There was an error in this gadget

Tuesday, May 4, 2010

gadis hey

mode karangan sikit. hehe :P

  • pagi ini tenang seperti biasa
  • angin bayu kadang2 seperti menampar2 pipi ini. tenang.
  • CEMPAKA menuruti langkah2 kakinya yang akhirnya tiba di dewan kuliah. 
  • ada pula pelajar2 lain yang turut meninjau tempat duduk masing2
  • CEMPAKA seperti biasa melabuhkan punggungnya di tempat duduk paling kiri. spot bagus untuk lenakan diri ke alam mimpi katanya.
  • seketika terdengar juga riuh rendah suara pelajar lain yang berbual2, berbincang2 dan bergosip2 sebelum tibanya lecturer
  • CEMPAKA asyik memerhatikan tingkah laku ragam manusia yang entah bermacam2 gaya wujudnya
  • dewan tiba2 sunyi dan para pelajar yang tadinya rancak berbual ibarat bertih jagung kini bergegas ke tempat masing2. gayanya memang tepat seperti lecturer dah masuk.
  • minit demi minit berlalu diikuiti dengan hujah dan slide2 yang terpampar di skrin depan
  • ada pula mata2 yang semakin berat diduduki syaitan. mengantuk. tapi kalau tengok wayang 3 jam pun rasa macam 30 minit
  • CEMPAKA tiba2 di datangi mesej. di jenguk telefon bimbitnya. pesanan diterima dari jauh. dan berbaur serius.
  • terus tanpa menghiraukan bebelan di depan CEMPAKA membalasnya dengan bait2 kata yang panjang. dan mungkin berbaur serius juga
  • tiba2 CEMPAKA didatangi sesuatu aura. dirasakan sebuah kehadiran dari arah atas sebelah kiri di belakangnya. suatu rasa atau aura penghampiran jisim yang entah bagaiman rupa bentuknya menghampiri dan mendekati dirinya. memang kali ini beliau yakin benar nalurinya.
  • kata orang naluri manusia sering kali menyampaikan sesuatu yang tidak dapat dikesan oleh mata kasar
  • semakin laju CEMPAKA menekan butang2 di perut telefon bimbitnya semakin dekat dan semakin nyata pula aura kehadiran yang mula mencemaskannya tadi
  • CEMPAKA menggabungkan seluruh tenaga dan kekuatan yang ada untuk berpaling ke belakang. memberanikan diri berhadapan dengan apa jua bentuk jisim yang bakal muncul nanti
  • sejurus CEMPAKA berpaling ke kiri dengan lajunya, alangkah terkejutnya melihat KIWIKIWI sedang menongkat dagu dan cuba membaca dan menghadam setiap bait2 kata yang ditaip oleh CEMPAKA tadi!!!
  • dan serentak palingan itu CEMPAKA dengan drastik dan kuatnya beserta perasaan terkejut memekik "hey!!"
  • tanpa perlu menunggu, setiap pasang mata yang duduk di 2 3 atau mungkin 4 barisan di hadapan berpaling ke arah CEMPAKA.
  • malu

No comments: