There was an error in this gadget

Sunday, April 25, 2010

cakap cakap pandang pandang

  • bak kata orang dulu2 cakap siang pandang2, cakap malam? hehe
  • CEMPAKA ada 2 kisah ingin dikongsikan

KISAH 1
  • pernah sekali tahun lepas ketika CEMPAKA dan kawan CEMPAKA, kemal menaiki pesawat tiger airlines dari bangalore ke singapore
  • kami menaiki kelas ekonomi di mana terdapat 3 tempat duduk sebelah kanan dan 3 tempat duduk sebelah kiri
  • kemal duduk paling hujung sebelah lorong di bahagian kiri manakala CEMPAKA duduk di tengah2 bahagian kanan
  • penumpang sebelah CEMPAKA yang duduk sebelah lorong itu pula merupakan seorang mamat yang berumur 30an sedang tidur [walaupun pesawat belum begerak lagi!]
  • CEMPAKA awal2 lagi rasa bosan maka CEMPAKA suruh kemal tukar tempat dengan mamat tu supaya kami boleh berbual2 sepanjang penerbangan
CEMPAKA : kemal, jom ar duduk sebelah aku. boring kot nanti 
kemal : aku pon boring tapi mu royak lah ke ore sebeloh mu tu
CEMPAKA : toksey aku. napok die suk tido je. mu nok tukar key, mu lah royak
kemal : tapi die duduk sebeloh mu. bakpo aku keno royak. mu lah
CEMPAKA : haihh. kalo mu dok duduk sini memang bosan lah aku. doh duduk sebeloh orang india. tido pulok tu. aku napok die macam busuk je
kemal : kalu gitu baik mu royak cepat sebelum gerok
CEMPAKA : yelah2

CEMPAKA : sir, excuse me. i m sorry for disturbing but do you mind... [belum sempat CEMPAKA menghabiskan ayat]
mamat : [dengan muka bengang akibat dikacau tidur] mau tukar tempat ka?

  • masa tu CEMPAKA dan kemal amatlah malu yang tak terkata dan apa yang paling malu beliau dengar dan faham segala apa yang CEMPAKA cakap tadi!!


KISAH 2
  • suatu hari CEMPAKA dan kawan CEMPAKA effa makan di kfc, bangalore, india
  • memandangkan hari minggu, orang sangatlah ramai dan terpaksa meja di alih dekat2
  • namun CEMPAKA dan effa memang sangat rancak berbual
  • dah la cakap kuat siap gosip lagi
  • CEMPAKA pun bagitahu effa

CEMPAKA : best gila boleh cakap kuat and gosip bila semua orang tak faham! haha
effa : tu lah. kalau kat malaysia tak leh buat macam ni

  • lepas tu effa pun pergi basuh tangan
  • CEMPAKA pun nak pergi tapi barang2 takut hilang pula kalau tiada orang jaga
  • tiba2 seorang perempuan di sebelah CEMPAKA berkata
minah : you pergilah basuh tangan. I boleh tolong jagakan
CEMPAKA : [dengan muka malu akibat kantoi] erkk. thanks :)

  • malu gila sebab dahlah dia dengar apa CEMPAKA cakap pasal gosip tu tapi paling malu dia ada sebelah masa CEMPAKA cakap dengan bangga tiada orang faham!
  • oleh itu, cakap cakap pandang pandang :P

1 comment: