori tangki yang bergerak dengan kelajuan hampir 90km/j dan pergerakannya semakin lama semakin lemah. Orang ramai berpusu-pusu mengelilingi mangsa. Kelihatan seorang budak lelaki yang menangis teresak-esak di suatu sudut. Tanpa disedari orang ramai, budak tersebut perlahan-lahan mengambil pistol dari saku polis muda tersebut dan terus lari dari tempat kejadian sambil berbisik "Ayah, aku terpaksa.."