- masih ingat kah entry CEMPAKA yang lalu?
- rupa2nya ada sambungan dari entry itu
- setelah CEMPAKA meng"post"kan entry yang sebelum ini, CEMPAKA terus menelefon mummy CEMPAKA untuk beritahu apa yang berlaku
- mummy CEMPAKA bagitahu bahawa nasib baik hilang hp dari hilang perkara lain yang lebih berharga
- katanya setiap kehilangan itu pasti ada hikmahnya dan redha lah dengan pemergian hp kesayangan CEMPAKA itu
- memang benar senang ucapan redha itu diluahkan di mulut tetapi di dalam hati CEMPAKA tetap rasa frust kerana hp itu bukan sekadar untuk membuat panggilan sahaja malah pelbagai perkara penting yang CEMPAKA simpan didalamnya
- setelah selesai berbicara dengan mummy, akhirnya CEMPAKA berkata dalam hati, "biarlah, mungkin aku tiada rezeki untuk bersama hp itu lagi" [cewah, ayat dihiperbolakan semata2 untuk entry ini, tapi maksudnya lebih kurang lah :P]
- CEMPAKA pun meneruskan niat untuk menunaikan solat isyak
- tiba2 kawan CEMPAKA menerima panggilan menyuruh kami segera ke depan pagar apartment kami katanya, "get! get!"
- maka, CEMPAKA dan rakan bergegas keluar dari rumah ke depan pagar
- memang benar CEMPAKA sangat cam kelibat 2 orang pemandu auto yang menghampiri kami
pemandu : your phone, white colour?
CEMPAKA : yes!
pemandu : nokia?
CEMPAKA : yes!
pemandu : E**?
CEMPAKA : yes!
pemandu : internet?
CEMPAKA : yes!
- maka sejurus sahaja pemandu itu mengeluarkan hp dari poketnya, alangkah terkejut beruknya CEMPAKA melihat memang benar hp CEMPAKA!
- menurut pemandu itu seorang penumpang lain telah membawa pergi hp CEMPAKA
- dan dia telah patah balik mengejar penumpang itu dan mengambil kembali hp CEMPAKA sejauh 20km!
- memang dia seorang yang sangat jujur dan baik hati
- CEMPAKA hampir putus harapan bahawa CEMPAKA tidak mungkin dapat kembali hp itu
- malah, beliau tidak meminta sesen bayaran jua
- tapi mummy CEMPAKA telah berpesan jika terdapat sesiapa yang jumpa, maka hulurkan sedikit wang
pabila kita redha dengan pemergian sesuatu, maka mungkin ia akan kembali :)
1 comment:
nice
Post a Comment