Monday, July 20, 2009

Thursday, July 2, 2009

exam mode


STOP!! i need a break

3rd IA is just around the corner
but yeah, i can't see myself being "ready"
just recovered from a hectic week
and ohh, wish me luck!!


study status : loading...



Thursday, June 25, 2009

i tag YOU!!

Name 3 things you do when you’re really stressed:
1. sleep
2. eat
3. games

Name 5 favorite fruits:
1. papaya
2. 0range
3. watermel0n
4. pear
5. apple

What are you thinking about right now?
- the answer for this question

Where is your phone?
- here

Where do you sleep?
- 80% lecture hall

Where did you get the shirt you’re wearing now?
- fr0m my drawer??

What was the last thing you ate?
- nestle cerelac. mknan bayi

What kind of cellphone service do you have?
- airtel

What is the closest item near you that is white?
- my lapt0p, my hp, my mp3 oh n my b0nes. included?

What is the last movie you watched?
- ghost

When did you last feel a tree with your bare hands?
- why on earth, i have to answer this?

THE STRANGE ELEVEN : Eleven odd facts about yourself:
1. Are you photo addict?
- hell yes. my drugs

2. What were you doing this morning at 8am?
- zzzzz... ponteng kls :P

3. Do you care for your Facebook?
- hell yes!! routine

4. How many different beverages have you drank since yesterday?
- hmm~

5. What are three things you hate?
1- untidy room
2- exam
3- lupa chrge hp

6. What do you wish for?
- i wish for no exam

7. When was the last time you got really hurt?
- well~

8. Any plans for tonight?
- any suggestions?

9. Something you are excited about?
- sports day. haha

10 . What is your favorite flavor of ice cream?
- any

11 . Describe your keychains?
- hmm... s0me keychains i b0ught during last vacati0ns

12. Do you know anyone in prison?
- pris0ner?

13. If so, who?
- y? intereseted?

Tuesday, June 23, 2009

papa


happy father's day jimmy peng

Wednesday, June 17, 2009

aktiviti

  • sudah basi agaknya ruangan ini untuk diwarwarkan
  • namun akibat kesibukan CEMPAKA, baru hari ini CEMPAKA dapat kembali
  • selamat bertemu!!
  • seminggu sebelum pulang ke malaysia
  • kami dikejutkan dengan 4 berita
- harus pindah rumah minggu itu juga
- harus hantar assignment untuk subjek anatomy dan physiology
- tidak di beri cuti apatah lagi ponteng kelas
- harus berkemas untuk barang yang perlu di bawa balik ke malaysia yang sangatlah banyak
  • memandangkan hujung minggu itu juga kami akan pulang ke malaysia
  • maka kami terus mengemas barang2 kerana beg yang sama perlu diguna untuk balik kampung nanti
  • tetapi hanya terdapat 1 l0ri untuk memindahkan pelajar dari 3 tempat berbeza
  • maka, kami menempah taxi untuk mengangkut kesemua barang kami
  • pemandu itu mulanya berleter kerana terlalu banyak barang
  • memandangkan hanya CEMPAKA seorang sahaja yang menaiki taxi dan kawan2 lain sudah tiba di sana, CEMPAKA hanya berlagak tak faham :D
penat mengemas barang
  • CEMPAKA menaiki penerbangan tiger airways dari bangalore ke kuala lumpur melalui transit di singapura
  • di lapangan terbang bangalore ramai juga yang emo kerana kesalahan travel agent yang tidak memasukkan jumlah nilai bagasi yang menyebabkan kebanyakkan mereka membayar hampir Rs 8000
  • namun begitu perasaan pulang ke kampung mengatasi segalanya
  • setibanya di singapura bandar temasik, kami sempat berjalan2 seketika di sana
  • terdapat alkisah di mana sewaktu CEMPAKA menghulurkan kamera kema kepadanya, tiba2 kamera itu terjatuh lalu lense itu rosak

oh uniqnya.. singapura

sebelum adegan kamera kema jatuh
  • sampai di kuala lumpur, CEMPAKA bertemu dengan keluarga dan sanak saudara
  • lalu kami terus ke perth, australia dengan penerbangan malam itu

baju sama?
  • sampai di terengganu pula CEMPAKA dan sepupu2 ramai2 memeriahkan kempen aliran sehala
  • kerana kini banyak jalan2 di kuala terengganu sudah menjadi jalan sehala

teka yang mana CEMPAKA?


