- pernah suatu ketika dahulu ketika CEMPAKA berumur 5 tahun
- CEMPAKA masih ingat lagi ketika itu CEMPAKA sedang baring minum susu dalam botol di atas sebuah sofa panjang
- sambil minum yang memang tidak tahu untuk berfikir apa2 atau berbuat apa2 CEMPAKA pun melihat lah gantungan gambar dalam frame di dinding
- lagipun itu sahaja medan penglihatan ketika berbaring :P
- CEMPAKA mula berfikir, mengapakah gambar yang di gantung itu tidak bergerak
- maksud CEMPAKA, setiap individu dan objek yang berada dalam gambar sering kali kelihatan statik
- tidak kiralah walau apa jua acara yang ingin dipaparkan, dari majlis perkahwinan, hari jadi, majlis graduasi dan kegiatan santai seperti berkelah dan berkebun, semuanya hanyalah memori yang kaku
- jika gambar tersebut dilihat 10 tahun akan datang adakah individu yang memandangnya dapat membayangkan moments sebenar yang berlaku dalam suasana gambar tersebut?
- adakah suasana majlis perkahwinan, hariraya dan sebagainya dibayangkan dan dialami?
- mungkin individu yang terlibat dalam gambar tersebut dapat menghayati kembali saat2 yang berlaku tetapi bagaimana pula dengan orang yang asing yang mungkin belum wujud sewaktu gambar tersebut diambil?
- maka, hari demi hari dan tahun demi tahun berlalu
- persoalan tersebut seringkali bermain di fikiran CEMPAKA setiap kali CEMPAKA memandang frame gambar
- namun kini, sejak beberapa tahun yang lalu, persoalan ini telah terjawab dengan terciptanya digital photo frame yang memuatkan gambar secara slide show dan ada juga yang boleh memuatkan video dengan konsep internal memory
- kini, individu lain boleh mengalami atau menyaksikan sendiri suasana sebenar suatu peristiwa melalui video yang telah di"save"
- wah, semakin maju teknologi, semakin banyak persoalan diselesaikan
- erk, benarkah?
contoh
No comments:
Post a Comment