There was an error in this gadget

Tuesday, December 30, 2008

episode kedua : dibaham.. dimamah..diterkam.. LAGI

  • suatu petang yang hening
  • di kala sang semut mencari gula
  • di kala sang suria melabuh di pinggir bumi
  • keriuhan anak2 mara yang baru pergi btn bln 8 yang lalu kedengaran
  • melalui denai2 dari bangunan ofis ke dissection
  • CEMPAKA jua tidak ketinggalan dalam kelompok itu
  • mendaki tangga2 usang ke ruangan mayat seperti hari yang lain
  • setelah seminggu bercuti panjang
  • akhirnya CEMPAKA kembali ke rutin harian
  • dan itu merupakan hari pertama CEMPAKA menyelinap ke dunia realiti setelah sekian lama berhibernasi
  • kebahagiaan bertemu rakan2 setelah seminggu berpisah jelas terpancar
  • CEMPAKA lekas menuju ke meja uniq untuk berbual2 mesra
  • tak kurang juga mengekori uniq ke meja yang lain
  • untuk mengetahui perkembangan kehidupan terkini
  • hampir semua meja kami lawati
  • bukan apa, mood belajar masih belum tiba
  • kami tiada semangat untuk menelaah hari itu
  • tiada kudrat untuk buka buku
  • di suatu sudut meja
  • sedang kami semua rancak berbual2 mesra seperti bob (mesra~)
  • naufal tiba2 bertanya soalan kepada CEMPAKA
  • "ingat tak lagu 10 budak hitam?"
  • "oh, lagu uniq?" ujar CEMPAKA
  • naufal pun tanya CEMPAKA, kenapa lagu uniq
  • CEMPAKA menjawap, "entahlah, apa kaitan hitam dan uniq?"
  • pada minit yang sama, uniq di sebelah mengetap bibir
  • amarahnya bukan main
  • jikalau letak telur ayam atas kepala uniq boleh masak jadinya
  • lantas uniq membawa jasadnya ke meja kema dengan bengangnya
  • uniq merajuk..
  • hormon adrenalin menyebabkan CEMPAKA menjadi panik
  • lantas, CEMPAKA ke meja kema untuk memujuk uniq
  • namun amarah uniq masih berkumandang
  • tapi CEMPAKA setia memujuknya
  • sedang CEMPAKA mengeluarkan ungkapan puitis terhadap uniq
  • sedang amarah uniq menjadi pudar
  • tiba2...
  • datang hod dari arah lateral(sisi) CEMPAKA lalu berkata
  • "which table are you belonged to?"
  • "i'll be suspended you from the dissection hall for 1 week"
  • "when i am here, i see you there. then see you here again"
  • "you keep walking and chitchating in the hall"
  • "go and do your dissection!"
  • CEMPAKA mendengar sambil tersenyum
  • membiarkan wajah dan senyuman ini membuatkan kalbu hod reda dari amarahnya
  • namun rancangan di hati tidak menjadi
  • hod menunjuk ke arah meja asal CEMPAKA sambil menyuruh CEMPAKA membuat dissection
  • memandangkan CEMPAKA tidak membawa glove
  • CEMPAKA hanya menonton kawan CEMPAKA memotong daging manusia itu
  • hod berlalu tetapi matanya tidak lari dari wajah CEMPAKA dengan garangnya
  • sudah berapa kali CEMPAKA kena dengan hod
  • wahai hod
  • apa salah CEMPAKA?
  • apa dosa CEMPAKA?
  • CEMPAKA punya kaki untuk berjalan
  • CEMPAKA punya mulut untuk berkata2
  • jika wajah CEMPAKA mengingatkan hod kepada kekasih lamanya yang mungkin bernama pooja atau rajeshwari janganlah membalas dendam terhadap CEMPAKA
  • kerna CEMPAKA sesungguhnya tidak terlibat dalam kisah chentanya
  • kisah chenta hod di zaman dirinya masih muda



aduhai hod...

Thursday, December 18, 2008

study mode. OVER



  • akhirnya hari ini CEMPAKA dah merdeka
  • selama 4 hari CEMPAKA sedang berperiksaan
  • sewaktu hari pertama CEMPAKA tak boleh buat sangat subjektif tapi objektif oke sikit
  • oke sikit bukan oke banyak
  • hari kedua pula CEMPAKA tak boleh buat banyak
  • 3 soalan bernilai 3 markah setiap satu CEMPAKA tinggal
  • CEMPAKA memang tidak ada ilham langsung sewaktu itu
  • jadi CEMPAKA tinggal sahaja soalan itu
  • hari ketiga CEMPAKA banyak salah pada bahagian objektif tetapi subjektf oke sedikit
  • hari keempat sewaktu praktikal memang sangat susah sewaktu gross anatomy
  • CEMPAKA tidak boleh kesan wayar2(nerves+arteries) pada mayat itu
  • kerna semua nampak sama sahaja
  • tapi akhirnya dapat buat atau tidak CEMPAKA sudah merdeka
  • tapi padan muka CEMPAKA kerna tidak study awal malah study minit terakhir

