Thursday, January 1, 2009

have a BREAK.. have a kit kat..


  • 2 3 kucing berlari
  • mana nak sama si kucing belang
  • di sini kurang kucing berlari
  • cuma yang ada si anjing garang

  • serangkap pantun CEMPAKA hulurkan buat pembaca sekalian
  • baru2 ini selepas tamatnya exam, CEMPAKA akhirnya diberi cuti seminggu
  • kegembiraan tak terkata rasanya kerna tidak perlu memegang pen
  • bahagianya seperti dapat minum sirap selepas merentas desa

  • tanggal 19 dec malam yang lalu CEMPAKA dan kawan2 yang lain ke lapangan terbang untuk pulang ke malaysia
  • kami tiba di klia pada waktu pagi
  • di kala yang lain pulang ke rumah masing2 dengan family
  • CEMPAKA perlu menunggu keluarga CEMPAKA dari terengganu
  • alangkah gembiranya CEMPAKA dapat bertemu mereka
  • kemudian jam 4 petang kami berlepas ke hong kong
  • kami tiba di sana pada waktu malam
  • kami di bawa ke park hotel
  • semakin malam semakin aktif kotaraya itu
  • CEMPAKA ingat tak sejuk tapi rupa2nya sejuk hingga mencecah 10 C
  • mereka sangat hebat berfesyen
  • berbunga hati CEMPAKA melihat gaya mereka
  • malam itu kami tidur di park hotel
  • antara yang ada ialah mumy CEMPAKA, auntie, uncle, brother, sisters, cousin n sam (manager noryn aziz)

  • esoknya kami berjalan2 di sekitar kotaraya ini
  • hong kong ini ibarat penang
  • ada mainland dan tidak kurang juga pulau
  • bahagian pulau ialah hong kong
  • bahagian seberang prai ialah kowloon
  • kami stay di kowloon

  • esoknya kami menaiki ferry ke macau
  • macau sangat sejuk
  • kami ingat tak sejuk jadi tiada seorang yang pakai baju panas (sweater)
  • jadi akhirnya kami terpaksa menahan sejuk
  • bandar macau walaupun kecil tapi sangat bersih
  • memandangkan macau pernah dijajah oleh portugis
  • kebanyakkan signboard dalam bahasa portugis
  • kemudian kami ke venitien
  • tempat ini sungguh indah nian
  • ianya adalah gabungan hotel, pusat beli belah dan casino
  • hotelnya amatlah mewah dipenuhi dekorasi2 berat keemasan
  • casino nya pula dimulai jackpot hinggalah ke poker
  • pusat beli belahnye dihias ala2 venice
  • terdapat sungai yang dimuatkan dengan gondola(perahu)
  • sesuai buat pasangan yang inginkan suasana romantis
  • segala jenama ada di sini
  • CEMPAKA sempat juga borong di sini
  • pada malam hari kami menaiki ferry untuk pulang
  • dalam perjalanan, 2 orang adik kecil CEMPAKA muntah
  • kami disuruh pindah ke belakang

  • hari seterusnya pula kami ke pulau hong kong
  • di sini bandar2nya kelihatan seperti dalam drama tvb di tv3
  • nasib baik CEMPAKA tak bertemu dengan andy lau mahupun jackie chan
  • kami ke stanley market yang terletak di atas bukit
  • sejuknya bukan main
  • di sini banyak menjual kraftangan buatan china
  • CEMPAKA ada juga beli untuk kawan2 CEMPAKA

  • hari berikutnya CEMPAKA berjalan2 di sekitar kowoon lagi
  • terdapat pelbagai kedai gadget di sini dan amatlah murah
  • PSP slim di sini hanya berharga RM450
  • CEMPAKA teringin membeli nikon D60 bernilai kurang dari rm2000 sahaja
  • tetapi ada peristiwa yang tidak boleh didedahkan berlaku menyebabkan CEMPAKA tidak jadi membelinya
  • tetapi kesimpulannya pekedai itu cuba menipu CEMPAKA
  • geram CEMPAKA terhadapnya
  • hari itu merupakan malam krismas
  • kebanyakkan jalan ditutup
  • orang ramai bolehlah berjalan2 rambang
  • CEMPAKA melihat pelbagai reaksi orang ramai menantikan detik krismas
  • tak kurang juga ada kumpulan koir yang menyanyi lagu jesus
  • ada family dan juga pasangan berchenta serta kumpulan2 remaja

  • hari terakhir CEMPAKA ke disneyland
  • memandang itu adalah hari krismas
  • orang sangatlah ramai
  • dan kami perlu beratur panjang
  • jadi kami tidak sempat bermain permainan yang lain
  • lagipun, malam itu flight kami ke malaysia pula
  • kami melihat parade mickey juga
  • tetapi disneyland di sini tidaklah sebesar disneyland di paris dulu
  • CEMPAKA sempat bergambar dengan pluto dan goofy
  • dan malamnya kami ke airport untuk pulang
  • di airport CEMPAKA bertemu dengan scha dan fahrain
  • scha kebetulan sedang shooting untuk siri drama astro
  • apa lagi CEMPAKA terus bergambar dengan mereka

  • kemudian kami semua pulang ke terengganu
  • di rumah akhirnya CEMPAKA dapat makan masakan rumah
  • dan dapat jumpa papa
  • CEMPAKA juga keluar dengan kawan2 CEMPAKA
  • tetapi esoknya CEMPAKA terpaksa pulang ke klia untuk kembali ke sini
  • ramai juga yang hantar CEMPAKA ke airport
  • sewaktu nak boarding CEMPAKA menitiskan air jernih yang hangat di pipi ini

  • suatu kisah lucu di klia
  • CEMPAKA keseorangan sambil menunggu uniq dari kedah
  • selepas jumpa uniq kami ke mcd untuk makan
  • uniq makan burger dengan laparnya
  • CEMPAKA pula sebenarnya dibekalkan lauk oleh bibik CEMPAKA
  • antaranya ialah ayam masak merah, daging goreng dan kailan ikan masin
  • di kala orang lain makan mcd CEMPAKA makan nasi
  • agaknya berbau kailan itu tapi CEMPAKA buat tidak tahu sahaja

  • setibanya di airport bangalore kami di sambut oleh mereka yang punya motor
  • wajah jeles kerna tidak dapat pulang ke kampung seperti CEMPAKA jelas kelihatan
  • dan kini CEMPAKA kembali ke rutin normal
  • sambil menunggu detik untuk pulang lagi

  • kesimpulannya
  • di hong kong terdapat ramai pekerja indon dan filipina sebagai pembantu rumah dan jurujual
  • dan CEMPAKA ada selitkan gambar CEMPAKA
  • tapi bahagian kaki sahaja kerna biarlah wajah CEMPAKA menjadi rahsia
  • jika inginkan lebih banyak visual klik sahaja pada bahagian KOMUNIKASI TERPERINCI di sebelah ---------->

hingga warkah seterusnya

4 comments:

hilariouskozac said...

bkn nk bli souvenir utk ak!

zettyshafiqa said...

oleh2 HK satu!!!

Anonymous said...

bsrny paha anda wahai cempaka..
aduhai....

uniq said...

bet....hahahhaha..
sapa anonymous ni weyh?