- tanpa di sedari seminggu lagi CEMPAKA akan menghadapi final exam selama 2 minggu
- dan dengan ini maka berakhirlah tahun pertama CEMPAKA sebagai pelajar perubatan tahun pertama
- sungguh cepat masa berlalu sehingga CEMPAKA tidak menyedari bahawa takhta CEMPAKA sebagai "junior" sudah tiba ke penghujungnya
- sedih juga untuk melepaskan takhta ini kerna bagi CEMPAKA title "junior" amatlah istimewa
- dan selepas final nanti, selepas cuti selama 1 bulan, CEMPAKA akan kembali ke bumi india dengan bukan lagi gelaran "junior"
- masih ingat lagi ketika mula2 CEMPAKA tiba di sini
- sungguh aneh rasanya
- terutama mengenai bunyi hon yang kerap, geleng2 kepala yang entah membawa maksud "ya" atau "tidak" dan sudah tentu kencing tepi jalan
- tidak ketinggalan juga CEMPAKA dan kawan2 hampir setiap minggu akan keluar dan juga menanyakan "rate" untuk TC
- CEMPAKA mulanya hairan kenapa senior tiada TC
- selepas melaluinya barulah CEMPAKA perasan bahawa TC akan habis dibelanjakan juga suatu masa [huahuahua :D]
- masih CEMPAKA ingat sewaktu mula2 menjawab monthly test
- semua berdebar2 seperti exam
- sehingga di mana2 boleh jumpa orang sedang membaca
- namun bulan demi bulan
- suasana menghadapi monthly test sudah tidak "tertekan" seperti awal2nya
- CEMPAKA juga ingat sewaktu pertama kali menjawab 1st IA
- menyesal juga kerna tidak berbuat dan study sehabis baik
- jika difikir semula, 1st IA sangatlah mudah dan sedikit berbanding dengan exam2 seterusnya
- CEMPAKA juga teringat setiap kali selepas exam pasti kami beramai2 akan berjoli2 sakan
- terutama selepas 2nd IA, kami ke wonderla
- dan selepa itu, study menjadi semakin malas dengan alasan, baru lepas exam
- dan peristiwa yang sudah pasti dan tentu tidak ketinggalan ialah mengenai isu bersama HOD
- masih CEMPAKA ingat di mana HOD anatomy bersama Dr Sayee dan Dr Srinivas yang selalu marah CEMPAKA akibat bergerak dari satu meja ke satu meja
- kadangkala CEMPAKA dipanggil untuk study di meja lecturer didepan
- HOD juga pernah ingin mengikat kaki CEMPAKA di meja dissect
- sewaktu dalam kelas osteologi pula, Dr Srinivas sering melarang CEMPAKA keluar awal sehingga semua pelajar lain keluar barulah CEMPAKA boleh keluar
- beliau juga selalu tiba2 memanggil CEMPAKA untuk duduk di barisan hadapan sekali
- sehinggalah pada suatu ketika HOD menghantar CEMPAKA ke Prof Sudha dan CEMPAKA diminta untuk menulis surat maaf kepada Department Of Anatomy
- namun walaupun begitu, kesemua lecturer sangatlah baik hati
- mereka selalu tolong CEMPAKA terutama ketika menghadapi exam
- untuk Physiology pula, CEMPAKA tidak akan lupa bahawa CEMPAKA pernah dihalau keluar dari lecture hall akibat senyum
- kelakar pula jika diingat kembali
- CEMPAKA juga masih ingat Dr Murali, lecturer biochem yang sindir2 manja CEMPAKA kerna tidur dalam lecturer hall berselimutkan lab coat
- katanya lain kali kalau nak tidur bawalah selimut sendiri untuk lebih selesa
- malu juga rasanya
- sewaktu CEMPAKA tinggal di pratham dulu, sangatlah rajin ke kelas kerna auto sukar didapati
- jadi CEMPAKA akan cuba sedaya upaya untuk menaiki bas
- namun kini di dwellington, CEMPAKA selalu pula ponteng kelas pertama kerna auto di sini mudah didapati
- kesimpulannya rutin sebagai junior bermula dengan lecture dari 8.30 hingga 11.30 pagi
- diikuti dengan practical bermula 11.30 pagi
- dan dissect pada 2.30 hingga 4.30 petang
- dan sudah tentu keluar pada setiap hujung minggu
- begitulah sedikit sebanyak alkisah CEMPAKA sebagai junior
- entah bagaimana nanti rasanya pabila menjadi senior
- CEMPAKA tidak tahu bagaimana untuk mengolah
- tapi "BEST LAH JADI JUNIOR!!!!!"
- kini semua sedang sibuk menghadapi final
- dan nanti tiada lagi gelaran "junior" :(
- terima kasih kerna sudi baca luahan dan bebelan CEMPAKA
- good luck and all the best!!

sewaktu pertama kali "prick" dalam practical physiology

sewaktu dissect upper limb

ikiey dan kawan2 memegang brain

anda fikir CEMPAKA akan dedahkan identiti walaupun dah tak jadi junior? :P
2 comments:
sy jg suka jd junior
sbb org kata junior itu comeyl
senior bermaksud sudah tua..huhu
Post a Comment