Saturday, April 4, 2009

gara2 MONKEY memikat DOGGY

  • pagi itu merupakan turn CEMPAKA dan partner CEMPAKA, naz ke market
  • nama market itu ialah yeshwantpur
  • keadaan market itu faham2 sajalah tapi masih ada sebuah hotel yang dibina di kawasan itu dengan permandangan bertatahkan pasar
  • mungkin strategi usahawan india untuk menarik pelancong kepada kambing2 bunting yang berkeliaran
  • kembali kepada cerita asal
  • CEMPAKA dan naz bercadang untuk membeli sejenis bahan masakan
  • teka lah apa bahannya
  • apa? jintan manis? bukan2
  • bunga kantan? bukan jua
  • kami hanya ingin membeli santan
  • oleh itu kami pun mencari beberapa kedai yang menjual santan
  • namun terdapat anjing yang sedang tidur nyenyak di kaki lima berhampiran kedai2 di situ
  • memandangkan anjing tiada klorofil, maka matahari bukanlah faktor utama untuk mendapatkan makanan maka lebih baik anjing tersebut tidur sahaja
  • pabila CEMPAKA lalu di hadapan anjing itu kerna ingin menuju ke kedai sebelah, anjing itu sedang menggeliat seperti donald duck yang baru bangun tidur
  • maka CEMPAKA mempercepatkan langkah seperti skuad kawat hari kebangsaan
  • "kiri kanan kiri" "tukar langkah" "satu dua"
  • tiba2 kedengaran suara anjing tadi berjalan di belakang CEMPAKA
  • naz menoleh kebelakang dan berkata "anjing tadi kejar kitalah" dan terus berlari kehadapan
  • sewaktu CEMPAKA berkata "ye ke?" dengan saspennya, anjing tadi menyalak "wooot..wooot" menyebabkan CEMPAKA panik
  • maka dengan sepantas internet TATA, CEMPAKA berlari2 anak ke hadapan
  • tapi orang ramai pula di hadapan, oleh itu CEMPAKA membelok ke kiri
  • tapi anjing tadi masih mengejar dekat sahaja di belakang CEMPAKA sambil menyalak hebat high pitch macam mariah carey
  • lalu CEMPAKA lari dan lari mengelilingi gerai2 yang menjual tembikai dan kelapa
  • hampir semua orang di situ memandang CEMPAKA
  • ada yang tertawa dan tak kurang yang menjerit menghalau anjing itu
  • CEMPAKA teramatlah panik tika itu dan rasanya ingin pengsankan sahaja anjing itu
  • anjing itu masih mengejar CEMPAKA dan menyalak dengan kuatnya
  • maka dengan panik dan spontan dan tidak semena2 CEMPAKA lari menyorok di belakang mak cik menjual buah itu lantas mengambil kain sari yang panjang di bahunya lalu membaluti diri CEMPAKA
  • konon2nya ingin menyorok dari anjing walhal macamlah sari itu tebal seperti besi perisai
  • nasib baik seorang pak cik menghalau anjing tadi jauh2 nun di sana
  • CEMPAKA terus cepat2 meletakkan kembali kain sari yang diambil dari makcik tadi
  • pabila CEMPAKA memandang sekeliling hampir semua mata memandang dan senyum ke arah CEMPAKA
  • malu teramat tak terkiranya rasanya
  • oleh itu, CEMPAKA hanya mampu membalas senyuman mereka
  • kemudian pakcik tadi berkata anjing tadi sebenarnya tertarik kepada beruk yang tergantung di bag CEMPAKA dan "you should keep it inside your bag"


beruk yang memikat anjing ini dihadiahkan oleh uniq kepada CEMPAKA sempena ulangtahun CEMPAKA yang ke-?? baru2 ini. fakta menarik tentang beruk ini ialah ia dapat mengeluarkan bunyi apabila perutnya ditekan. :P

4 comments:

nur akmal said...

nie permintaan seorng teman yer,...
dh mg duk gantung kt beg tue buat ap???
simpan lar dl, dh tau byk anjng kt india... kl nk gn pon, jgn lar duk pamer dpn anjingnyer....

kisah cempaka said...

hehe
itu mrupakan suatu btk phargaan dr pberian uniq
jd gntung laa tp xsngka kne kejar anjing
hehe

thnx kema singgah sini
nnti rjn2 laa snggah lg yaa
suwigg~

Anonymous said...

Not too sure about the adorable pink fluffy stuffed primate u were carrying, but what I do know about dogs is that they'll chase anything that looks like it wants to be chased. Some people say the moment u think a dog is following you: NEVER RUN. cuz then it would activate this primal instinct special to canines that will make them give chase like the winds of hell upon the tantilizingly mobile targetted object, which in this case is CEMPAKA.

Praises for your super funny posts.
keep us laughing,
Cheers!

kisah cempaka said...

well yeahh
i was T0TALLY panic dat time
i juz cant find any 0ther alternative ch0ices instead of running way
but i d0 n0e dat we HAVE TO STAY CALM
tp panic l0rhh
haha