Friday, November 21, 2008

perjalanan 5 km


menukar tc

menjahit seluar CEMPAKA

mengambil laptop uniq yang di servis

membeli pisang yang dikirim oleh bihah n anis

  • pada hari isnin yang lalu bersamaan 17 nov
  • CEMPAKA, uniq dan naz telah merancang untuk ke bandar
  • setelah kelas tamat pada pukul 4.30pm kami bergegas mendapatkan autorickhaw(auto)
  • namun perjalanan yang biasa mengambil masa setengah jam menjadi 2 jam akibat jalan jam dan kebanyakan jalan di tutup kerana entah menteri mana nak lalu
  • misi kami ke bandar adalah untuk
a) menukar tc
b) menjahit seluar CEMPAKA
c) mengambil laptop uniq yang di servis

d) membeli pisang yang dikirim oleh bihah n anis


  • sepanjang perjalanan yang agak lama CEMPAKA tertidur dek kebosanan
  • sesekali uniq agak berleter kerana CEMPAKA selalu tidur dalam auto
  • katanya bimbang jika dibawa lari oleh pak cik auto tersebut
  • masih ingat sewaktu CEMPAKA terjaga rasanya mulut berangin2
  • rupa2nya CEMPAKA tidur sambil buka mulut

  • setelah 2 jam sampailah kami ke sana
  • kami terus bergegas ke forex exchange untuk
  • misi pertama : menukar tc
  • harapan kami hampa apabila rate hari itu rendah
  • kami terus menerus bargain untuk mendapatkan rate agak tinggi
  • tapi tak setinggi yang di harapkan
  • oleh itu niat menukar tc tidak diteruskan
  • misi pertama : gagal

  • kami ke sebuah mall di situ untuk menjahit seluar CEMPAKA
  • sedikit diskripsi mengenai seluar CEMPAKA :
  • sepasang jeans yang terkoyak di bahagian peha atas sedikit dari belakang lutut
  • akibat koyak tidak diketahui
  • jadi CEMPAKA menghantar ke kedai jeans untuk di jahit
  • apabila siap alangkah terkejut melihat kawasan yang dijahit
  • seperti jeans itu tertuduk di atas chewing gum yang kotor
  • ini disebabkan penjahit itu guna benang warna hitam
  • tapi tak ape sebab tak jelas sangat
  • CEMPAKA membayar Rs20 lebih kurang RM2
  • misi kedua : berjaya

  • kami kemudian ke kedai laptop untuk mengambil laptop uniq
  • sebenrnya itu adalah kali ketiga kami ke sana
  • pekedai itu asyik tunda bila nak bagi laptop uniq
  • katanya masalah laptop itu adalah display problem yang hanya siap dalam 2 hari
  • tapi selepas 2 minggu tak siap dan ada ke patut kena bayar Rs5000 dalam RM500
  • uniq bengang dengan pekedai itu dan memberitahunya tidak perlu baiki laptop itu
  • dan uniq ingin ambil balik laptopnya
  • tapi apabila kami sampai
  • dengan selamba pekedai itu memberitahu suruh datang esok kerana laptop itu belum sampaialangkah hancurnya hati uniq ketika itu kerana :
a) perjalanan 2 jam bersusah payah datang dari kolej tapi tak leh ambil laptop
b) kalau nak ke bandar perlu tidur rumah CEMPAKA

c) malam sebelumnya terpaksa packing dan bawa beg yang berat ke kelas semata2 untuk ke bandar dan tidur di rumah CEMPAKA

  • emosi uniq bergolak
  • dan uniq sound pekedai itu
  • katanya sudah 3 kali dia datang tapi tak boleh ambil laptop
  • dan dia dikenakan bayaran yang mahal
  • sambil berkata "tomorrow i cannot come. i m not free!"
  • dan terus berjalan ke arah pintu dan membuka pintu KACA dan lalu terhempap ke dinding dengan kuatnya
  • padan muka pekedai itu yang memang berbelit dan menipu
  • misi ketiga : gagal

  • kami terus ke kedai buah untuk membeli pisang bihah
  • apabila ditanya pekedai "how much do you want?"
  • CEMPAKA menjawab "two" yang di anggap akan diberi 2 sikat pisang
  • kami pun tunggu dengan senyap dan emosi masing2 terganggu dek kedai laptop tadi
  • apabila ingin bayar alangkah terkejutnya CEMPAKA apabila di beri 2 BIJI pisang!!
  • pekedai itu ingat CEMPAKA mahu 2 biji
  • tapi salah CEMPAKA sebab tidak explen awal2
  • akhirnya uniq menerangkan kepada pekedai itu bahawa kami mahu 2 sikat
  • tapi mereka jual mengikut dozen jadi kami beli 2 dozen
  • misi keempat : berjaya

  • setelah 2 misi gagal dan 2 misi berjaya kami bergegas mencari auto untuk pulang
  • akhirnya kami menaiki sebuah auto
  • dan memberitahunya arah dan tempat apartment kami
  • tapi jalan masih jam dan kereta hampir tidak bergerak
  • setelah 15 minit perjalanan auto tersebut berhenti katanya kehabisan minyak
  • katanya juga apartment kami dalam 2 km lagi dan kami boleh mencari auto laen
  • dia meminta bayaran Rs100
  • nak tak nak kami terpaksa bayar
  • auto tersebut berhenti di tengah kotaraya bangalore yang sesak dengan trafik
  • kami mencari auto lain tapi semuanya penuh
  • kalau ada auto kosong pun tak mahu ambil penumpang kerana jalan jam
  • kami terus berjalan di tepi FLYOVER dan JALAN RAYA yang sesak dengan trafik
  • sambil tanya arah dari orang ramai yang berjalan kaki di kawasan itu
  • walaupun hari sudah MALAM dan cuaca sangat SEJUK,
  • kami terpaksa redahi jua dan bajet dalam 2km lagi akan sampai

  • setelah tanya salah seorang pejalan kaki
  • rupa2nya ada lagi 10 km baru sampai ke tempat kami
  • dan kami amat bengang ditipu pakcik auto tadi
  • dah lah minta Rs100, patut Rs50 sahaja
  • memandangkan dia melalui jalan lain
  • kami tidak dapat agak dan ingatkan sudah dekat dengan tempat kami

  • kami terus berjalan dan berjalan sepanjang 5KM
  • kami terpaksa melintas LEBUH RAYA yang ada 4 lane sebelah kanan dan 4 lane sebelah kirikami juga terpaksa mendaki jalan berbukit
  • akibat perut yang lapar
  • kami makan pisang yang dibawa
  • akhirnya kami terjumpa sebuah auto kosong
  • dan menaiki auto tersebut yang meminta bayaran Rs70
  • tapi jalan sewaktu itu memang jam
  • dan walaupun melalui lorong di kawasan perumahan masih jam
  • jadi pakcik auto itu minta tambah menjadi Rs100
  • nak tak nak kami terpaksa setuju sebab hari sudah malam dan semakin sejuk
  • dan akhirnya kami tiba di rumah
  • tapi pak cik auto minta tambahan sampai Rs120
  • kami bengang sebab tadi hanya minta Rs70
  • dan setelah berdebat hebat
  • kami hanya bagi Rs110

  • akhirnya kami selamat sampai ke rumah
  • setelah pelbagai rintangan yang di lalui
  • pisang tersebut menjadi lebam dan tinggal tak sampai 10 biji pun
  • hehehe

4 comments:

Anonymous said...

mencabar mencabar.sabaq no

Anonymous said...

semakin kuat kaki bet..:)

link aq eh..

zettyshafiqa said...

hahahahhh..
lawak ar semek wei...
nasib bihah laa pisang tinggal seciput.

nur akmal said...

hahaha...
doh bakpo lar tk xpain awl2 kt pok cik pisang tu...
huhuhu..