- Pernahkah anda mendengar mengenai pengarang bernama hlovate?
- Mungkin CEMPAKA merupakan orang yang paling “lame” kerana baru mula nak baca novel beliau [boo!]
- Dulu kawan CEMPAKA, zetty selalu sangat buat sinopsis kepada CEMPAKA pasal cerita2 beliau
- Zetty siap paksa lagi CEMPAKA baca tapi CEMPAKA bukanlah jenis yang baca novel
- Buku sekolah pun malas baca apatah lagi novel [hehe :P]
- Namun baru kini CEMPAKA start membaca novel hlovate iaitu tunas
- Novel ini mengisahkan kehidupan remaja di sekolah berasrama penuh swasta yang penuh dengan suka dan duka :P
- CEMPAKA belum lagi menghabiskan novel ini
- Tapi bila baca teringat pula pada zaman sekolah yang lalu
- Orang selalu bertanya manakah yang lebih best sama ada sekolah harian atau sekolah berasrama penuh?
- Tapi memandangkan CEMPAKA mengalami kehidupan di kedua2nya, bagi CEMPAKA setiap sekolah tersebut mempunyai pros & cons nya yang tersendiri
- Well, CEMPAKA pernah bersekolah di smk sultan sulaiman, kuala terengganu dari tingkatan satu hingga awal tingkatan empat(batch 02/04) kemudian CEMPAKA bersekolah di mrsm pengkalan chepa, kota bharu dari tingkatan empat hingga tingkatan lima(batch 05/06)
- Memandangkan novel tersebut mengenai sekolah berasrama, maka CEMPAKA ingin berkongsi nostalgia di mrscm pc(batch 05/06)
- Kehidupan di smkss(batch 02/04) best juga tapi mungkin CEMPAKA boleh kongsi lain kali pula ya :D
- Kalau tak nanti panjang berjela sampai anda rasa nak tutup je laptop :P
- CEMPAKA masih ingat lagi sewaktu hari pertama pendaftaran ke mrsm pc di mana CEMPAKA rasa sangat sedih dan hampir2 tak mahu langsung ke sana
- Disebabkan CEMPAKA tinggal di kuala terengganu maka family CEMPAKA harus bertolak awal ke kota bharu, selepas subuh
- Dan di sepanjang perjalanan itulah CEMPAKA sedih dan menangis hinggalah sampai ke pintu pagar sekolah! :P
- Ingat lagi waktu orientasi form 4 di mana hampir setiap malam minggu pertama CEMPAKA dan kawan2 homesick
- Ingat family lah, ingat kawan di sekolah lamalah tapi kebanyakan masa CEMPAKA hanya berkawan dan lepak dengan budak ex-smkss sahaja dan kalau kemana2 hanya dengan mereka sahaja [assabiyah gila! :P]
- Dulu CEMPAKA poyo gila dan rasa malu bila ingat balik sebab semua barang di dorm CEMPAKA warna pink [euuuuwwww!! :P]
- Dari alas locker dan alatan menulis hinggalah baldi dan bakul mandi nak kaler pink
- Lama2 CEMPAKA mula berkawan dengan budak2 yang bukan ex-smkss dan juga belajar kosa kata bahasa kelantan!
- By the way, pada awalnya budak2 tingakatan 4 mrsm pc sebenarnya ada gap iaitu terdiri daipada ex-mara [bekas pelajar dari mrsm lain] dan ex-government [bekas pelajar dari sekolah harian]
- Mrsm pc juga merupakan mrsm bitara yang hanya terdiri daripada pelajar2 tingkatan 4 dan 5 sahaja dan pengambilan kemasukan hanya berdasarkan keputusan straight As PMR
- Hmmm.. kalau nak cerita satu2 memanglah panjang tak habis tapi bolehlah kot CEMPAKA senaraikan sikit2
FORM 4
- CEMPAKA merupakan salah seorang geng ex-government yang terdiri daripada beberapa pelajar dari ex-smkss(ktrg), ex-smk ahmad maher(kb), dan ex-smk sultan ismail(kemaman)
- Tetapi disebabkan konflik dalaman yang berlaku geng tersebut hanyalah tinggal 9 orang dan dikenali dengan nine sisters :)
- Geng CEMPAKA ada meja sendiri di dewan selera di mana budak perempuan lain tak boleh duduk kat situ dan satu2nya meja paling dekat dengan kaunter makanan
- Geng kami juga terlibat dalam persembahan drama untuk hari bumi semasa minggu aktiviti sekolah di mana CEMPAKA memegang watak perempuan simpanan yang gedik! :P
- Kami juga menyertai kelab orkestra dan pernah membuat persembahan di universiti sains malaysia(usm)
- Pernah kena denda dengan warden jalan itik di tengah padang sebab beli aiskrim kat luar pagar sekolah [salah ke? @-@]
- CEMPAKA dan kawan CEMPAKA pernah kena slow talk ramai2 sebab cubaan minum air oren yang digoncang dengan panadol [fuhh. kerja gila!]
- Pertama kali outing ke bandar kota bharu dan kb mall dengan silangkan tudung [rasa macam otai habis time tu padahal biasa je. haha!]
- pernah "terlihat" adegan panas pasangan cinta di kelas depan sewaktu prep petang yang biasanya tiada orang. kami asalnya tutup mulut tapi cerita tersebar juga sampai ibu si perempuan datang ke sekolah nak jumpa kawan CEMPAKA kerana dikatakan membuat fitnah! wth??]
- pernah jalan kaki dari pagi sampai petang sepanjang bandar kb dengan pakai baju outing pula tu :P
- pernah menjadi penyibuk dekat cafe sekolah dengan jual minuman. taukey cafe dikatakan mempunyai ilmu menilik dan dia cakap CEMPAKA akan mempunyai madu suatu hari nanti!! [haaaa!!??]
- pernah buat2 berlakon depan budak ex-mara perempuan dalam asrama sebab nak tahu gosip [haha, memang tiada motif]
- pernah jadi model untuk wakil kelas CEMPAKA masa ladies night dengan imej ala2 avril lavigne [poyo gilaaaaaa!! :P]
- kelas CEMPAKA pernah buat persembahan menari masa minggu aktiviti. masa practice okay je tapi bila nak start tiba2 lagu berterabur sampai kami hilang step. [ada orang sabotaj nih!]
FORM 5
- Pernah hampir di bawa lari oleh pakcik auto prebet sapu ke jerteh sewaktu pulang lewat dari outing dengan kawan CEMPAKA. katanya ajak tengok orang lumba kereta. [fuhh. kami selamat dengan cara putar belit cakap2 dengan drebar yang akhirnya hantar ke asrama]
- Pernah berlari sekuat hati bersama2 mcddy dan murni dari blok akademik ke asrama sebab konon2 nampak "lembaga" di astaka padang sekolah [last2 kami dapat tahu itu hanya budak laki yang escape prep. malu gila!]
- Geng nine sisters pernah dipanggil bersidang di rumah warden sebab nak leraikan pergaduhan terbesar abad itu [fuhh. time tu laa semua meluahkan segala pekung di dada]
- Disebabkan perempuan tak dibenarkan berbuka puasa di dewan makan, kami pernah mengangkat sendiri meja makan dari dewan makan ke bawah pondok di taman. [boring kot buka puasa dalam dorm! :P]
- Fly setiap pagi jumaat melalui celah2 pagar sebab nak pergi makan roti canai sampai pernah sekali kawan CEMPAKA tersekat di celah besi pagar. hahaha!
- Panjat pagar dawai sekolah pada pukul 1 pagi yang macam nak goyang sebab nak pergi tengok tayangan kat dewan yang hanya dikhususkan untuk pelajar lelaki [tak aci sebab perempuan boleh tengok xmen 1 je. kami nak tengok sampai xmen 3! :P]
- CEMPAKA pernah angkut tv dari bilik tv ke dorm sebab nak tengok anugerah bintang popular dan siap guna hanger besi lagi sebagai aerial. haha!
- masa aktiviti type 3 tunas saintis, kumpulan CEMPAKA buat tajuk jus yang mengandungi paling banyak vitamin c. kumpulan kami sudah tentu buat jus oren siap bagi minum jus oren free lagi kepada orang ramai. tapi datang seorang pelajar lelaki ni cakap teori kami salah katanya guava paling banyak vitamin c. dan akhirnya dia menang! [tajuk sama kot! huhu]
- bila hujung tahun lepas SPM, geng nine sisters pernah buat private bbq party kat gelanggang sepak takraw siap ada mercun, game baling bola air dan ambil video lagi!
- hmm.. rasanya itu sahaja yang CEMPAKA dapat ingat
- pejam celik rasa sekejap sahaja spm dah berlalu
- dan kini CEMPAKA dah lama tak jumpa geng nine sisters dan mestilah tersangat rindu
- tapi nak buat macam mana, semua sedang belajar demi masa depan masing2
- murni di indonesia, izzah, har dan kak cik di egypt, alisa di UK, atikus dan CEMPAKA di india, dan mcddy di utp
- memanglah suatu hari kami dapat berjumpa semula
- tapi segala kenangan dan suasana di sekolah dulu sememangnya tidak dapat diulang kembali dan akan kekal sebagai sebuah pengalaman yang amat bermakna dalam kamus hidup kami :) [penangan baca novel lah ni!! :P]
semua dapat dean's lists!
majlis graduasi. di antara sedih dan gembira
5 comments:
yea!!!rindu 9 sisters..jom reu..=)
tu r! ble nk reunion???
tapi even jmpe blk mmg xdpt kembalikan suasana time skolah dulu
well, kata org school is one of the best part in life. huhu
yerp. couldnt agree more.
hehe..~ ha suh wt reu jgk.
dy rindu.^^
salam bett,huuu jum reu jum! hihi nk duduk2 kt taman ulat lg dgn kamu2 sume..aiyakk mode rindu mrsm is back again,hihi~
tu r
ntah bile kite blh buat reu yg semua geng kite ade :(
Post a Comment