study mode. OVER
- akhirnya hari ini CEMPAKA dah merdeka
- selama 4 hari CEMPAKA sedang berperiksaan
- sewaktu hari pertama CEMPAKA tak boleh buat sangat subjektif tapi objektif oke sikit
- oke sikit bukan oke banyak
- hari kedua pula CEMPAKA tak boleh buat banyak
- 3 soalan bernilai 3 markah setiap satu CEMPAKA tinggal
- CEMPAKA memang tidak ada ilham langsung sewaktu itu
- jadi CEMPAKA tinggal sahaja soalan itu
- hari ketiga CEMPAKA banyak salah pada bahagian objektif tetapi subjektf oke sedikit
- hari keempat sewaktu praktikal memang sangat susah sewaktu gross anatomy
- CEMPAKA tidak boleh kesan wayar2(nerves+arteries) pada mayat itu
- kerna semua nampak sama sahaja
- tapi akhirnya dapat buat atau tidak CEMPAKA sudah merdeka
- tapi padan muka CEMPAKA kerna tidak study awal malah study minit terakhir
- tapi walaupun hari2 peperiksaan
- nasib CEMPAKA dengan hod anatomy tak dipisah jua
- suatu hari selepas sahaja selesai kertas physio
- CEMPAKA sedang berjalan sambil bercakap
- muka CEMPAKA menoleh ke arah orang yang bercakap dengan CEMPAKA
- tidak disangka2 datang hod dari depan lalu hampir terlanggar CEMPAKA
- takut juga CEMPAKA
- tapi nasib baik tiada apa2
- aduhai hod
- bukankah ramai yang tertanya2 siapakah CEMPAKA
- jadi hari ini CEMPAKA letak gambar sebenar muka CEMPAKA
- CEMPAKA mempunyai hidung mancung bak seruncing
- pipi halus bak pauh di layang
- dahi licin bak mentega
- dagu runcing bak forsep
- tapi CEMPAKA belum bersedia nak tunjukkan mata CEMPAKA
- kerna terlalu bersinar bak gadis iklan ayam brand inner shine
- kalau ada gambar CEMPAKA kat sini mesti laptop anda bersilau dek sinaran mata CEMPAKA
- hingga warkah seterusnya
- pelukan dan ciuman (hugs & kisses)
- gadis gosip (gossip girl)
1 comment:
wahahahahha..
silau~
dahi licin bak mentega...
slurp...
Post a Comment