Tuesday, December 9, 2008

aidil adha dan second round

  • hari ini kolej CEMPAKA buat jamuan hari raya
  • tapi hari raya kami lewat 1 hari dari malaysia
  • bermula pagi tadi CEMPAKA bangun lambat
  • jadi CEMPAKA terpaksa menaiki auto ke kolej
  • sampai di sana CEMPAKA solat sunat berjemaah
  • lepas itu CEMPAKA masuk dewan yang agak dikenali
  • rupa2nya itu juga dewan kuliah CEMPAKA hari2
  • selepas itu ada mendengar ceramah
  • CEMPAKA cuba untuk celik mata
  • namun, tidur lebih mencemburui CEMPAKA
  • maka CEMPAKA pun tidurlah di dalam dewan itu
  • kemudian masa untuk makan pula
  • tapi makanan tiba agak lewat
  • lepas sekian lama menunggu
  • CEMPAKA sempat juga mengambil gambar
  • selepas itu pabila makanan tiba, CEMPAKA beratur mengambil makanan
  • kemudian CEMPAKA makan dengan kawan2 CEMPAKA
  • tapi kami rasa tak cukup sahaja
  • jadi CEMPAKA dan tiga orang lagi buang pinggan polistrin yang ringan itu
  • lantas kami membasuh tangan
  • kemudian kami beratur lagi untuk second round
  • tapi sewaktu tinggal tiga suku lagi nasi
  • CEMPAKA sudah kenyang
  • jadi CEMPAKA basuh tangan lalu pulang
  • seperti tidak penting sahaja part second round itu
  • hal sedemikian pun mahu dimuatkan dalam blog

No comments: