- hari ini CEMPAKA dengan senang hatinya menyertai kelas surface marking
- kelas demikian adalah memerlukan kita mengenalpasti struktur2 tertentu pada mayat lalu menandakannya dengan kapur
- oleh itu, lecturer wanita yang mengajar patuh menerangkan kepada kami semua apa yang patut dilakukan
- di waktu pagi yang hening itu, CEMPAKA berdiri dengan tegak dengan postur yang betul di belakang serong ke kanan lecturer wanita itu
- kadangkala perasaan boring mula mengusik jiwa CEMPAKA yang halus ini
- lalu CEMPAKA mengambil sebatang kapur bewarna kuning dan menulis nama sebenar CEMPAKA yang tidak boleh didedahkan di sini pada bahagian kepala mayat tersebut
- di waktu yang sama pelajar2 lain sibuk memeriksa keputusan kuiz yang baru diperolehi
- kemudian kami menyambung mendengar ungkapan lecturer wanita tersebut
- CEMPAKA agak cemas jika disyaki bahawa CEMPAKA yang menulis nama di kepala mayat tersebut lalu CEMPAKA bergerak berpindah tempat di hujung meja
- namun, seramai2 pelajar lain yang berjalan2, lecturer wanita itu memanggil CEMPAKA sambil berkata, "you, come here. i can see you walking here and there. come and do the marking"
- alangkah terkejut beruknya CEMPAKA kerna CEMPAKA tidak tahu apa2 mengetahui marking tersebut
- beliau menyuruh CEMPAKA menamakan suatu bahagian pada tulang humerus
- CEMPAKA seperti ingat2 lupa jawapannya
- lalu CEMPAKA memerhatikan sekeliling mencari sinar jawapan dari pelajar lain
- namun terlalu ramai yang memuntahkan kata2 hingga CEMPAKA keliru
- jadi CEMPAKA coba melengah2kan masa sambil kawan CEMPAKA mencari jawapan
- CEMPAKA berkata, "it... is... situated... (senyap sebentar dan mengambil nafas) on this... bone... (senyap lagi dan mengambil nafas baru) which is called.. the... humerus... " sambil membelek2 tulang itu dan menunggu jawapan dari kawan CEMPAKA
- sebaik sahaja kawan CEMPAKA mengangkat bukunya tinggi2 dan menunjukkan kepada CEMPAKA
- dengan pantas jelingan manja mata ini memerhati dan menganalisa lalu memberitahu jawapannya
- tetapi lecturer wanita itu berkata, "see... i know you haven't read anything before entering the class"
- CEMPAKA kena lagi walhal bukan CEMPAKA seorang yang beralih tempat waktu itu
- tak gitu ikrey??
aduhai...
No comments:
Post a Comment