  • tapi walaupun hari2 peperiksaan
  • nasib CEMPAKA dengan hod anatomy tak dipisah jua
  • suatu hari selepas sahaja selesai kertas physio
  • CEMPAKA sedang berjalan sambil bercakap
  • muka CEMPAKA menoleh ke arah orang yang bercakap dengan CEMPAKA
  • tidak disangka2 datang hod dari depan lalu hampir terlanggar CEMPAKA
  • takut juga CEMPAKA
  • tapi nasib baik tiada apa2
  • aduhai hod

  • bukankah ramai yang tertanya2 siapakah CEMPAKA
  • jadi hari ini CEMPAKA letak gambar sebenar muka CEMPAKA
  • CEMPAKA mempunyai hidung mancung bak seruncing
  • pipi halus bak pauh di layang
  • dahi licin bak mentega
  • dagu runcing bak forsep
  • tapi CEMPAKA belum bersedia nak tunjukkan mata CEMPAKA
  • kerna terlalu bersinar bak gadis iklan ayam brand inner shine
  • kalau ada gambar CEMPAKA kat sini mesti laptop anda bersilau dek sinaran mata CEMPAKA

  • hingga warkah seterusnya
  • pelukan dan ciuman (hugs & kisses)
  • gadis gosip (gossip girl)

Tuesday, December 9, 2008

aidil adha dan second round

  • hari ini kolej CEMPAKA buat jamuan hari raya
  • tapi hari raya kami lewat 1 hari dari malaysia
  • bermula pagi tadi CEMPAKA bangun lambat
  • jadi CEMPAKA terpaksa menaiki auto ke kolej
  • sampai di sana CEMPAKA solat sunat berjemaah
  • lepas itu CEMPAKA masuk dewan yang agak dikenali
  • rupa2nya itu juga dewan kuliah CEMPAKA hari2
  • selepas itu ada mendengar ceramah
  • CEMPAKA cuba untuk celik mata
  • namun, tidur lebih mencemburui CEMPAKA
  • maka CEMPAKA pun tidurlah di dalam dewan itu
  • kemudian masa untuk makan pula
  • tapi makanan tiba agak lewat
  • lepas sekian lama menunggu
  • CEMPAKA sempat juga mengambil gambar
  • selepas itu pabila makanan tiba, CEMPAKA beratur mengambil makanan
  • kemudian CEMPAKA makan dengan kawan2 CEMPAKA
  • tapi kami rasa tak cukup sahaja
  • jadi CEMPAKA dan tiga orang lagi buang pinggan polistrin yang ringan itu
  • lantas kami membasuh tangan
  • kemudian kami beratur lagi untuk second round
  • tapi sewaktu tinggal tiga suku lagi nasi
  • CEMPAKA sudah kenyang
  • jadi CEMPAKA basuh tangan lalu pulang
  • seperti tidak penting sahaja part second round itu
  • hal sedemikian pun mahu dimuatkan dalam blog

Monday, December 8, 2008

tepi bus dan tepi jalan

  • hari ini CEMPAKA nak cerita kisah
  • kisah CEMPAKA lepas kelas tadi
  • lepas kelas dissect CEMPAKA nak pergi cs
  • nak teman uniq beli barang2 nak bawa balik malaysia
  • jadi takkan CEMPAKA nak bawa buku berat2 pergi cs
  • sebab cs itu tempat shopping bukan tempat perpustakaan kan
  • jadi CEMPAKA nak bagi buku kepada kawan CEMPAKA
  • kawan CEMPAKA sudah naik bus waktu itu
  • jadi CEMPAKA hulurkan buku itu melalui tingkap yang kecil molek itu
  • tiba2 sedang angin berdesir melangakah pipi CEMPAKA
  • sedang matahari bersinar dan ingin berlabuh di kala senja
  • sedang penumpang bus sedang berfikir menu makan malam nanti
  • sedang pemandu bus berfikir adakah mahu membunyikan hon di dalam kawasan hospital
  • sedang pakcik2 auto sibuk mencari sesuap rezeki
  • sedang HOD yang entah ke mana waktu itu
  • tiba2 CEMPAKA tergelincir lalu jatuh ke tepi jalan di tepi bus kuning bak gigi yang tidak di gosok itu
  • habis jatuh beg CEMPAKA
  • di kala bus itu bergerak terlihat senior2 sedang memandang
  • seperti jatuh saham CEMPAKA

alangkah malu..

