Friday, March 20, 2009

Ikiey tak tulen?

  • hello~ [sambil buat peace di pipi]
  • memandangkan sudah beribu2 lemon kali ikiey kenakan CEMPAKA
  • dan juga sudah sekian lama CEMPAKA berdiam diri
  • akhirnya CEMPAKA bersedia melancarkan serangan
  • CEMPAKA jarang cerita2 gossip dekat blog
  • jadi tak pandai sangat
  • macam kanak2 darjah 1 yang baru belajar lukis rabbit atas kertas kitar semula sahaja
  • tapi ikiey sudah pasti sangat arif dalam bidang ini
  • terutama mengutarakan cerita bukan2 yang entah betul atau tidak kesahihannya
  • terutama juga cerita pasal CEMPAKA yang sememangnya setiap kali tak betul
  • ikiey ibarat duit syiling 5 rupees, nampak tebal tapi ringan
  • mungkin ramai yang melihat ikiey ini vogue
  • mungkin sebab ikiey telah mengisytiharkan dirinya sebagai 3V
  • fakta ini pun belum tentu kesahihannya
  • CEMPAKA dapat satu cerita yang juga belum tentu kesahihannya
  • dengar cerita ikiey ada pakai "guna2"
  • bukan apa supaya kelihatan manis di mata orang
  • menurut sumber dan bukti ikiey akan memakai "guna2" setiap pagi sebelum lecturer masuk dewan
  • sambil membaca mantera gaya mariah carey, ikiey menyapunya
  • mungkin ikiey ingat tiada yang perasan
  • tapi tak perlu pakai cermin mata besar pun boleh nampak
  • mungkin kita semua telah dipukau olej ikiey
  • tapi jangan khuatir, CEMPAKA akan cuba menyelamatkan kita semua dari ikiey
  • nanti CEMPAKA akan bertukar menjadi ben10 atau wonderpet sebagai superhero
  • ape yang penting? kerjasama.. [gaya wonderpet]
  • jadi kemanisan ikiey ini adakah tulen atau tidak?
  • jadi suatu pagi CEMPAKA telah meng"spotted" ikiey



bukti : ikiey sedang menjalankan manteranya

Thursday, March 19, 2009

padah SENYUM


  • hari senin lalu
  • hari pertama ke kelas selepas 2 minggu berexam
  • CEMPAKA hampa pagi itu
  • bas dari pratham tiada
  • perlu berjalan kaki dan naik auto
  • sampai2 dalam dewan agak lewat
  • ramai2 masuk dan memenuhi satu barisan
  • kelas physio rupanya
  • HOD suresh nampaknya bukan berada dalam mood yang bagus
  • dari jauh kelihatan seperti cheese yang diapit oleh roti sahaja
  • tiba2 masuklah beberapa cebis pelajar yang lagi lewat dari CEMPAKA
  • belum sempat duduk dan masih berjalan dengan machonya
  • tidak disangka2 dihalau oleh hod
  • terkejut chimpazee CEMPAKA yang baru sahaja menyelesakan diri selepas duduk
  • beberapa minit berlalu
  • datanglah helaian kertas attendance dari depan
  • sewaktu tiba ke arah CEMPAKA
  • tiada pen pula nak sign
  • lantas CEMPAKA berpaling ke arah orang di sebelah dan minta pinjam pen sambil SENYUM
  • maklumlah nak pinjam pen takkanlah nak menangis, mestilah senyum
  • tiba2 suresh berhenti dari berkata2
  • katanya, "hey you, stand up and get out. i don't like people distracting me in my class."
  • tika itu semua senyap tertanya2 siapakah yang dipanggil itu
  • katanya lagi "hey you, 4th row from the back, sitting between the girl with black and pink scarf. get up"
  • CEMPAKA rupanya orang yang dituju
  • lantas CEMPAKA bangun lalu berjalan ke arah lorong di tengah itu
  • CEMPAKA berpaling ke arah hod dengan harapan beliau akan berkata, "ok, u can go back to your seat" sambil bersenyum dengan ikhlas
  • sebaliknya, beliau berkata, "if u wanna smile so much, u can go somewhere else"
  • tidak menjadi rupanya cara CEMPAKA
  • jadi CEMPAKA pun berjalanlah ke arah pintu besar dan keluar dari dewan walaupun baru sahaja 5 minit berada di situ
  • padah senyum, dihalau keluar...
  • petang itu sewaktu dissection
  • CEMPAKA duduk sebentar di sebuah meja sambil menunggu turn untuk attendace
  • entah bagaimana petang itu CEMPAKA agak leka
  • sewaktu turn CEMPAKA tiba, lupa pula
  • lalu CEMPAKA dengan sepantas kilat berlari ke arah madam sayee
  • alangkah terkejutnya kerna hod anatomy pun ada
  • sewaktu CEMPAKA ingin kembali ke meja
  • hod berkata, "seriously, next time we wanna tie u to your table with a rope"
  • seperti sampan di tepi jeti rasanya CEMPAKA pabila hod berkata demikian
  • malang benar CEMPAKA petang itu
  • kena double oleh hod (physio & anat)
aduhai hod.....