Sunday, November 30, 2008

ayam masak lemak cili api simple

setelah sebulan di sini CEMPAKA belajar memasak
ayam masak lemak cili api antara resipi yang di belajar
resipi ini bukanlah original tapi di ubah suai menjadi simple agar sesuai bagi pelajar2 di perantauan

  • blend cili api sampai lumat
  • tumis cili api tadi tanpa minyak
  • masukkan ayam + kentang
  • goreng sampai naik bau
  • masukkan santan
  • masukkan kunyit
  • masukkan garam secukup rasa
selamat mencuba!!

nasi ayam simple

hari ini CEMPAKA, anis, bhah dan naz memasak nasi ayam
kami mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk siap
resipi yang simple ini sesuai bagi mereka yang terutamanya hidup di perantauan dan ingin merasakan sajian tanah air

kunci utama
  • rebus ayam+air sampai mendidih
  • toskan ayam
  • asingkan air rebusan

nasi
  • tumis bawang (cincang) + halia (cincang) + butter
  • masukkan beras (dibasuh)
  • masukkan air rebusan ayam tadi

sup
  • tumis bawang (mayang) + halia
  • masukkan air rebusan ayam tadi
  • masukkan garam secukup rasa

ayam
  • gaul ayam tadi dengan kicap
  • tambah garam kalau kicap tak masin
  • goreng ayam yang digaul dengan minyak

sos kicap
  • masak sup tadi + kicap + sos tiram sampai mendidih

sayur
  • potong kubis + tomato +kubis bunga
  • basuh sayur
  • letak atas pinggan :P

selamat mencuba!!

Tuesday, November 25, 2008

jatuh

mereka : makan!! (dari tingkat bawah)
CEMPAKA : jap (depan laptop)
mereka : makan!!
CEMPAKA : jap
mereka : makan!!
CEMPAKA : ye ye jap
mereka : lauk nak habis ni
CEMPAKA : ye!! (berlari2 anak menuruni tangga)
mereka : cepat sikit
CEMPAKA : berlari dengan laju ke arah dapur sambil memakai selipar berspan yang lembut untuk membasuh tangan)


BOOOOOM!!!
  • lantai licin
  • CEMPAKA jatuh di dapur
  • terhempap kepala dan kaki ke lantai
  • seluruh baju basah
  • tong sampah jatuh dengan sampah berselerak ke atas kaki CEMPAKA



SAKETT!!!

Sunday, November 23, 2008

gadis tibet dan anjing


gadis tibet
buat pengetahuan semua
di bangalore terdapat golongan minoriti penduduk tibet yang hidup aman damai di sini
secara fizikal mereka kelihatan seperti orang melayu

mata mereka sepet tapi ada yang berkulit cerah dan tidak kurang juga yang berkulit gelap pendek kata seperti orang melayu bermata sepet lah
negara tibet merupakan sempadan antara india dan china
terdapat asimilasi budaya hindu dan buddha


anjing
organisma ini sering berkeliaran merata2 di bandar kami

pelbagai spesis yang ada
tidak kurang juga yang cacat

kami biasanya akan lari sambil berselawat demi mengelak dari organisma ini
  • pada suatu petang
  • CEMPAKA, bihah, anis dan naz ke kedai buah untuk membeli buah lah kan
  • bihah dan anis sibuk memilih buah yang elok
  • naz pula alpa dengan henfon nya
  • CEMPAKA yang tidak ada kerja sewaktu itu sedang menegur seorang gadis tibet
  • sebenarnya CEMPAKA bercakap bahasa melayu sengaja tidak mahu gadis tibet itu tahu
  • petah sungguh CEMPAKA memberi komen kepada gadis itu tapi gadis itu tidak faham jadi dia buat tak tahu je
  • tiba-tiba
  • jeng jeng jeng
  • datang lah seekor anjing besar berbulu lebat bewarna putih
  • kami berempat serentak terkejut
  • lantas berlari menyorok di belakang mak cik penjual buah sambil menjerit
  • kami ibarat beratur dalam 1 barisan
  • dimulai dengan makcik penjual buah di belakangnya bihah diikuti dengan anis, naz dan CEMPAKA
  • alangkah terkejutnya CEMPAKA apabila di sebelahnya berdiri gadis tibet
  • katanya "why? why?"
  • lalulah anjing tadi di depan kami tapi kami menten kaku di situ
  • gadis tibet tadi tengok anjing tadi dan menjeling ke arah kami
  • baginya anjing pun nak takut
  • yang tidak dapat dilupakan gadis tibet tadi berdiri sebaris dan serentak dengan kami dek terkejut telatah kami yang tiba2 menjerit

Friday, November 21, 2008

perjalanan 5 km


menukar tc

menjahit seluar CEMPAKA

mengambil laptop uniq yang di servis

membeli pisang yang dikirim oleh bihah n anis

  • pada hari isnin yang lalu bersamaan 17 nov
  • CEMPAKA, uniq dan naz telah merancang untuk ke bandar
  • setelah kelas tamat pada pukul 4.30pm kami bergegas mendapatkan autorickhaw(auto)
  • namun perjalanan yang biasa mengambil masa setengah jam menjadi 2 jam akibat jalan jam dan kebanyakan jalan di tutup kerana entah menteri mana nak lalu
  • misi kami ke bandar adalah untuk
a) menukar tc
b) menjahit seluar CEMPAKA
c) mengambil laptop uniq yang di servis

d) membeli pisang yang dikirim oleh bihah n anis


  • sepanjang perjalanan yang agak lama CEMPAKA tertidur dek kebosanan
  • sesekali uniq agak berleter kerana CEMPAKA selalu tidur dalam auto
  • katanya bimbang jika dibawa lari oleh pak cik auto tersebut
  • masih ingat sewaktu CEMPAKA terjaga rasanya mulut berangin2
  • rupa2nya CEMPAKA tidur sambil buka mulut

  • setelah 2 jam sampailah kami ke sana
  • kami terus bergegas ke forex exchange untuk
  • misi pertama : menukar tc
  • harapan kami hampa apabila rate hari itu rendah
  • kami terus menerus bargain untuk mendapatkan rate agak tinggi
  • tapi tak setinggi yang di harapkan
  • oleh itu niat menukar tc tidak diteruskan
  • misi pertama : gagal

  • kami ke sebuah mall di situ untuk menjahit seluar CEMPAKA
  • sedikit diskripsi mengenai seluar CEMPAKA :
  • sepasang jeans yang terkoyak di bahagian peha atas sedikit dari belakang lutut
  • akibat koyak tidak diketahui
  • jadi CEMPAKA menghantar ke kedai jeans untuk di jahit
  • apabila siap alangkah terkejut melihat kawasan yang dijahit
  • seperti jeans itu tertuduk di atas chewing gum yang kotor
  • ini disebabkan penjahit itu guna benang warna hitam
  • tapi tak ape sebab tak jelas sangat
  • CEMPAKA membayar Rs20 lebih kurang RM2
  • misi kedua : berjaya

  • kami kemudian ke kedai laptop untuk mengambil laptop uniq
  • sebenrnya itu adalah kali ketiga kami ke sana
  • pekedai itu asyik tunda bila nak bagi laptop uniq
  • katanya masalah laptop itu adalah display problem yang hanya siap dalam 2 hari
  • tapi selepas 2 minggu tak siap dan ada ke patut kena bayar Rs5000 dalam RM500
  • uniq bengang dengan pekedai itu dan memberitahunya tidak perlu baiki laptop itu
  • dan uniq ingin ambil balik laptopnya
  • tapi apabila kami sampai
  • dengan selamba pekedai itu memberitahu suruh datang esok kerana laptop itu belum sampaialangkah hancurnya hati uniq ketika itu kerana :
a) perjalanan 2 jam bersusah payah datang dari kolej tapi tak leh ambil laptop
b) kalau nak ke bandar perlu tidur rumah CEMPAKA

c) malam sebelumnya terpaksa packing dan bawa beg yang berat ke kelas semata2 untuk ke bandar dan tidur di rumah CEMPAKA

