Saturday, February 14, 2009

minggu mengantuk

  • minggu lalu CEMPAKA melalui hari2 seperti biasa
  • tapi mungkin suatu perkara luar biasa telah berlaku
  • atau mungkin perkara ini memang menjadi suatu sumpahan buat CEMPAKA

  • isnin lalu CEMPAKA membaluti diri dengan pakaian bewarna hijau dan menghadiri kelas praktikal physiology
  • sebelum praktikal dijalankan, sesi penerangan oleh lecturer disampaikan
  • benar dan CEMPAKA akui CEMPAKA agak mengantuk
  • kerna hari itu CEMPAKA tidak tidur langsung di dalam kuliah
  • biasanya, 15 minit sebelum kuliah tamat CEMPAKA akan tidur
  • bukan apa, supaya segar pada kuliah seterusnya, tidaklah mengantuk sangat
  • oleh sebab CEMPAKA tidak tidur, sudah pastilah mengantuk sewaktu praktikal
  • tetapi CEMPAKA tahan jua
  • tetapi entah bila tiba2 lecturer itu berkata "hey the green one over there, sleeping beauty, do you understand what i am talking about?"
  • cis, CEMPAKA terlelap rupanya dan entah bila, CEMPAKA tidak sedar langsung
  • semua memandang CEMPAKA dan seperti jatuh saham CEMPAKA sewaktu itu

  • dua hari seterusnya
  • sewaktu dalam lecture hall
  • CEMPAKA terasa sejuk semacam
  • oleh itu CEMPAKA mengambil lab coat tajaan ganesh lalu menyelimutkan diri
  • selesa rasanya seperti seekor semut berada di atas sekeping roti yang empuk
  • entah bila sejam berlalu
  • rupa2nya CEMPAKA terlelap selama kuliah 1 jam itu
  • tiba2 berjalanlah Dr Murali di tengah2 lorong itu dari depan
  • entah mengapa berliau berhenti di sebelah CEMPAKA
  • tetapi CEMPAKA endahkan sahaja memandangkan kuliah sudah habis
  • namun alangkah terkejutnya CEMPAKA kerana beliau menghampiri CEMPAKA sambil berkata "if you want to sleep in lecture hall, you can bring your own blanket"
  • aduhai, malu benar CEMPAKA dek disaksikan pelajar2 lain yang lalu

  • entah mengapa minggu lepas diklasifikasikan sebagai minggu mengantuk
  • tetapi orang lain tidur juga tidak pernah pula kena marah
  • CEMPAKA cuma terlelap sahaja

No comments: