Friday, April 30, 2010

11 rempah rahsia

  • masihkan anda ingat kepada KFC?
  • hari ini CEMPAKA ingin bercerita sedikit mengenai KFC di mantri square, bangalore, india
  • ya petang tadi CEMPAKA dan kawan2 pergi dinner di KFC
  • memandangkan sekarang mengenai issue makanan halal maka kami pun mencari2 manager yang bertugas hari tu untuk bertanya
  • dari jauh kami melihat seorang pekerja KFC yang memakai kemeja biru di mana pekerja lain memakai baju merah
  • langakah kami menuju perlahan ke arah jejaka muda berambut pendek itu
  • sebaik sahaja kami ingin membuka mulut bertanyakan mengenai status halal, mata kami terhenti pada wajah beliau yang handsome itu! [fuhhh!! :P]
  • beliau menjelaskan kepada bahawa usah khuatir kerana KFC disini halal
  • kami kemudian makan di suatu sudut
  • disebelah kami pasangan kekasih yang bukan sahaja sibuk makan tetapi menulis sesuatu yang entah apa
  • sedang kami makan2 tiba2 manager tadi datang ke arah kami dengan mata memukau singgah di mata setiap yang ada di situ
  • katanya beliau menawarkan kami untuk memasuki dapur KFC dan melihat bagaimana situasi di sebalik tabir itu beroperasi
  • ternyata kami tersangatlah kagum dengan cara mereka memerap ayam
  • siap kena pusing ikut separuh arah lawan jam sebanyak 2 kali!
  • dari bahagian persediaan, masakan hinggalah ke kaunter di mana kami di bawa mengikuti tour tersebut
  • bangga sebentar apabila kami dapat masuk di situ
  • setelah itu beliau memberikan borang feedback sebelum kami beredar
  • lepas siap tulis, puji segala kami pun bergerak pergi
  • terasa sangat gembira kerana antara ramai2 customers kami dipilih untuk masuk ke dapur KFC
  • tapi rupa2nya dah ada customer lain yang mengikuti tour sebelum kami
  • patutlah couple tadi sibuk buat feedback
  • baru nak bangga. heh ^;o

No comments: