- pernahkah anda mengalami suatu situasi di mana tanpa anda sedari dan ketahui tiba2 anda dapat tahu bahawa barang anda telah hilang?
- pernahkan anda berada di situasi sewaktu anda ingin memakai stocking tiba2, "mana yang sebelah lagi?" dan puas anda mencari akhirnya tidak dijumpai
- atau situasi "mana penutup pen ni?" dan selepas membelek semua bag dan kotak pensil akhirnya tak jumpa juga
- atau [bagi wanita pula] "mana kerongsang tudung ni?" sewaktu anda sedang memegang hujung tudung yang ingin di pinkan dan anda mulalah tertunduk2 mencari kerongsang dan akhirnya terpaksa meletakkan tudung dari atas kepala yang dah sedia jadi bentuknya ke tempat lain untuk mencari kerongsang tersebut
- mungkin contoh yang CEMPAKA berikan tidak sama tetapi persoalannya pernahkah anda kehilangan barang yang anda tidak ketahui waktu bila hilangnya barang itu dan apa yang anda tahu barang itu tiada di saat anda benar2 mahu menggunakannya
- CEMPAKA tidak tahu mengenai anda tetapi CEMPAKA pernah mengalami situasi tersebut
- akhirnya CEMPAKA tertanya2 jika barang tersebut hilang dan anda pasti bahawa tiada siapa yang mengambilnya maka ke manakah barang tersebut pergi?
- ke manakah barang2 yang hilang tadi pergi sebenarnya?
- tiba2 CEMPAKA teringat pula sebuah buku yang menceritakan situasi yang lebih kurang sebegini
- buku tersebut bertajuk "a place called here" yang ditulis oleh cecelia ahern seorang penulis dari ireland
- buku itu menceritakan seorang watak yang bernama sandy shortt yang sangat obses dengan barang2 yang hilang termasuklah manusia
- sewaktu beliau kecil, anak perempuan jirannya yang berumur 8 tahun bernama jenny-may butler telah hilang entah ke mana hingga kini masih tidak dijumpai sehinggakan pihak polis telah berputus asa untuk meneruskan penyiasatan
- dan kini apabila sandy shortt telah meningkat dewasa, beliau telah membuka sebuah agensi penyiasatan untuk membantu masyarakat untuk mencari orang yang hilang
- suatu hari sandy shortt mendapat kes dari seorang lelaki bernama jack ruttle yang meminta bantuan sandy shortt untuk mencari adiknya, donal ruttle yang hilang
- menurutnya, sama ada adiknya hidup atau tidak itu perkara kedua, yang utamanya ialah untuk pastikan bahawa adiknya dijumpai
- maka sejak hari itu sandy shortt memulakan penyiasatannya dari menemu ramah sehinggalah menjejak bukti yang ada
- suati hari sedang sandy shortt memandu kereta tiba2 dia terlihat sebuah semak yang ala2 hutan di suatu sudut pekan itu
- hatinya tertarik untuk melihat keadaan di sebalik semak itu
- sedang beliau berjalan tiba2 jam tangannya jatuh di atas tanah berhampiran
- maka sandy shortt pun mencari jamnya di sekitar semak itu sehingga beliau merasakan seperti beliau telah memasuki alam atau dimensi lain
- apabila beliau melihat sekeliling kelihatan banyak barang2 yang selalunya hilang termasuklah pasangan stocking yang selalunya hilang sebelah
- di situ juga kelihatan seperti sebuah pekan di mana terdapat orang berjual beli, perpustakaan dan pusat pentadbiran
- muka2 orang ada juga seperti sangat dikenali seperti muka2 orang yang dilaporkan hilang
- pelbagai insiden yang berlaku antara sandy shortt dan rakyat di pekan itu dan akhirnya beliau telau menjumpai jenny-may butler yang telah hilang suatu ketika dahulu dan kini telah meningkat dewasa
- beliau juga sempat bergambar dengannya
- di pendekkan cerita setelah hidup beberapa hari di pekan itu, tiba2 jam tangannya jatuh sekali lagi
- dan sedang sandy shortt sibuk mencari jamnya itu dia seolah2 melalui semula di kawasan semak beberapa hari lepas dan akhirnya beliau telah kembali ke dunia realiti
- dan dari situ beliau membuat kesimpulan dan mungkin jawapan kepada pertanyaannya selama ini bahawa setiap barang yang tidak disedari hilang sebenarnya telah pergi ke suatu tempat yang bernama "here" termasuklah manusia!
- tetapi sepanjang sandy shortt berada di pekan itu beliau tidak pula menjumpai adik kliennya, donal ruttle
- maka beliau berpendapat bahawa adik jack ruttle itu sebenarnya tidak hilang
- esoknya sandy shortt menghubungi jack ruttle menjelaskan bahawa adiknya donal ruttle sebenarnya tidak hilang
- mungkin ada perkara lain yang mungkin berlaku
- hali ini menyebabkan jack ruttle terdetik untuk bertanya mengenai adiknya itu kepada kawan donal ruttle.
- setelah beberapa soalan "tricky" dan desakan akhirnya kawannya itu mengaku bahawa dia telah membunuh donal ruttle dan mayatnya telah disorokkan di dalam sebuah but kereta di sebuah hutan
- jack ruttle mulanya sangat marah tetapi dia akhirnya berpuas hati sekurang2 dia tahu bahawa adiknya telah meninggal dunia
- jack ruttle juga mendapat tahu bahawa pembunuhan itu berlaku di atas sebab yang remeh temeh [CEMPAKA lupa sebab apa :P]
- dalam masa yang sama sandy shortt pergi ke rumah jirannya dan menemui pasangan ibu bapa jenny-may butler sambil menunjukkan gambarnya bersama anak mereka sambil berkata "jangan bimbang, anak awak selamat"
- maka di sini CEMPAKA rasa semua barang2 CEMPAKA yang telah hilang mungkin telah pergi ke sana
- terutama sekarang ialah pensil dan penutup pen!!
- haha!!!!
p/s : buku ini CEMPAKA baca pada tahun 2007. maka sebarang kesilapan jalan cerita harap di maafkan. cecelia ahern juga dikatakan merupan anak kepada presiden ireland :)
2 comments:
owh ye ke?? rekoww
oh!sy ske crite ni..
Post a Comment