Monday, August 30, 2010

happy 53rd birthday, Malaysia!


it has been 53 years. and you've changed. A LOT.

how grateful i am to be a MALAYSIAN :)

Sunday, August 29, 2010

resipi butter prawn

  • di kala sibuk menyiapkan hidangan berbuka puasa hari ini, mungkin ada yang masa berfikir2 menu yang berbeza memandangkan sudah hampir setengah bulan kita berbuka puasa dengan hidangan yang lebih kurang sama
  • maka apa kata hari ini kita mencuba sendiri masak ala kadar dengan menu butter prawn! 

Bahan-Bahan:
1 kg udang besar/udang galah atau udang harimau-belah belakangnya jgn putus
1 sd teh garam
1 kg minyak untuk menggoreng
250 gm mentega tawar (unsalted butter)
6 pelepah daun kari (daun shj)
5 ulas bawang putih (cincang)
6 biji cili api (cincang)
8 biji kuning telur
250ml susu cair penuh krim
½ sd teh serbuk perasa
1 sd teh garam
1 sd teh sos ikan
¼ sd teh serbuk pati ayam
1 sd besar gula 

Cara:
Perap udang yang telah dibersihkan dengan garam dan goreng dalam minyak panas selama 2 minit hingga bertukar warna. Toskan.

Pukul bersama kuning telur, dan susu bersama serbuk pati ayam hingga kembang. Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan. Tumis bawang putih hingga kuning dan masukkan cili api, kacau sebentar. Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga bersarang dan garing. Tuang ke tapis dan biarkan mentega sejat sebentar. Alihkan ke pinggan dan hidangkan.


selamat mencuba!

Saturday, August 28, 2010

f.r.i.e.n.d.s

sekarang CEMPAKA sedang marathon episodes ini






kau tak sedar diri ke exam dah dekat?

Friday, August 27, 2010

Thursday, August 26, 2010

sometimes things don't go with plan. but they go with flow



  • my mum called and she said i just won a contest!
  • i don’t really hoping for this since i entered for the sake of nothing :P
  • still remember when i was a kid, i used to enter tv contests (kfc hour, alam ria cuti sekolah, along, etc)
  • the prizes at that time were so “jaw-dropping”!! (2 sets of tv, playstation, desktop, roller blade, etc)
  • and everytime after i sent the contest i used to plan how i m gonna do with the prizes that i m gonna won 
  • and the most pathetic part is, i spared a space in my room near plugs for the tv that comes with the playstation, bought  stockings that would go with the roller blade and planning to write my name on desktop so that i wouldn’t have to quarrel with my brother.
  • but whenever they announced the winners, i got frustrated because i didn’t win. and the rest is history
  • and now, when i don’t even plan or think about the prizes after entering the contest, i just can’t believe that i am one of those who won the grand prize! so soft so johnson
  • alhamdulillah :)

Monday, August 16, 2010

perkara perkara yang membatalkan puasa

sempena bulan ramadhan ini, mari kita lihat perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan sama-samalah kita memelihara bulan yang mulia ini. dipetik dari sebuah laman web.

Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?

1. Makan dan minum dengan sengaja (ijmak ulamak); berdalilkan pemahaman dari ayat Allah; “…maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)…”. (al-Baqarah; 187)

2. Bersetubuh dengan isteri pada pada siang hari bulan Ramadhan walaupun tanpa keluar mani (ijmak ulamak); berdasarkan pemahamana dari ayat di atas.

3. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit (berdasarkan pandangan Imam Malik dan Syafi’ie); berdalilkan hadis Nabi s.a.w.; “Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha’ dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya” (HR Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Mengikut pandangan Imam Abu Hanifah; tidak batal puasa kecuali banyak (penuh mulut). Jika muntah berlaku tanpa sengaja tidak batal puasa dengan ijmak ulamak.

4. Kedatangan haid dan nifas (ijmak ulamak); wanita apabila kedatangan haid atau nifas, maka batallah puasanya dengan sendirinya. Kemudian wajib ia menggantikan puasanya pada hari-hari lain di luar Ramadhan.

5. Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan seperti mengeluar dengan tangan (sama ada tangan sendiri atau tangan isteri), bercium atau berpelukan dengan isteri dan sebagainya. Adapun jika keluar mani kerana melihat atau berfikir/khayal, tidaklah membatalkan puasa –kerana ia seumpama mimpi- kecuali orang yang menjadi kebiasaan baginya. Namun begitu perbuatan tersebut adalah makruh. Begitu juga, jika yang keluar adalah air mazi, tidaklah membatalkan puasa.

6. Memasukkan sesuatu bukan makanan melalui saluran terbuka yang menyampai ke rongga perut, yakni memasukkan melalui mulut atau hidung. Perkara ini membatalkan puasa mengikut mazhab Syafi’ie, Malik dan jumhur ulamak dengan mengkiaskannya kepada makanan dan minuman.

7. Memasukkan ubat melalui lubang dubur; membatalkan puasa mengikut jumhur ulamak kecuali Imam Malik (mengikut satu pandangannya) dan Imam Daud.

8. Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing membatalkan puasa menurut Imam Syafi’ie. Begitu juga, menyedut ubat melalui hidung.[1]

9. Pengsan sepanjang hari akan membatalkan puasa dengan disepakati sekelian ulamak. Adapun tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa dengan ijmak juga.

10. Gila; jika seseorang itu menjadi gila, batallah puasanya kerana ia telah hilang darinya kelayakan untuk beribadah.

11. Berbekam (mengeluarkan darah); batal puasa mengikut Imam Ahmad. Jumhur ulamak tidak membatalkannya.

12. Berniat keluar dari puasa; batal puasa mengikut Imam Ahmad. Menurut Abu Hanifah, majoriti ulamak mazhab Maliki dan yang rajih dalam mazhab Syafi’ie; tidak batal puasa.

Nota kaki;

[1] Ketetapan umum dalam mazhab Syafi’ie; membatalkan puasa dengan memasukkan sesuatu ke rongga dalam badan (iaitu rongga halqum ke perut, rongga kepala (otak), usus dan pundi kencing) melalui saluran yang terbuka di badan. Sama ada benda yang dimasukkan itu kecil atau besar, makanan atau bukan makanan. Yang dimaksudkan saluran terbuka pada badan itu ialah mulut, hidung, telinga, kemaluan/faraj (saluran kencing) dan dubur (saluran berak).