There was an error in this gadget

Monday, January 25, 2010

suatu evolusi

  • pernahkan anda terfikir bahawa zaman dahulu manusia menggunakan pelbagai medium untuk berkomunikasi
  • dari lahirnya bahasa pertuturan, menggunakan teknik lukisan, asap, sehinggalah mengunakan burung sebagai alat perantaraan bagi menyampaikan suatu utusan
  • seiring dengan masa yang berlalu, manusia hari ini menggunakan surat atau sistem pos untuk berkomunikasi jarak jauh
  • kini, setelah adanya sistem pos, di malaysia khususnya, logo pos malaysia telah menggunakan gambar burung merpati sebagai salah satu unsur
  • ini menunjukkan bahawa zaman dahulu burung merpati melambangkan medium perantaraan dalam proses penyampaian suatu maklumat
  • beralih ke zaman millenium kini, kita lebih gemar menggunakan sistem pesanan ringkas (sms) atau mel elektronik (emel) sebagai medium untuk menyampaikan maklumat dan berkomunikasi
  • perasankah anda bahawa logo sms dan emel menggunakan unsur gambar sampul surat pula?
  • ini menunjukkan bahawa sebelum wujudnya sms, manusia berkomunikasi melalui surat yang di pos
  • wah, tanpa kita sedari evolusi yang berlaku ini sebenarnya sangat unik jika difikirkan kembali
  • bolehkah anda mengjangka bentuk medium komunikasi akan datang?


burung merpati sebagai unsur perantaraan diganti dengan sistem pos (surat)



sampul surat sebagai alat komunikasi diganti dengan sms

Wednesday, January 13, 2010

iklan bajet rendah

  • pada aidil adha yang lalu, kolej CEMPAKA telah mengadakan pertandingan antara batch
  • students lelaki dikehendaki menyanyikan lagu nasyid manakala students perempuan dikenakan membuat iklan bertemakan aidil adha/hari raya korban
  • dan kali ini, batch CEMPAKA memenangi tempat pertama bagi pertandingan iklan
  • tahniah korang!




saksikanlah iklan kami yang tidak seberapa ini

CEMPAKA juga turut berlakon. tekalah yang mana satu? :P

  • p/s : sila dengar guna earphone, sound kurang jelas, subtitle gagal dimasukkan dan jangan lupa tengok sampai habis ya. selamat menonton!

menyaksikan kehadiran insan baru

  • bulan ini, CEMPAKA diberi posting di department obstetrics and gynaecology (OBG)
  • secara ringkasnya, obstetrics adalah mengenai perihal wanita mengandung dan selepas bersalin manakala gynaecology adalah mengenai perihal sistem pembiakan wanita (female reproductive system)

  • minggu ini, buat pertama kalinya, CEMPAKA melihat sendiri proses wanita melahirkan anak
  • bermula dari sakit sebelum bersalin hinggalah saat menjahit lapisan kulit luar
  • benar, sungguh seram pabila melihatnya apatah lagi wanita yang mengalaminya
  • barulah CEMPAKA faham pengorbanan seorang ibu yang amatlah besar demi melahirkan kita semua terutama bagi mereka yang melahirkan secara normal

  • posting CEMPAKA bermula dengan kelas penerangan dan apabila selesai sahaja kelas, alangkah gembiranya kami apabila diberi peluang untuk memasuki labour room
  • setiap orang amatlah excited termasuk CEMPAKA
  • kami berlari2 anak dan hampir berebut2 untuk masuk
  • sebaik sahaja CEMPAKA masuk terdengar suara orang menjerit kesakitan
  • dari muka gembira tadi terus CEMPAKA senyap
  • mana tidaknya pertama kali melihat situasi begitu
  • wanita tersebut baring di atas katil sambil kedua2 kaki diletakkan di tempat yang lebih tinggi sedikit di sisi katil
  • 2 orang doktor duduk di depannya sambil memberi arahan kepada wanita tadi untuk "push"
  • doktor tersebut memberi local anaesthetics di kawasan kulit
  • sedikit demi sedikit kami dapat melihat kepala bayi yang semakin hampir keluar melihat dunia
  • seiring dengan itu, wanita tersebut menjerit dengan sekuat hatinya sambil tangan memegang erat sisi katil seperti ingin mematahkan palang sisi katil itu
  • bukaan kelihatan semakin lama semakin membesar
  • dan doktor semakin kuat suaranya menyuruh wanita itu "push" dan serentak dengan itu doktor tersebut menggunting kulit yang disuntik local anaesthetics lalu pada masa yang sama bayi tersebut tertolak keluar dengan licinnya
  • saat bahu tersebut mahu melepasi kulit, si ibu menjerit paling kuat yang CEMPAKA seperti dapat bayangkan kesakitan itu
  • akhirnya bayi tersebut keluar dengan selamatnya dan doktor terus memotong tali pusatnya
  • doktor meneruskan dengan memasukkan tangan kedalam uterus (rahim) untuk mengeluarkan placenta (uri) yang masih ada di dalamnya
  • doktor perlu pastikan bahawa tiada sisa placenta yang tertinggal bagi mengelakkan komplikasi lain
  • agak seram kerana tangan yang masuk kedalam melebihi pergelangan tangan doktor itu
  • selepas itu, sambil juruwat membersihkan dan menimbang bayi itu, doktor mula menjahit lapisan uterus, diikuti dengan muscle dan akhir sekali kulit luar
  • si ibu yang mungkin keletihan hanya mampu berdiam diri hingga hampir tertidur sehinggakan seperti tidak menunjukkan reaksi apabila si doktor sedang membuat jahitan
  • kata orang sakit melahirkan anak tidak dapat ditandingi sakit proses jahitan itu