  • emosi uniq bergolak
  • dan uniq sound pekedai itu
  • katanya sudah 3 kali dia datang tapi tak boleh ambil laptop
  • dan dia dikenakan bayaran yang mahal
  • sambil berkata "tomorrow i cannot come. i m not free!"
  • dan terus berjalan ke arah pintu dan membuka pintu KACA dan lalu terhempap ke dinding dengan kuatnya
  • padan muka pekedai itu yang memang berbelit dan menipu
  • misi ketiga : gagal

  • kami terus ke kedai buah untuk membeli pisang bihah
  • apabila ditanya pekedai "how much do you want?"
  • CEMPAKA menjawab "two" yang di anggap akan diberi 2 sikat pisang
  • kami pun tunggu dengan senyap dan emosi masing2 terganggu dek kedai laptop tadi
  • apabila ingin bayar alangkah terkejutnya CEMPAKA apabila di beri 2 BIJI pisang!!
  • pekedai itu ingat CEMPAKA mahu 2 biji
  • tapi salah CEMPAKA sebab tidak explen awal2
  • akhirnya uniq menerangkan kepada pekedai itu bahawa kami mahu 2 sikat
  • tapi mereka jual mengikut dozen jadi kami beli 2 dozen
  • misi keempat : berjaya

  • setelah 2 misi gagal dan 2 misi berjaya kami bergegas mencari auto untuk pulang
  • akhirnya kami menaiki sebuah auto
  • dan memberitahunya arah dan tempat apartment kami
  • tapi jalan masih jam dan kereta hampir tidak bergerak
  • setelah 15 minit perjalanan auto tersebut berhenti katanya kehabisan minyak
  • katanya juga apartment kami dalam 2 km lagi dan kami boleh mencari auto laen
  • dia meminta bayaran Rs100
  • nak tak nak kami terpaksa bayar
  • auto tersebut berhenti di tengah kotaraya bangalore yang sesak dengan trafik
  • kami mencari auto lain tapi semuanya penuh
  • kalau ada auto kosong pun tak mahu ambil penumpang kerana jalan jam
  • kami terus berjalan di tepi FLYOVER dan JALAN RAYA yang sesak dengan trafik
  • sambil tanya arah dari orang ramai yang berjalan kaki di kawasan itu
  • walaupun hari sudah MALAM dan cuaca sangat SEJUK,
  • kami terpaksa redahi jua dan bajet dalam 2km lagi akan sampai

  • setelah tanya salah seorang pejalan kaki
  • rupa2nya ada lagi 10 km baru sampai ke tempat kami
  • dan kami amat bengang ditipu pakcik auto tadi
  • dah lah minta Rs100, patut Rs50 sahaja
  • memandangkan dia melalui jalan lain
  • kami tidak dapat agak dan ingatkan sudah dekat dengan tempat kami

  • kami terus berjalan dan berjalan sepanjang 5KM
  • kami terpaksa melintas LEBUH RAYA yang ada 4 lane sebelah kanan dan 4 lane sebelah kirikami juga terpaksa mendaki jalan berbukit
  • akibat perut yang lapar
  • kami makan pisang yang dibawa
  • akhirnya kami terjumpa sebuah auto kosong
  • dan menaiki auto tersebut yang meminta bayaran Rs70
  • tapi jalan sewaktu itu memang jam
  • dan walaupun melalui lorong di kawasan perumahan masih jam
  • jadi pakcik auto itu minta tambah menjadi Rs100
  • nak tak nak kami terpaksa setuju sebab hari sudah malam dan semakin sejuk
  • dan akhirnya kami tiba di rumah
  • tapi pak cik auto minta tambahan sampai Rs120
  • kami bengang sebab tadi hanya minta Rs70
  • dan setelah berdebat hebat
  • kami hanya bagi Rs110

  • akhirnya kami selamat sampai ke rumah
  • setelah pelbagai rintangan yang di lalui
  • pisang tersebut menjadi lebam dan tinggal tak sampai 10 biji pun
  • hehehe

Thursday, November 13, 2008

Wednesday, November 12, 2008

cerita kar0t dan tembikai



[nk cite semua ssh.. jd d ringkaskan..panjang cerita ni. nak baca ke?]


karot
organisma bernama karot ini berusia 19 thn
seorg yg chanteq, baek, kelakar, dan sederhana ketinggian nya
karot ini tidak seperti karot yg laen
karot yg laen semuanya bewarna oren
namun karot ini hitam manis
walaupon begitu, kejelitaannya tetap terserlah
biar apa pon tanggapan org terhadapnya
karot tahu siapa dan di mana dirinya

tembikai
organisma bernama tembikai ini berusia 18thn
agak muda dari karot namun agak matang darinya
dari segi fizikal, tembikai sememangnya berisi, gebu dan berat jika di timbang
namun, tembikai jaoh lebih telus, baek, naif dan yang pasti berisi tembikai bukan sebarang berisi tapi berisi di hati dan di minda
pendek kata, tembikai sememangnya seorang yang disenangi

pertemuan karot dan tembikai [tahun 2000]
pada asalnye tembikai hanyalah kawan kepada adek karot
namun kehendak takdir, tembikai menjadi kawan karot
mereka berkenalan di sekolah sewaktu darjah 5
hasil kebijaksanaan tembikai, dia akhirnya terpilih sebagai pelajar PTS
dan untuk menjadi permulaan kepada sebuah persahabatan tembikai sekelas dengan karot
pada suatu pagi di mana tembikai mula masuk kelas
karot mula menegurnya
masih ingat wajah tembikai yang agak takut masuk kelas senior
karot dengan selamba buat2 ramah dengan pelajar junior namun pada hakikatnya rasa tidak senang dengan mereka kerana terasa tergugat yang entah apa2
mereka berbual2
perbualan perkenalan seperti biasa
namun karot tetap karot
selepas waktu rehat
apabila tembikai masuk ke kelas
dia cuak apabila melihat begnya tiada di kerusi
panik tembikai mencari begnya
sehingga dia terjumpa die belakang kelas di sebalik rak buku
hahahahahaha [hilaian tawa dari karot]
karot, pelajar yang sorok beg tembikai
nak marah takut akihirnya tembikai diam sahaja
esoknya pada waktu rehat juga
sekali lagi tembikai cuak
begnya ada
tapi bukunya tiada
rupa2nya karot letak setiap buku tembikai ats setiap meja pelajar laen
jenuh tembikai mengutip kembali bukunya
begitulah perkenalan mereka

kejayaan pertama [2001]
sejak hari itu karot dan tembikai mula berkawan
takde laa rapat
kawan2 sekolah rendah
xde gosip, xde pakatan, xde agenda
persahabatan yg ringkas
perbualan terhad kepada dunia hiburan, jejaka hensem dan homwork
smpai sekolah pagi2 berbual2
beratur d perhimpunan berbual2
masuk kls, rehat
sudah pasti berbual2 lagi
habis sekolah tunggu van berbual2
mereka menyertai persatuan yang sama
masih igt sewaktu hari guru
mereka sama2 membuat persembahan
maklumlah zaman kegemilangan bollywood
mohabbatein menjadi pilihan
suatu kenangan yag tidak mungkin d lupakan
hilai tawa, suka duka hingga saat genting upsr
mereka sama2 berjuang
sama2 rasai debaran
dan akhirnya mereka sama2 berjaya
sama2 dpt 5A
dan sama2 ke sklh mnengah