evolusi jalan sehala terengganu
  • CEMPAKA juga sempat keluar makan ikan celup tepung di tepi pantai bersama kawan2 yang lain
  • kami juga bersama2 bermain paintball sememangnya sangat seronok
  • tetapi pelurunya sangatlah sakit dan lebam jika terkena
  • tidak kurang juga dengan bbq yang diadakan di rumah ellena
pantai airport

kenalkah anda CEMPAKA?
"pain" ball

bbq : yang mana CEMPAKA?
  • CEMPAKA juga menyambut hari jadi adik CEMPAKA, nayli bersama2 kawan2nya
  • namun, alangkah terkejutnya CEMPAKA apabila tiba2 seekor bear a&w keluar dengan membawa kek untuk hari jadi CEMPAKA yang dah lepas
  • itu merupakan hasil kejutan surprise dari mumy dan papa CEMPAKA
  • CEMPAKA juga turut mengikuti papa CEMPAKA menunggang kuda
  • walaupun telah di pujuk, di dukung dan di paksa oleh papa, CEMPAKA tetap takut nak naik [hehe :P]

birthdayS

watching horse0riding with papa
  • setakat ini, mungkin itu sahaja cerita2 basi dari CEMPAKA
  • sekarang hari2 CEMPAKA agak sibuk
  • kenapa? nantikan kemunculannya :D

Friday, May 22, 2009

jalan-jalan cari pasal

autumn di hati ku?

  • selamat bertemu kembali
  • adakah anda masih meneka2 shiapa CEMPAKA?
  • maaf CEMPAKA masih perlu merahsiakan identiti ini
  • seperti agent 007 rasanya

  • 17 mei yang lalu CEMPAKA dan keluarga bercuti2 di perth, australia
  • penerbangan kami mengambil masa lebih kurang 5 jam
  • range suhu di sana agak dasyat kerna di waktu pagi atau malam dalam linkungan 3-5 C manakala tengah hari boleh mencecah 23 C
  • kami tinggal di mont clare boutique apartment yang sememangnya lengkap dengan kitchen&utensils, laundry, dan 2 bilik tidur [promote]

  • hari pertama tiba kami beramai2 menuju ke fremantle, sebuah pekan di tepi pelabuhan
  • memandangkan rakyat di sana mengamalkan car pooling, traffic tidaklah jam sangat
  • kami juga menaiki bus "red cat" yang sememangnya free :D
  • fremantle memang terkenal dengan makanan laut dan pemandangan yang biasanya di hiasi dengan cruise2 peribadi [hehe.. :P]
  • di sana kami borong dan makan pelbagai jenis makanan laut seperti udang, ketam, oyster, lobster, abalon dan juga fish n chips
  • di sana terdapat banyak burung seagull yang bertebangan dan kami juga sempat bermain2 di taman yang luas bersama2 burung itu :P

burung seagull



seafood yang segar
  • hari kedua pula kami ke victoria's park
  • kawan mumy CEMPAKA ada membuka restoran di sana, "makan2 cafe" yang menyediakan menu selera malaysia
  • kawasan itu strategik kerna berhampiran dengan curtin university yang mempunyai agak ramai pelajar malaysia
  • curtin university juga ada di sarawak
  • di sini terdapat ramai orang malaysia yang tinggal di sini dengan megambil PR [public relations]
  • singaporeans juga ramai
  • mereka selalu dijumpai sebagai salesgirls, dalam bus, dalam train, jadi boleh lah cakap melayu :P

  • hari ketiga kami pergi ke caversham wildlife park
  • sudah tentu kami berjumpa2 dengan kangaroo wallaby dan koala
  • selain itu ada juga donkey ala2 kartun :P, llama, wombat dan haiwan savana yang lain
  • tetapi malangnya CEMPAKA agak takut dengan mereka2 [hehe :P]
  • terdapat juga pertunjukan haiwan2 itu yang CEMPAKA tengok
  • kebanyakan mereka masih bayi
yaya dan wallaby

  • hari keempat kami ke swan lake
  • di sana kami menaiki eye of perth dengan 4 kali pusingan
  • dari atas sana boleh melihat bandar perth dan juga jam matahari yang boleh dilihat dari atas
  • kami juga berjalan2 di harbour town dan king's street
  • di king street terdapat pelbagai designer outlet seperti LV,bally,gucci dan sebagainya

  • jadi, di sana kini sedang musim luruh
  • sangat banyaklah kelihatan daun berguguran [hehe..:P]
  • bandar perth tidaklah happening sangat kerna pukul 5 semua kedai sudah tutup dan keadaan sudah masuk waktub maghrib
  • pada pukul 8 jalan sunyi sepi dan tidak ramai manusia berkeliaran
  • bandar ini sesuai bagi mereka yang ingin menenangkan fikiran dari hiruk pikuk kota atau pun baru lepas putus cinta
  • barangan di sini juga harganya lebih kurang sama dengan malaysia kerna belum tiba waktu sale
  • walaupun roxy dan quicksilver sememangnya dari australia tetapi kali ini banyak stok untuk surfing so CEMPAKA tak borong sangat [huhu.. :(]
  • inginkan lebih klik visual, sila klik pada komunikasi terperinci di sebelah ------->



masih meneka2 siapa CEMPAKA?

Thursday, April 30, 2009

video klip

  • roomate CEMPAKA amat tertarik dengan video klip ini
  • mereka juga telah melihat video ini berulang2 kali
  • mungkin CEMPAKA boleh berkongsi dengan anda semua
  • selamat berhibur~

Wednesday, April 29, 2009

oh flip flop cinderella

petang tadi CEMPAKA menjadi cinderella
  • hari ini CEMPAKA ke kelas seperti biasa dan sudah pasti memakai alas kaki
  • antara alas kaki yang ada, CEMPAKA memilih untuk memakai flip flop sahaja aka selipar jepun
  • bukan apa supaya mudah untuk berjalan ke sana ke sini
  • petang tadi selesai sahaja kelas, CEMPAKA dan kawan2 bercadang2 untuk minum di coffee day
  • namun tiba2 dalam perjalanan...
  • sewaktu berjalan2 berjemaah ramai2
  • selipar CEMPAKA terputus dengan tiba2nya
  • entah kenapa terjadi sebegitu
  • lantas anis si oswald sangatlah baik hati
  • beliau mahu mencuba stapler
  • teng dan uniq baik hati juga
  • mereka meminta tolong hulwan
  • hulwan lagi lah baik baik hati
  • walaupun sedang membawa motor, beliau meminjamkan seliparnya sebelah kepada CEMPAKA
  • dan beliau serta nick di belakangnya pulang dengan kaki ayam sebelah
  • suwigg~
  • selepas itu kami ke coffee day
  • tak sangka pula jumpa ikiey, zaidi dan ilham di sana
  • ikiey lengkap berpakaian lab coat dengan rambut gaya wolverine
  • lab coatnya hanya ditanggalkan ketika waktu kecemasan
  • kerna ikiey memakai pakaian seragam wonderpet di sebaliknya
  • sewaktu mahu pulang pula
  • kami bersama2 menahan auto
  • tiba2 datang seorang pak cik tua ke arah CEMPAKA
  • beliau menhampiri CEMPAKA dan mengeluarkan rantai dari leher bajunya
  • beliau mengambil salah satu pin pada rantai tersebut
  • kemudian pak cik tadi tunduk dan meminta selipar CEMPAKA lalu tolong pinkan kembali bahagian selipar yang putus tadi
  • alangkah terkejut beruknya CEMPAKA
  • CEMPAKA terus berterima kasih kepadanya kerna pakcik itu sangatlah baik hati
  • suwigg~
  • sepetang bersama selipar putus bersama kema, anis, bihah, naz, raja, uniq, teng

Monday, April 27, 2009

oswald??