  • begitulah sedikit sebanyak pengalaman CEMPAKA sewaktu di department OBG yang ingin dikongsikan dan begitulah besarnya kuasa ALLAH dalam setiap makhluk ciptaan-Nya :D


Tuesday, January 12, 2010

new stuff this month






frame gambar bergerak gerak


  • pernah suatu ketika dahulu ketika CEMPAKA berumur 5 tahun
  • CEMPAKA masih ingat lagi ketika itu CEMPAKA sedang baring minum susu dalam botol di atas sebuah sofa panjang
  • sambil minum yang memang tidak tahu untuk berfikir apa2 atau berbuat apa2 CEMPAKA pun melihat lah gantungan gambar dalam frame di dinding
  • lagipun itu sahaja medan penglihatan ketika berbaring :P
  • CEMPAKA mula berfikir, mengapakah gambar yang di gantung itu tidak bergerak
  • maksud CEMPAKA, setiap individu dan objek yang berada dalam gambar sering kali kelihatan statik
  • tidak kiralah walau apa jua acara yang ingin dipaparkan, dari majlis perkahwinan, hari jadi, majlis graduasi dan kegiatan santai seperti berkelah dan berkebun, semuanya hanyalah memori yang kaku
  • jika gambar tersebut dilihat 10 tahun akan datang adakah individu yang memandangnya dapat membayangkan moments sebenar yang berlaku dalam suasana gambar tersebut?
  • adakah suasana majlis perkahwinan, hariraya dan sebagainya dibayangkan dan dialami?
  • mungkin individu yang terlibat dalam gambar tersebut dapat menghayati kembali saat2 yang berlaku tetapi bagaimana pula dengan orang yang asing yang mungkin belum wujud sewaktu gambar tersebut diambil?

  • maka, hari demi hari dan tahun demi tahun berlalu
  • persoalan tersebut seringkali bermain di fikiran CEMPAKA setiap kali CEMPAKA memandang frame gambar
  • namun kini, sejak beberapa tahun yang lalu, persoalan ini telah terjawab dengan terciptanya digital photo frame yang memuatkan gambar secara slide show dan ada juga yang boleh memuatkan video dengan konsep internal memory
  • kini, individu lain boleh mengalami atau menyaksikan sendiri suasana sebenar suatu peristiwa melalui video yang telah di"save"
  • wah, semakin maju teknologi, semakin banyak persoalan diselesaikan
  • erk, benarkah?

contoh

alhamdulillah. kebesaran ALLAH

  • masih ingat kah entry CEMPAKA yang lalu?
  • rupa2nya ada sambungan dari entry itu

  • setelah CEMPAKA meng"post"kan entry yang sebelum ini, CEMPAKA terus menelefon mummy CEMPAKA untuk beritahu apa yang berlaku
  • mummy CEMPAKA bagitahu bahawa nasib baik hilang hp dari hilang perkara lain yang lebih berharga
  • katanya setiap kehilangan itu pasti ada hikmahnya dan redha lah dengan pemergian hp kesayangan CEMPAKA itu
  • memang benar senang ucapan redha itu diluahkan di mulut tetapi di dalam hati CEMPAKA tetap rasa frust kerana hp itu bukan sekadar untuk membuat panggilan sahaja malah pelbagai perkara penting yang CEMPAKA simpan didalamnya
  • setelah selesai berbicara dengan mummy, akhirnya CEMPAKA berkata dalam hati, "biarlah, mungkin aku tiada rezeki untuk bersama hp itu lagi" [cewah, ayat dihiperbolakan semata2 untuk entry ini, tapi maksudnya lebih kurang lah :P]

  • CEMPAKA pun meneruskan niat untuk menunaikan solat isyak
  • tiba2 kawan CEMPAKA menerima panggilan menyuruh kami segera ke depan pagar apartment kami katanya, "get! get!"
  • maka, CEMPAKA dan rakan bergegas keluar dari rumah ke depan pagar
  • memang benar CEMPAKA sangat cam kelibat 2 orang pemandu auto yang menghampiri kami

pemandu : your phone, white colour?
CEMPAKA : yes!
pemandu : nokia?
CEMPAKA : yes!
pemandu : E**?
CEMPAKA : yes!
pemandu : internet?
CEMPAKA : yes!

  • maka sejurus sahaja pemandu itu mengeluarkan hp dari poketnya, alangkah terkejut beruknya CEMPAKA melihat memang benar hp CEMPAKA!
  • menurut pemandu itu seorang penumpang lain telah membawa pergi hp CEMPAKA
  • dan dia telah patah balik mengejar penumpang itu dan mengambil kembali hp CEMPAKA sejauh 20km!
  • memang dia seorang yang sangat jujur dan baik hati
  • CEMPAKA hampir putus harapan bahawa CEMPAKA tidak mungkin dapat kembali hp itu
  • malah, beliau tidak meminta sesen bayaran jua
  • tapi mummy CEMPAKA telah berpesan jika terdapat sesiapa yang jumpa, maka hulurkan sedikit wang

pabila kita redha dengan pemergian sesuatu, maka mungkin ia akan kembali :)

Saturday, January 9, 2010

bila hilang, separuh jiwaku pergi

  • sering kali CEMPAKA mengibaratkan handphone(hp) sebagai nyawa
  • maka kali ini pabila hp CEMPAKA hilang, terasa separuh jiwaku pergi :(
  • memang benar ini bukan kali pertama CEMPAKA mengalami kehilangan hp
  • tapi mungkin kali ini impaknya amat hebat buat CEMPAKA

  • masuk bulan ini hp CEMPAKA genap berusia 1 tahun 3 bulan
  • ia telah dihadiahkan oleh ibu saudara CEMPAKA kerana kejayaan CEMPAKA dapat melanjutkan pelajaran di luar negara
  • waktu itu tidak ramai yang menggunakan hp ini dan harganya tidak kurang hebat mahalnya
  • maka CEMPAKA amat menghargai hp kali ini

  • biasanya CEMPAKA akan simpan hp dalam poket jeans
  • kali ini terdapat pertandingan netball maka CEMPAKA hanya memakai seluar trek
  • mungkin seluar tersebut licin menyebabkan hp CEMPAKA terkeluar lalu tertinggal di atas tempat duduk auto
  • nasib baik ayam tanya kerna mahu pinjam hp CEMPAKA dan barulah CEMPAKA sedar bahawa hp CEMPAKA telah hilang
  • terima kasih farina kerna sudi menawarkan skuternya untuk pulang ke rumah dan menunggu auto itu kembali
  • tetapi setelah 30 minit menunggu tiada kelibat auto itu
  • ramai juga yang ingin menolong CEMPAKA mengenalpasti pemandu auto itu termasuklah pakcik penjual buah yang baik hati
  • sekuritu juga menyatakan bahawa jika pemandu auto yang jumpa pasti dia akan kembalikan tapi apa yang membimbangkan ialah jika penumpang lain yang mengambil hp itu
  • lagipun, sebelum pemandu auto sudah beberapa memulangkan barang pelajar yang tertinggal
  • tetapi, CEMPAKA harus kembali ke kolej untuk menyertai game netball
  • kata pakcik2 di situ datang lagi ke sini pukul 5 petang nanti

  • tapi kini sudah malam dan CEMPAKA masih tidak mempunyai berita mengenai hp itu
  • semoga ALLAH membukakan pintu hati sesiapa yang mengambilnya untuk pulangkan kembali kerna CEMPAKA tidak mahu marah, repot, complaint tetapi apa yang CEMPAKA mahu hanyalah hp itu, jiwaku.