kejayaan kedua [2004]
sklh menengah di mana proses mencari identiti
tembikai mempunyai byk hobi dan atranya menulis cerpen
agak terharu apabila karot di jadikan watak cerpennya
dan nama wataknya kekal hingga kini
sehingga nama sebenar karot seolah2 tdk wujud kerana karot d knli dgn watak itu

tembikai, karot dan kawan2 yg laen selalu rehat bersama2
agak kelakar apabila setiap org ada turn utk beli mknan buat kwn2 yg laen
msh igt sewaktu merentas desa, mereka semua ambil shortcut
lari lintang pukang msk kampung nak lari dari cikgu
akhirnya kalah juga
hari demi hari pmr tiba
usaha, ingatan, doa
minggu peperiksaan berlalu
dan keputusan tiba
karot dan tembikai
sama menanti debaran
sama2 bersyukur
sama2 dpt 8a
sama2 ke mrsm pngkalan chepa

kejayaan ketiga [2006]
sedeh, rindu, debar
perasaan masuk asrama
minggu orientasi orang laen bergembira
setiap mlm mereka menangis
igt keluarga, igt kwn, igt dunia mereka
dunia yg bebas tanpa peraturan
lagu teman sejati
baru di fahami maksudnya pada hari itu
nmun perasaan sedey d ganti dengan gembira
keseronokan mula d terokai
antara kengan manis yg msh d igt karot
sewaktu hujung mggu d waktu ptg
karot bersama gitarnya
dan tembikai menyanyi mengikut rentak
walaupon xsedap sangat
mereka konon2 berangan menjadi girl band
angan2 minah jenin
hari demi hari
spm tiba
dan berlalu
dan hari menunggu keputusan
sama2 berazam
sama2 mahu menggapai impian
dan sama2 mengulangi sejarah
sama2 bersyukur lagi
sama2 dpt straight a
sama2 dpt mara
dan sama2 ke msu

kejayaan? keempat [2008]
mereka bebas
berada d kota raya
bebas dari peraturan
berkenalan dengan mereka2 yang laen
bakal2 doktor
masih igt ronda2 d kota bersama kiwi dan mangga dari utara
dan gadis2 rambutan dari kelantan
hampir semua mall telah d pijak
dgn elaun yg ade mereka sh0pink sakan
namun tembikai tetap tidak lari dengan matlamatnya
setiap exam tembikai pasti cemrlang
namun karot, cukup2 mkn shj
tembikai ibarat kakak yg sering nasihat karot ttg apa shj
terutama akademik supaya sentiasa focus
how far we go n whatever our passion is, we still know the limit
n priority is always priority
masih igt pengalaman mereka pulang ke kampung bersama2
dari naek kereta org, naek bus smpai naek flight
mcm2 kisah pelek+lucu terjadi
setahun berlalu
keputusan tiba
dan buat pertama kali mereka terpaksa berpisah
kerana perbezaan tempat belajar
tanggal 27 sept pergilah tembikai meninggalkan karot
berbatu2 jauhnya
berthn2 lamanya
dan karot tiba dcni pada 11hb 0ct
tiba di tmpt bljr baru
dunia yg baru
cuaca yg baru
tanpa tembikai d sisi



mereka sama2 gila
mereka sama2 pelek
mereka sama2 ada impian
mereka sama2 ada hobi
mereka sama2 ingin berjaya
dan mereka sama2 pernah berjaya dulu

tapi sebab
kelalaian karot
kealpaan karot
keralekan karot
kesilapan karot
keterlupaan karot

tembikai jauh d sana melalui hidup
dan karot d cni menjalani hidup

mungkin ada hikmahnya
mungkin ini rezkinya

-kita sama je.. tapi sy yg terslh lgkah.. i miss u babe-