Saturday, December 6, 2008

new hairstyle

  • day by day
  • hours by hours
  • minutes by minutes
  • seconds by seconds
  • today i found that all this time
  • i was adding up my adipose tissue beneath my skin
  • lining up my thigh, my arm, my neck and my face
  • making me such a FAT buddy

  • then i lied on my bed of course
  • and i started thinking
  • while looking at the fan swinging like a helicopter
  • suddenly there was a blink from a bulb above my head inside the cloud

  • it is all because i am having those salty fries plus that cheesy burger plus that 8-spoons-of-sugar-per glass Pepsi every time i have my lunch
  • then i kept thinking how to reduce my "adipose tissue"
  • do i have to walk home from college instead of bus?
  • do i have to stop taking my lunch?
  • do i have to do that cycling thingy as exercise?
  • do i have to take those pills to be slim?

  • and that bulb shows that
  • i should change my hair style
  • which MAYBE would cover up my a-lil-bit-of-fat-under-my-facial-skin.

Thursday, December 4, 2008

review movie

  • hye semua
  • CEMPAKA dapat tahu sejak launching blog ini
  • dengar kata CEMPAKA dah popular
  • ramai pula yang nak tahu siapa CEMPAKA ini
  • pernah juga pabila CEMPAKA sedang berjalan terdengar perbualan yang ingin tahu siapa CEMPAKA sebenarnya
  • namun buat masa sekarang CEMPAKA rasa biarlah identiti CEMPAKA menjadi rahsia
  • biarlah rahsia bak kata siti nurhaliza
  • bukan apa, CEMPAKA belum bersedia untuk berhadapan dengan peminat2 semua
  • kerna CEMPAKA belum ada pengalaman sign autograph dan bergambar untuk ramai
  • tapi jangan lah berduka ya kerna suatu hari nanti pasti CEMPAKA akan muncul dengan identiti sebenar
  • sabar ya

  • ini CEMPAKA nak buat review pasal movie
  • tajuk movie ini ialah taken
  • mengisarkan tentang kegigihan seorang ayah terhadap anaknya
  • cerita ini boleh mengingatkan kita kepada ayah kita
  • terutama bagi mereka yang di perantauan yang rasa kononnya sudah bebas
  • tapi CEMPAKA rasa cerita ini adalah salah satu propaganda pihak amerika untuk memanipulasikan dunia dengan memaparkan kejahatan kaum Albania
  • dan juga ingin menambahkan kepastian dunia bahawa Islam dan kaum Arab terutamanya adalah terrorist
  • durasi cerita ini adalah lebih kurang 1 jam setengah sahaja tapi sudah pasti mata yang menontonnya akan terlekat di skrin masing2 dek keenakkan cerita ini
  • jadi, apa tunggu lagi?
  • buka window baru dan mulakan download cerita TAKEN

Tuesday, December 2, 2008

duka lara dengan HOD

HOD adalah Head Of Department
CEMPAKA kadang2 tertanya2 apakah dosa CEMPAKA dengan HOD anatomy
apakah kurangnya CEMPAKA?
apakah lebihnya orang lain?

  • suatu hari di dalam dissection hall
  • CEMPAKA seperti biasa berbual2 dengan rakan di meja sebelah
  • bukan malas nak dissect tapi glove CEMPAKA terkoyak
  • selepas bosan berbual2 dengan org ni CEMPAKA ke meja lain pula
  • bukan apa cuma mahu tahu gosip terkini
  • jikalau inginkan gurauan, CEMPAKA ke meja lain pula untuk bergurau senda
  • bukan CEMPAKA seorang yang buat begini orang lain juga begitu
  • tiba2 CEMPAKA dipanggil oleh HOD ke meja depan
  • katanya "why are you keep moving from 1 table to another table? is this the way you behave in dissection hall? which table are you belonged to? go and do your dissection!"
  • alangkah malunya CEMPAKA apabila segelintir pelajar lain yang nampak
  • seperti jatuh saham CEMPAKA

  • suatu hari yang lain
  • sewaktu CEMPAKA sedang berbual2 dengan kwn2nya
  • kawan CEMPAKA, nini, menaip "143" pada handphone zeezee
  • lalu nini dengan pantas memberikan handphone itu kepada CEMPAKA
  • lantas CEMPAKA menekan punat "send"
  • maka zeezee pon berlari mengejar CEMPAKA
  • hal ini demikian kerana zeezee meminati seseorang
  • dan kami menghantar mesej itu kepada orang yang diminatinya
  • CEMPAKA terus berlari2 anak ke arah sebuah meja yang lain
  • kebetulan HOD sedang menunjukkan demonstrasi
  • dengan pantas CEMPAKA menyorok di belakang salah seorang pelajar di situ
  • dalam ramai2 orang yang lari2 anak tadi iaitu nini dan zeezee
  • HOD memandang CEMPAKA lalu berkata
  • "there's no point of hiding! go back to your table! why are you keep playing in the hall?"

begitulah nasib CEMPAKA dan HOD
mengapakah HOD selalu menuju ke arah CEMPAKA?
adakah muka CEMPAKA seperti muka bekas kekasih hatinya yang pertama? yang menyebabkan CEMPAKA selalu menjadi tempatnya untuk melepaskan geram?

aduhai HOD..