menyaksikan kehadiran insan baru
- bulan ini, CEMPAKA diberi posting di department obstetrics and gynaecology (OBG)
- secara ringkasnya, obstetrics adalah mengenai perihal wanita mengandung dan selepas bersalin manakala gynaecology adalah mengenai perihal sistem pembiakan wanita (female reproductive system)
- minggu ini, buat pertama kalinya, CEMPAKA melihat sendiri proses wanita melahirkan anak
- bermula dari sakit sebelum bersalin hinggalah saat menjahit lapisan kulit luar
- benar, sungguh seram pabila melihatnya apatah lagi wanita yang mengalaminya
- barulah CEMPAKA faham pengorbanan seorang ibu yang amatlah besar demi melahirkan kita semua terutama bagi mereka yang melahirkan secara normal
- posting CEMPAKA bermula dengan kelas penerangan dan apabila selesai sahaja kelas, alangkah gembiranya kami apabila diberi peluang untuk memasuki labour room
- setiap orang amatlah excited termasuk CEMPAKA
- kami berlari2 anak dan hampir berebut2 untuk masuk
- sebaik sahaja CEMPAKA masuk terdengar suara orang menjerit kesakitan
- dari muka gembira tadi terus CEMPAKA senyap
- mana tidaknya pertama kali melihat situasi begitu
- wanita tersebut baring di atas katil sambil kedua2 kaki diletakkan di tempat yang lebih tinggi sedikit di sisi katil
- 2 orang doktor duduk di depannya sambil memberi arahan kepada wanita tadi untuk "push"
- doktor tersebut memberi local anaesthetics di kawasan kulit
- sedikit demi sedikit kami dapat melihat kepala bayi yang semakin hampir keluar melihat dunia
- seiring dengan itu, wanita tersebut menjerit dengan sekuat hatinya sambil tangan memegang erat sisi katil seperti ingin mematahkan palang sisi katil itu
- bukaan kelihatan semakin lama semakin membesar
- dan doktor semakin kuat suaranya menyuruh wanita itu "push" dan serentak dengan itu doktor tersebut menggunting kulit yang disuntik local anaesthetics lalu pada masa yang sama bayi tersebut tertolak keluar dengan licinnya
- saat bahu tersebut mahu melepasi kulit, si ibu menjerit paling kuat yang CEMPAKA seperti dapat bayangkan kesakitan itu
- akhirnya bayi tersebut keluar dengan selamatnya dan doktor terus memotong tali pusatnya
- doktor meneruskan dengan memasukkan tangan kedalam uterus (rahim) untuk mengeluarkan placenta (uri) yang masih ada di dalamnya
- doktor perlu pastikan bahawa tiada sisa placenta yang tertinggal bagi mengelakkan komplikasi lain
- agak seram kerana tangan yang masuk kedalam melebihi pergelangan tangan doktor itu
- selepas itu, sambil juruwat membersihkan dan menimbang bayi itu, doktor mula menjahit lapisan uterus, diikuti dengan muscle dan akhir sekali kulit luar
- si ibu yang mungkin keletihan hanya mampu berdiam diri hingga hampir tertidur sehinggakan seperti tidak menunjukkan reaksi apabila si doktor sedang membuat jahitan
- kata orang sakit melahirkan anak tidak dapat ditandingi sakit proses jahitan itu
- begitulah sedikit sebanyak pengalaman CEMPAKA sewaktu di department OBG yang ingin dikongsikan dan begitulah besarnya kuasa ALLAH dalam setiap makhluk ciptaan-Nya :D
No comments:
Post a Comment