Friday, January 23, 2009

CEMPAKA tanpa hod tak keruan

  • di waktu mereka yang lain sedang asyik memerhatikan demonstrasi oleh hod
  • CEMPAKA di belakang berusaha sedaya upaya untuk faham sesuatu yang sememangya tak faham langsung
  • CEMPAKA coba berdiri sejauh yang mungkin dari hod
  • memastikan reputasi CEMPAKA di depan hod tidak terjejas lagi
  • dari jauh CEMPAKA dapat lihat kepala hod yang botak licin itu
  • berkilat ibarat sinar suria di waktu pagi
  • tetapi mengapa
  • seramai2 orang yang mengelilinginya
  • seserius2 pelajar lain yang sedang menumpukan perhatian
  • hod memandang ke arah gadis paling belakang, CEMPAKA!!
  • dan bertanyakan soalan yang sememangnya mencemaskan diri CEMPAKA
  • di saat itu jantung CEMPAKA berdebar2 ibarat gadis hindustan yang jatuh chenta
  • CEMPAKA coba mendengar butir2 kata yang keluar secara beralun dari mulut hod
  • lalu menembusi biji2 keras yang mungkin ada atau mungkin tidak di lohong telinga ini
  • lalu menggetarkan kompang(gegendang) telinga dan ditafsir oleh otak
  • maka otak CEMPAKA mengesahkan seperti pegawai imigresen yang mengecop passport bahawa soalan ini pernah di baca dan di hafal oleh CEMPAKA
  • malangnya jawapan yang gagap2 keluar dari bibir ini tidak sama dengan apa yang diberitahu oleh otak
  • lalu hod menjawab, "see, you all people can't even answer this simple question"
  • cis, si durjana bibir yang tidak mengikut arahan!!
  • cis, lidah yang tidak bertulang ini!!
  • keranamu, jawapanku salah jua walau ku tahu jawapannya
  • dengan ringkas, CEMPAKA tak dapat jawab soalan hod

  • di hari lain pula sewaktu lab biochemistry
  • CEMPAKA coba menyiapkan eksperimen dengan cepatnya
  • kerna ingin segera menuju ke arah kedai makan demi mengisi makanan ke dalam perut yang sememangnya lapar
  • datanglah secebis pembantu makmal yang ingin mengambil kedatangan
  • sewaktu CEMPAKA hampir menyiapkan tugasan itu
  • patutkah beliau menyatakan campuran kimia CEMPAKA berisipadu lebih
  • jikalau terlalu sedikit, dikomen jua
  • jikalau terlalu penuh, dikomen jua
  • jadi yang manakah idaman kalbumu??
  • yang sedang2 saja??
  • namun CEMPAKA tidak menghiraukan komen itu lalu terus menghantarnya
  • dengan ringkas, pembantu makmal tanya kenapa campuran terlalu penuh


aduhai hod...

3 comments:

Anonymous said...

mmg sah..hod suka ko mg cempaka..
2 la buas sgt dlm dissct hall..mn xterpikat hod tu ko mg

uniq said...

hahaha..
sapa la anonymous ni bet??

bie said...

aku imgine hod ni botak licin,
misai cm sarjan tamil.
horror argh blaja ngn die..