Monday, May 24, 2010

perbualan. dialog

  • anda ingat novel dan drama sahaja kah yang boleh buat frasa ala2 skrip? [tiba2 je kan tanpa intro tanya soalan. salam pun tiada. heh :P]
  • oke. pernahkah anda perasan mungkin perbualan anda sehari2 ada berbaur skrip atau dialog ala2 drama di kaca tv atau dalam novel?
  • CEMPAKA sebenarnya tak pernah hairan atau analisis perbualan sehari2 di kalangan manusia yang memerlukan percakapan untuk berhubung dan berkomunikasi
  • tetapi semenjak dua menjak CEMPAKA disyorkan oleh kawan CEMPAKA untuk baca novel CEMPAKA tertanya2 wujudkan dialog2 yang ada dalam novel atau skrip dalam drama dalam kehidupan sehari2 atau realiti? [selama ni CEMPAKA tak pernah baca sebab memang malas membaca. buku sekolah pun malas apatah lagi buku bukan sekolah! hehe :P]
  • tapi beberapa hari lepas CEMPAKA mendapati kadang kala wujud juga frasa2 sedemikan
  • hal ini berlaku ketika CEMPAKA dan kawan CEMPAKA keluar bersiar2 di bandar pada suatu hari
situasi 1 
  • di sebuah tempat kecil di ambang menunaikan solat. maklumlah di bumi orang, perempuan susah sikit nak solat dalam masjid maka kami solat di suatu ruang :)
  • ketika itu terdapat 4 orang termasuk CEMPAKA nak solat tapi ada 3 telengkung sahaja
  • maka kami bertiga pun solat dulu manakala yang seorang lagi menunggu
  • setelah CEMPAKA selesai sahaja solat CEMPAKA berbual dengan kawan yang menunggu tadi...

CEMPAKA : kenapa kau berdiri dari tadi? nak tunggu solat tahiyatul masjid ke?
kawan 1 : takdelah. eh, tahiyatul masjid? lama tak dengar orang sebut
CEMPAKA : lagi lama tak dengar orang sebut solat rawatib [sambil menghulurkan telekung kepadanya dan gelak2 kecil]
kawan 2 : selesai salam dan bangun semula
CEMPAKA : eh, kau solat apa pula?
kawan 2 : solat rawatib
kawan 1 : baru dengar

situasi 2
  • ketikan ini kawan CEMPAKA terlupa di mana letaknya cermin mata
  • setelah cari mencari akhirnya CEMPAKA jumpa dan menghulurkan kepadanya

kawan 1 : spec aku ni selalu hilang. kalau tak hilang pun jatuh2 je. "gedegeng2" [membuat bunyi barang jatuh]
CEMPAKA : spec jatuh bunyi "gedegeng2" ke? [sambil gelak2 kecil]
kawan 2 : [terjatuhkan dulang besar dan berbunyi dengan kuatnya!]
CEMPAKA : tu baru bunyi "gedegeng"



wujud rupanya
erk? mungkin ada tempias2 je kot :P

3 comments:

Anonymous said...

perlu ke kawan 1, kawan 2?

kisah cempaka said...

haha
skema sgt ke? :P

Nur Nazeerah binti Ishak said...
This comment has been removed by the author.