  • oswald adalah sejenis kartun sotong kurita yang bewarna biru dengan lapan kaki serta topi hitam
  • siri kartun bernama nick jr ini ditayangkan di rangkaian nickelodeon, cartoon network dan disney channel
  • siri ini juga direka khas oleh dan yaccarino dari tahun 2001 hingga 2008 yang berkisarkan hidup oswald dan rakan2nya
  • oswald dan rakan2 tinggal di big city suatu bandar fantasi ala new york city
  • siri ini mempunyai 2 musim dengan 30 episode setiap musim
antara watak2 dalam siri ini ialah :

oswald
  • suara oleh fred savage
  • seekor sotong kurita besar bewarna biru yang mempunyai 4 tangan dan 4 kaki
  • tinggal di sebuah apartment bersama henry si penguin, buster si kura2 dan kawan2 yang lain
  • beliau adalah seorang yang lembut, sopan dan baik hati serta sanggup mencuba apa sahaja cara demi membantu kawan2nya
  • hobinya adalah bermain piano dan menyanyi
  • oswald selalu memakai alat keselamatan sewaktu berada di dalam air
  • beliau juga menyukai ais krim swizzleberry swirl
weenie
  • suara oleh debi derry berry
  • seekor haiwan peliharaan kepada oswald
  • hanya bercakap dengan gaya menyalak
  • weenie gemar makan makanan anjing perisa vanilla
daisy
  • suara oleh cystal scales
  • seekor bayi ulat bulu yang baru belajar untuk bercakap
  • satu2nya anak madame butterfly
  • mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terhadap semua objek di sekelilingnya
  • selalu dikelilingin oleh ibunya dan rakan2nya yang lain bagi mengawasi sifat ingin tahu yang tinggi itu
dan ramai lagi...

namun terdapat seorang budak ims yang ingin menjadi oswald

siapakah orangnya?

siapakah oswald di antara mereka?

adakah oswald hadir di sini?

yang mana satukah oswald?

oswald reality, siapa anda?

Sunday, April 19, 2009

klarifikasi

  • kepada yang tidak tahu...



  • mungkin ramai yang tidak mengetahui intipati cerita yang berlaku kepada CEMPAKA sebenarnya
  • di sini mungkin CEMPAKA boleh memperjelaskan sedikit apa yang berlaku di sebalik tabir
  • isnin lalu CEMPAKA pun hantarlah surat yang dipinta
  • jangan main2, CEMPAKA tulis dalam bentuk format surat rasmi :D

  • namun sewaktu nak hantar HOD cuti pula
  • oleh itu CEMPAKA hantar kepada Mdm Sayee
  • sewaktu berjumpa dengan Mdm Sayee dalam dissection hall
  • Mdm memegang tangan CEMPAKA sambil berkata, "55, what happened to you? why you didn't come after that day?"
  • CEMPAKA pun menjawab, "i was permitted from this hall by prof sudha, and she asked me to write this letter" sambil menghulurkan surat itu
  • lalu Mdm berkata, "oh my, did you write this letter?"
  • mestilah CEMPAKA angguk kan
  • lantas Mdm berkata, "no, no. you dont have to write this letter or else i will feel bad. you dont even do anything huge. it's not really a big mistake. oh my god, keep this letter to yourself" sambil melipat surat CEMPAKA dan meletakkannya ke dalam pocket lab coat CEMPAKA
  • CEMPAKA mulanya tidak faham dan agak terkejut
  • lalu Mdm berkata, "dont worry and dont take this thing seriously. you do not do anything wrong unless from walking around. [laughing] if you wanna write the letter so much, just write 3 words, i am sorry. you don't have to write this long and proper letter because this is for someone who did any huge mistake. oh my.. [laughing]
  • Mdm masih lagi memegang tangan CEMPAKA lalu menyuruh CEMPAKA kembali ke tempat
  • suwigg~


  • mungkin juga ramai yang salah anggap alkisah CEMPAKA dan HOD berdasarkan post2 sebelum ini
  • mungkin ada yang menganggap CEMPAKA pelajar yang tak patut belajar di sini
  • CEMPAKA tak kisah kerana mungkin mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku
  • sebenarnya setiap kali HOD marah CEMPAKA bukanlah dengan nada marah yang garang2
  • malah HOD berkata2 dengan senyum
  • mungkin apabila dialog itu ditulis semula disini ramai yang baca dengan nada berbeza
  • CEMPAKA masih ingat sebelum practical IA bermula, HOD personally memanggil CEMPAKA di dalam kelas dan menunjukkan kepada CEMPAKA satu persatu slide histo beserta dengan characteristic dan cara untuk mengecamnya sekali di mana pelajar lain perlu ulang kaji dengan sendiri
  • setiap kali demo dissection di meja CEMPAKA juga HOD pasti memanggil CEMPAKA untuk berdiri di sebelahnya sambil memberi penerangan
  • dan selepas semua pelajar lain berlalu HOD pasti akan memanggil CEMPAKA sambil bertanya mungkin ada apa2 yang CEMPAKA tidak faham
  • hal ini disebabkan HOD sudah mengenali CEMPAKA berdasarkan apa CEMPAKA pernah lakukan
  • well, anda semua tahu bukan
  • sewaktu ujian practical juga, selepas taklimat, HOD personally memberitahu perkara yang patut ditulis kepada CEMPAKA walaupun semua pelajar sudah tahu mengenai itu
  • jadi apa jua pandangan mengenai HOD dan CEMPAKA terpulanglah kerana CEMPAKA tiada hak untuk menghalang
  • dan CEMPAKA amat terharu kerana HOD concern ke atas diri CEMPAKA
  • suwigg~

  • dalam kelas osteo juga mungkin CEMPAKA pernah bercerita bagaimana CEMPAKA pernah di tegur oleh "sir azlan"
  • bagi yang tidak tahu, kelas osteo ini adalah kelas mengenai tulang dan bahagian2 yang terdapat pada tulang tersebut, ossification dan muscle attachment
  • mungkin CEMPAKA pernah bercerita di mana semua orang dibenarkan keluar dan CEMPAKA disuruh stay dalam kelas itu
  • mungkin anda tidak tahu "sir azlan" sangatlah baik kerana walaupun selepas menerangkan perihal sesuatu tulang kepada kelas, beliau personally menerangkan semula benda yang sama kepada CEMPAKA
  • kemudian beliau siap menyuruh CEMPAKA mengecam betul2 bahagian tulang itu sampai CEMPAKA betul2 faham
  • mungkin ramai yang ingat CEMPAKA sedang didenda dan sebagainya
  • tapi CEMPAKA amatlah terharu kerana sir azlan sanggup ulang apa yang diajar
  • suwigg~

  • mungkin ramai yang ingat dr suresh yang pernah menghalau CEMPAKA itu garang orangnya
  • beliau memanglah garang tapi sewaktu dalam kuliah sahaja
  • diluar beliau sangatlah baik orangnya
  • jika dalam kelas practical dr suresh pasti akan bertanya CEMPAKA sama ada CEMPAKA boleh melakukan eksperimen tersebut atau mahukan penjelasan
  • CEMPAKA percaya dr suresh juga melakukan perkara yang sama kepada pelajar lain
  • jadi dr suresh tak ada lah garang sangat
  • suwigg~

  • mungkin dr murali pernah menegur CEMPAKA tidur dalam lecture hall dengan lab coat
  • namun sebenarnya dr murali sangatlah baik orangnya
  • CEMPAKA masih ingat sebelum exam biochemistry, dr murali bertanya sama ada CEMPAKA sudah bersedia menghadapi exam atau tidak serta tanya mana2 topik yang CEMPAKA tidak faham
  • dr murali juga dengan tiba2 meminta pen dan kertas dari CEMPAKA dan menulis topik2 yang patut ditekan sebelum exam [waa~:D]
  • sewaktu exam practical, sewaktu dr murali menunggu pelajar di sebelah CEMPAKA menyiapkan jawapan, beliau bertanya CEMPAKA sama ada CEMPAKA boleh jawab exam minggu lepas, soalan mana yang susah, soalan objektif yang keliru
  • sesungguhnya dr murali sangatlah baik
  • suwigg~

