Saturday, January 9, 2010

bila hilang, separuh jiwaku pergi

  • sering kali CEMPAKA mengibaratkan handphone(hp) sebagai nyawa
  • maka kali ini pabila hp CEMPAKA hilang, terasa separuh jiwaku pergi :(
  • memang benar ini bukan kali pertama CEMPAKA mengalami kehilangan hp
  • tapi mungkin kali ini impaknya amat hebat buat CEMPAKA

  • masuk bulan ini hp CEMPAKA genap berusia 1 tahun 3 bulan
  • ia telah dihadiahkan oleh ibu saudara CEMPAKA kerana kejayaan CEMPAKA dapat melanjutkan pelajaran di luar negara
  • waktu itu tidak ramai yang menggunakan hp ini dan harganya tidak kurang hebat mahalnya
  • maka CEMPAKA amat menghargai hp kali ini

  • biasanya CEMPAKA akan simpan hp dalam poket jeans
  • kali ini terdapat pertandingan netball maka CEMPAKA hanya memakai seluar trek
  • mungkin seluar tersebut licin menyebabkan hp CEMPAKA terkeluar lalu tertinggal di atas tempat duduk auto
  • nasib baik ayam tanya kerna mahu pinjam hp CEMPAKA dan barulah CEMPAKA sedar bahawa hp CEMPAKA telah hilang
  • terima kasih farina kerna sudi menawarkan skuternya untuk pulang ke rumah dan menunggu auto itu kembali
  • tetapi setelah 30 minit menunggu tiada kelibat auto itu
  • ramai juga yang ingin menolong CEMPAKA mengenalpasti pemandu auto itu termasuklah pakcik penjual buah yang baik hati
  • sekuritu juga menyatakan bahawa jika pemandu auto yang jumpa pasti dia akan kembalikan tapi apa yang membimbangkan ialah jika penumpang lain yang mengambil hp itu
  • lagipun, sebelum pemandu auto sudah beberapa memulangkan barang pelajar yang tertinggal
  • tetapi, CEMPAKA harus kembali ke kolej untuk menyertai game netball
  • kata pakcik2 di situ datang lagi ke sini pukul 5 petang nanti

  • tapi kini sudah malam dan CEMPAKA masih tidak mempunyai berita mengenai hp itu
  • semoga ALLAH membukakan pintu hati sesiapa yang mengambilnya untuk pulangkan kembali kerna CEMPAKA tidak mahu marah, repot, complaint tetapi apa yang CEMPAKA mahu hanyalah hp itu, jiwaku.

No comments: