Thursday, January 29, 2009

hey nasi goreng

  • pagi itu CEMPAKA agak lewat bangun
  • tercelik sahaja mata CEMPAKA, sudah lewat rupanya
  • hari itu merupakan giliran CEMPAKA pula memasak untuk dibawa bekal
  • maklumlah, ingin berjimat memandangkan poket pokai
  • kami bergilir2 memasak untuk bawa bekal

  • sukar diakui namun benar bahawa CEMPAKA tidak begitu profesional tugas di dapur
  • jikalau masak makan malam CEMPAKA ibarat co-pilot
  • hanya membantu apa yang patut
  • namun pagi itu CEMPAKA perlu melaksanakannya seorang diri

  • CEMPAKA akui CEMPAKA bukanlah anak chef wan
  • CEMPAKA sedar CEMPAKA bukanlah girlfriend chef ismail
  • CEMPAKA tahu CEMPAKA bukanlah jiran chef zam
  • CEMPAKA terima CEMPAKA bukan anak murid chef florence
  • jadi kesilapan mungkin berlaku mungkin tidak

  • di awal persembahan segalanya berjalan lancar
  • bahan2 yang patut disumbat semuanya
  • pabila tiba saat letak nasi
  • terlalu berat untuk di gaul dan dibalik
  • di dapur CEMPAKA memanggil "uniq..uniq" yang sememangnya sedang tidur waktu itu
  • datanglah uniq seperti masker rider yang sebagai hero menyelamatkan nasi goreng itu
  • tapi sudah terlambat
  • bahagian bawah agak hitam
  • dan berpotensi menjadi hangit

  • jadi pagi itu anis membawa sedikit ke kolej
  • kami tiba di kolej seperti biasa
  • namun pabila tiba di sana
  • tiba jua waktu tengah hari
  • baru teringat bahawa bekal nasi goreng tadi lupa dibawa

  • hati CEMPAKA hancur bak keju di blend
  • perasaan hiba bak berus gigi terjatuh dalam tandas
  • sedih bak terlanggar kulit pisang
  • segala usaha CEMPAKA pagi itu sia2
  • segala keazaman cuba bangun awal sia2
  • segala penat lelah seorang diri sia2

  • tidak..tidak..
  • semangat CEMPAKA takkan pudar
  • tengah hari itu CEMPAKA dan rakan2 pulang ke rumah
  • menaiki auto disertai bau masam ketiak pemandu itu

  • tiba di rumah
  • masuk ke dapur
  • dan memakan nasi goreng itu
  • memasukkan bibit2 nasi ke dalam mulut
  • benar
  • pahit rasanya
  • hangit baunya
aduhai...

lecturer wanita pula

  • hari ini CEMPAKA dengan senang hatinya menyertai kelas surface marking
  • kelas demikian adalah memerlukan kita mengenalpasti struktur2 tertentu pada mayat lalu menandakannya dengan kapur
  • oleh itu, lecturer wanita yang mengajar patuh menerangkan kepada kami semua apa yang patut dilakukan
  • di waktu pagi yang hening itu, CEMPAKA berdiri dengan tegak dengan postur yang betul di belakang serong ke kanan lecturer wanita itu
  • kadangkala perasaan boring mula mengusik jiwa CEMPAKA yang halus ini
  • lalu CEMPAKA mengambil sebatang kapur bewarna kuning dan menulis nama sebenar CEMPAKA yang tidak boleh didedahkan di sini pada bahagian kepala mayat tersebut
  • di waktu yang sama pelajar2 lain sibuk memeriksa keputusan kuiz yang baru diperolehi
  • kemudian kami menyambung mendengar ungkapan lecturer wanita tersebut
  • CEMPAKA agak cemas jika disyaki bahawa CEMPAKA yang menulis nama di kepala mayat tersebut lalu CEMPAKA bergerak berpindah tempat di hujung meja
  • namun, seramai2 pelajar lain yang berjalan2, lecturer wanita itu memanggil CEMPAKA sambil berkata, "you, come here. i can see you walking here and there. come and do the marking"
  • alangkah terkejut beruknya CEMPAKA kerna CEMPAKA tidak tahu apa2 mengetahui marking tersebut
  • beliau menyuruh CEMPAKA menamakan suatu bahagian pada tulang humerus
  • CEMPAKA seperti ingat2 lupa jawapannya
  • lalu CEMPAKA memerhatikan sekeliling mencari sinar jawapan dari pelajar lain
  • namun terlalu ramai yang memuntahkan kata2 hingga CEMPAKA keliru
  • jadi CEMPAKA coba melengah2kan masa sambil kawan CEMPAKA mencari jawapan
  • CEMPAKA berkata, "it... is... situated... (senyap sebentar dan mengambil nafas) on this... bone... (senyap lagi dan mengambil nafas baru) which is called.. the... humerus... " sambil membelek2 tulang itu dan menunggu jawapan dari kawan CEMPAKA
  • sebaik sahaja kawan CEMPAKA mengangkat bukunya tinggi2 dan menunjukkan kepada CEMPAKA
  • dengan pantas jelingan manja mata ini memerhati dan menganalisa lalu memberitahu jawapannya
  • tetapi lecturer wanita itu berkata, "see... i know you haven't read anything before entering the class"
  • CEMPAKA kena lagi walhal bukan CEMPAKA seorang yang beralih tempat waktu itu
  • tak gitu ikrey??







aduhai...

Tuesday, January 27, 2009

sepetang di dissection hall

  • setelah cuti hujung minggu yang agak panjang
  • CEMPAKA dan kawan2 akhirnya kembali ke rutin ruji
  • namun petang itu CEMPAKA agak aktif sedikit
  • ketemu teman2 seperjuangan yang tak lekang dengan jubah putih membaluti badan mereka amat menceriakan otak CEMPAKA
  • CEMPAKA menegur mereka dengan senyuman yang manis "hello~" (sambil buat gaya peace kedua2 belah tangan sambil letak di pipi)
  • di kala seronok2 bergerak seperti ameba dari suatu meja ke suatu meja
  • CEMPAKA terlihat secebis ikrey di suatu sudut
  • senyap sahaja perilakunya
  • fokus benar matanya
  • rupa2nya dia sedang berusaha mengambil foto sepasang pasangan yang tidak diketahui umum status mereka
  • maka memandangkan ikrey telah membuat cubaan untuk kenakan CEMPAKA dalam blognya apa salahnya giliran CEMPAKA pula

  • oleh itu CEMPAKA dengan sopannya berjalan perlahan2 kearah ikrey
  • lalu mencuba mengambil fotonya secara involuntary
  • biar ikrey pula rasakan penangan CEMPAKA

  • CEMPAKA kembali ke tempat lalu ingin memeriksa telefon bimbit mudah alih CEMPAKA
  • sewaktu menekan punat gallery
  • datanglah seorang kelibat yang turut membaluti badannya dengan jubah putih (lab coat)

  • wah, lecturer rupanya
  • sambil berkata "do not use your mobile phone in dissection hall or else i'll keep it"
  • seramai2 orang yang guna hp untuk mengambil gambar, berpesanan ringkas (sms), berbuat panggilan, CEMPAKA jua yang menjadi sasaran
  • macamlah CEMPAKA seorang yang guna hp

  • apa yang menghancurkan hati CEMPAKA
  • gambar ikrey yang diambil bergetar2
  • tidak menjadi pula rancangan untuk kenakan dia
  • sudahlah di marah lecturer rancangan pula tidak menjadi


aduhai..

Friday, January 23, 2009

CEMPAKA tanpa hod tak keruan

  • di waktu mereka yang lain sedang asyik memerhatikan demonstrasi oleh hod
  • CEMPAKA di belakang berusaha sedaya upaya untuk faham sesuatu yang sememangya tak faham langsung
  • CEMPAKA coba berdiri sejauh yang mungkin dari hod
  • memastikan reputasi CEMPAKA di depan hod tidak terjejas lagi
  • dari jauh CEMPAKA dapat lihat kepala hod yang botak licin itu
  • berkilat ibarat sinar suria di waktu pagi
  • tetapi mengapa
  • seramai2 orang yang mengelilinginya
  • seserius2 pelajar lain yang sedang menumpukan perhatian
  • hod memandang ke arah gadis paling belakang, CEMPAKA!!
  • dan bertanyakan soalan yang sememangnya mencemaskan diri CEMPAKA
  • di saat itu jantung CEMPAKA berdebar2 ibarat gadis hindustan yang jatuh chenta
  • CEMPAKA coba mendengar butir2 kata yang keluar secara beralun dari mulut hod
  • lalu menembusi biji2 keras yang mungkin ada atau mungkin tidak di lohong telinga ini
  • lalu menggetarkan kompang(gegendang) telinga dan ditafsir oleh otak
  • maka otak CEMPAKA mengesahkan seperti pegawai imigresen yang mengecop passport bahawa soalan ini pernah di baca dan di hafal oleh CEMPAKA
  • malangnya jawapan yang gagap2 keluar dari bibir ini tidak sama dengan apa yang diberitahu oleh otak
  • lalu hod menjawab, "see, you all people can't even answer this simple question"
  • cis, si durjana bibir yang tidak mengikut arahan!!
  • cis, lidah yang tidak bertulang ini!!
  • keranamu, jawapanku salah jua walau ku tahu jawapannya
  • dengan ringkas, CEMPAKA tak dapat jawab soalan hod

  • di hari lain pula sewaktu lab biochemistry
  • CEMPAKA coba menyiapkan eksperimen dengan cepatnya
  • kerna ingin segera menuju ke arah kedai makan demi mengisi makanan ke dalam perut yang sememangnya lapar
  • datanglah secebis pembantu makmal yang ingin mengambil kedatangan
  • sewaktu CEMPAKA hampir menyiapkan tugasan itu
  • patutkah beliau menyatakan campuran kimia CEMPAKA berisipadu lebih
  • jikalau terlalu sedikit, dikomen jua
  • jikalau terlalu penuh, dikomen jua
  • jadi yang manakah idaman kalbumu??
  • yang sedang2 saja??
  • namun CEMPAKA tidak menghiraukan komen itu lalu terus menghantarnya
  • dengan ringkas, pembantu makmal tanya kenapa campuran terlalu penuh


aduhai hod...

CEMPAKA, returns


at oasis, being anonymous


  • Geez. Where do I even begin? This week has been crazy busy
  • Monthly Test, Record Books, Some internal conflicts, Unmanageable budget and the INTERNET(expired)
  • It seems like I haven't been blogging since FOREVER
  • Poor me :(
  • Since there wasn't even one chance to get online, I've unconsciously upgraded my pinball skill up to 12 000 000 points!!
  • But now here i am, keeping on being ANONYMOUS =p

  • Last week, we went to oasis mall for the second time
  • It was kinda experiment with my new a200 dslr. (hehe~)
  • Then we hang out at the Fun City and managed to win 400 tickets!!
  • And the long-journey-window-shopping thingy that i didn't have to mention
  • We had our "auto-transit" at forum from our apartment to oasis

  • The next day, CEMPAKA and the "unknown" friend went for bicycle riding around their apartment compound
  • It was my first time since my last unforgettable-painful-accident :(
  • We tried to explore some new places till we got lost!!
  • Thanks to the "unknown" friend for at least showing some effort to get back

  • So yeah
  • Many more happened this week can't stated here



till then
x0x0

Friday, January 9, 2009

introducing, my hubby~



  • this is my hubby, sony alpha 200
  • fully owned by CEMPAKA on 8/1/09
  • seperti biasa, wajah CEMPAKA tidak boleh didedahkan kepada umum

Wednesday, January 7, 2009

lecturer pula

  • hari ini CEMPAKA bernasib malang lagi
  • jika sebelum ini CEMPAKA asyik kena dengan hod kali ini dengan lecturer pula
  • di suatu pagi sewaktu CEMPAKA sedang mengikuti kelas osteology yang dibawa khas kepada anda oleh "sir azlan", alkisah pendek CEMPAKA bermula
  • hari ini CEMPAKA masuk agak lambat ke kelas
  • oleh itu CEMPAKA perlu duduk di belakang
  • kami dipamerkan dan dipromosikan mengenai tulang radius
  • sambil "sir azlan" mengeluarkan kata2 infomatis mengenai tulang tersebut
  • CEMPAKA di belakang sungguh asyik memandang tulang yang dipegang
  • memandangkan tulang itu panjang, CEMPAKA pun letakkannya di atas hidung ala2 kartun pinnochio sambil ketawa diikuti rakan di sebelah dan di belakang
  • tiba2 kelas itu terhenti dan senyap
  • lalu " sir azlan" menyusur dari depan ke arah CEMPAKA sambil berkata, "hey you, why are you laughing?"
  • CEMPAKA pun memandang ke kiri, ke kanan dan ke belakang, fikir2 siapalah yang ditegur "sir azlan"
  • lantas "sir azlan" berkata, "hey you, stand up"
  • rupa2nya beliau menuju ke arah CEMPAKA
  • "move your chair here" ujarnya
  • terpaksalah CEMPAKA bangun dan mengalih kerusi itu dan terpaksa duduk di tengah2 laluan
  • begitulah alkisah sepagi bersama "sir azlan"
  • aduhai lecturer...

Tuesday, January 6, 2009

koleksi HOD ditambah lagi

oleh : CEMPAKA

LAB PHYSIO, 5 Jan - CEMPAKA hari ini menambah lagi koleksi hodnya. Jika hari biasa CEMPAKA selalu kena dengan hod anatomy, hari ini berbeza kerana CEMPAKA dikenakan oleh hod physio pula. Kisah ini bermula sewaktu di dalam makmal physio di mana CEMPAKA perlu menjungkalkan kedua2 biji matanya ke arah lensa mikroskop. Dengan beberapa detik sahaja CEMPAKA yang mungkin ditakdirkan bertuah hari itu menjumpai sel2 yang perlu dilihat yang sememangnya berbeza dengan hari2 sebelum ini di mana CEMPAKA mengambil masa yang lama untuk menghumban penglihatan ke arah cermin cembung mikroskop tersebut. Namun. tiba2 rakan seperjuangan CEMPAKA di sebelah agak cemas kerna masih belum menjumpai apa yang dicari lalu meminta pertolongan CEMPAKA untuk membuat pengubahsuaian. CEMPAKA dengan niat hati yang murni mengatur dua langkah ke sebelah untuk melihat mikroskop rakannya itu. Tiba2, tidak disangka2, datanglah hod physio dari arah sisi serong ke belakang CEMPAKA lalu melihat mata CEMPAKA dengan pandangan yang tajam bak paku tekan sambil menengking, "where is your place? why are you disturbing others in the lab? others may be more interested in learning than you are. lab is where you do your work not socializing" Lalu CEMPAKA ingin menjelaskan, "No, i am just helping her with the micro..." belum sempat CEMPAKA memuntahkan kata2 penjelasan lalu hod itu menyambung "Stop walking and chitchatting in the lab or else i'll kick you out from here" Lantas CEMPAKA diam dengan geram dan amarah di hati. CEMPAKA yang hanya mahu menolong pun kena marah jua. Jika sebelum ini hod anatomy yang menjadi pilihan kali ini hod physio pula.Saham CEMPAKA seperti jatuh serta merta dek tekingan itu menjadi perhatian ramai.






aduhai hod.....

Thursday, January 1, 2009

have a BREAK.. have a kit kat..


  • 2 3 kucing berlari
  • mana nak sama si kucing belang
  • di sini kurang kucing berlari
  • cuma yang ada si anjing garang

  • serangkap pantun CEMPAKA hulurkan buat pembaca sekalian
  • baru2 ini selepas tamatnya exam, CEMPAKA akhirnya diberi cuti seminggu
  • kegembiraan tak terkata rasanya kerna tidak perlu memegang pen
  • bahagianya seperti dapat minum sirap selepas merentas desa

  • tanggal 19 dec malam yang lalu CEMPAKA dan kawan2 yang lain ke lapangan terbang untuk pulang ke malaysia
  • kami tiba di klia pada waktu pagi
  • di kala yang lain pulang ke rumah masing2 dengan family
  • CEMPAKA perlu menunggu keluarga CEMPAKA dari terengganu
  • alangkah gembiranya CEMPAKA dapat bertemu mereka
  • kemudian jam 4 petang kami berlepas ke hong kong
  • kami tiba di sana pada waktu malam
  • kami di bawa ke park hotel
  • semakin malam semakin aktif kotaraya itu
  • CEMPAKA ingat tak sejuk tapi rupa2nya sejuk hingga mencecah 10 C
  • mereka sangat hebat berfesyen
  • berbunga hati CEMPAKA melihat gaya mereka
  • malam itu kami tidur di park hotel
  • antara yang ada ialah mumy CEMPAKA, auntie, uncle, brother, sisters, cousin n sam (manager noryn aziz)

  • esoknya kami berjalan2 di sekitar kotaraya ini
  • hong kong ini ibarat penang
  • ada mainland dan tidak kurang juga pulau
  • bahagian pulau ialah hong kong
  • bahagian seberang prai ialah kowloon
  • kami stay di kowloon

  • esoknya kami menaiki ferry ke macau
  • macau sangat sejuk
  • kami ingat tak sejuk jadi tiada seorang yang pakai baju panas (sweater)
  • jadi akhirnya kami terpaksa menahan sejuk
  • bandar macau walaupun kecil tapi sangat bersih
  • memandangkan macau pernah dijajah oleh portugis
  • kebanyakkan signboard dalam bahasa portugis
  • kemudian kami ke venitien
  • tempat ini sungguh indah nian
  • ianya adalah gabungan hotel, pusat beli belah dan casino
  • hotelnya amatlah mewah dipenuhi dekorasi2 berat keemasan
  • casino nya pula dimulai jackpot hinggalah ke poker
  • pusat beli belahnye dihias ala2 venice
  • terdapat sungai yang dimuatkan dengan gondola(perahu)
  • sesuai buat pasangan yang inginkan suasana romantis
  • segala jenama ada di sini
  • CEMPAKA sempat juga borong di sini
  • pada malam hari kami menaiki ferry untuk pulang
  • dalam perjalanan, 2 orang adik kecil CEMPAKA muntah
  • kami disuruh pindah ke belakang

  • hari seterusnya pula kami ke pulau hong kong
  • di sini bandar2nya kelihatan seperti dalam drama tvb di tv3
  • nasib baik CEMPAKA tak bertemu dengan andy lau mahupun jackie chan
  • kami ke stanley market yang terletak di atas bukit
  • sejuknya bukan main
  • di sini banyak menjual kraftangan buatan china
  • CEMPAKA ada juga beli untuk kawan2 CEMPAKA

  • hari berikutnya CEMPAKA berjalan2 di sekitar kowoon lagi
  • terdapat pelbagai kedai gadget di sini dan amatlah murah
  • PSP slim di sini hanya berharga RM450
  • CEMPAKA teringin membeli nikon D60 bernilai kurang dari rm2000 sahaja
  • tetapi ada peristiwa yang tidak boleh didedahkan berlaku menyebabkan CEMPAKA tidak jadi membelinya
  • tetapi kesimpulannya pekedai itu cuba menipu CEMPAKA
  • geram CEMPAKA terhadapnya
  • hari itu merupakan malam krismas
  • kebanyakkan jalan ditutup
  • orang ramai bolehlah berjalan2 rambang
  • CEMPAKA melihat pelbagai reaksi orang ramai menantikan detik krismas
  • tak kurang juga ada kumpulan koir yang menyanyi lagu jesus
  • ada family dan juga pasangan berchenta serta kumpulan2 remaja

  • hari terakhir CEMPAKA ke disneyland
  • memandang itu adalah hari krismas
  • orang sangatlah ramai
  • dan kami perlu beratur panjang
  • jadi kami tidak sempat bermain permainan yang lain
  • lagipun, malam itu flight kami ke malaysia pula
  • kami melihat parade mickey juga
  • tetapi disneyland di sini tidaklah sebesar disneyland di paris dulu
  • CEMPAKA sempat bergambar dengan pluto dan goofy
  • dan malamnya kami ke airport untuk pulang
  • di airport CEMPAKA bertemu dengan scha dan fahrain
  • scha kebetulan sedang shooting untuk siri drama astro
  • apa lagi CEMPAKA terus bergambar dengan mereka

  • kemudian kami semua pulang ke terengganu
  • di rumah akhirnya CEMPAKA dapat makan masakan rumah
  • dan dapat jumpa papa
  • CEMPAKA juga keluar dengan kawan2 CEMPAKA
  • tetapi esoknya CEMPAKA terpaksa pulang ke klia untuk kembali ke sini
  • ramai juga yang hantar CEMPAKA ke airport
  • sewaktu nak boarding CEMPAKA menitiskan air jernih yang hangat di pipi ini

  • suatu kisah lucu di klia
  • CEMPAKA keseorangan sambil menunggu uniq dari kedah
  • selepas jumpa uniq kami ke mcd untuk makan
  • uniq makan burger dengan laparnya
  • CEMPAKA pula sebenarnya dibekalkan lauk oleh bibik CEMPAKA
  • antaranya ialah ayam masak merah, daging goreng dan kailan ikan masin
  • di kala orang lain makan mcd CEMPAKA makan nasi
  • agaknya berbau kailan itu tapi CEMPAKA buat tidak tahu sahaja

  • setibanya di airport bangalore kami di sambut oleh mereka yang punya motor
  • wajah jeles kerna tidak dapat pulang ke kampung seperti CEMPAKA jelas kelihatan
  • dan kini CEMPAKA kembali ke rutin normal
  • sambil menunggu detik untuk pulang lagi

  • kesimpulannya
  • di hong kong terdapat ramai pekerja indon dan filipina sebagai pembantu rumah dan jurujual
  • dan CEMPAKA ada selitkan gambar CEMPAKA
  • tapi bahagian kaki sahaja kerna biarlah wajah CEMPAKA menjadi rahsia
  • jika inginkan lebih banyak visual klik sahaja pada bahagian KOMUNIKASI TERPERINCI di sebelah ---------->

hingga warkah seterusnya