  • dalam kelas histo pula
  • sewaktu mdm sayee panggil setiap 10 orang ke slide beliau pasti akan menarik tangan CEMPAKA supaya berdiri di sebelahnya
  • antara kata2 mdm sayee yang CEMPAKA takkan lupa ialah, "she so special to us" [chewaahh.. terharu~]
  • mdm sayee sifatnya sangatlah keibuan menyebabkan CEMPAKA sangat menyukainya
  • nak tulis pasal keibuan mdm sayee panjang pula [hehe :P]
  • suwigg~


  • oleh itu
  • CEMPAKA tahu course ini bukanlah course yang senang
  • berkat itu amatlah penting
  • sebab itulah walau ditegur macam mana pun CEMPAKA tak pernah melawan
  • sebaliknya CEMPAKA hanya senyum
  • dan bagi mereka yang ingat CEMPAKA tidak serius sebab senyum, lecturer yang tegur tadi membalas senyuman itu
  • kerana CEMPAKA tahu niat mereka baik
  • even dr suresh pun senyum [suwigg~]
  • benar lecturer banyak menolong terutama jika sikit lagi nak pass
  • CEMPAKA masih ingat sir azlan sewaktu practical surface marking, dia hanya menyurh CEMPAKA membuat surface marking pada bahagian yang CEMPAKA tahu dengan yakin tanpa mengutarakan soalan [just do what you know]
  • mungkin ada juga kot pelajar lain yang sir azlan suruh buat begitu

  • jadi disini CEMPAKA hanya ingin klarifikasi beberapa perkara di sebalik tabir yang mungkin di antara anda yang tidak tahu
  • dan CEMPAKA tahu serta mengaku di atas semua yang berlaku adalah datang daripada salah diri sendiri
  • CEMPAKA tidak pernah menyalahkan sesiapa jua [huahuahau!!]
  • jadi jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut sila ym CEMPAKA dari membuat andaian, buat2 tahu atau menuduh bukan2
  • suwigg~

Sunday, April 12, 2009

tersirat dan tersurat

jom bercerita
  • di sebuah taman perumahan
  • wujud pasar malam pada hari isnin, selasa dan rabu
  • pasar malam tersebut dikawal oleh pegawai perbandaran yang bertugas
  • antara peraturan yang ada ialah para peniaga tidak dibenarkan memindahkan tapak niaga mereka setiap kali berurus niaga pada hari2 berikutnya

  • terdapat pelbagai variasi gerai yang ada termasuklah sebuah gerai bewarna serba kuning dari perkakas hinggalah ke barang jualan
  • ternyata gerai ini lebih menonjol dari gerai2 yang lain
  • namun begitu bukanlah semua peniaga mematuhi peraturan2 di situ
  • setiap hari peniaga yang sampai lebih awal akan mengambil tapak di hadapan dan diikuti dengan peniaga yang seterusnya
  • siapa cepat dia dapat
  • dan hampir setiap hari berlangsungnya pasar malam, tapak niaga para peniaga di situ pasti berubah
  • pendek kata semua peniaga tidak mempunyai tapak yang tetap

  • pegawai yang bertugas menyedari hal ini namun beliau tidak mengambil tindakan kerana perbuatan tersebut tidak menjejaskan urus niaga di kawasan itu
  • walaupun begitu, setiap kali gerai bewarna kuning berpindah tapak, pegawai yang bertugas sering kali memberi amaran tentang peringatan peraturan itu
  • hal ini disebabkan oleh gerainya yang serba kuning itu menarik perhatian pegawai tersebut dan mudah dikenalpasti berbanding gerai2 yang lain walaupun mereka semua turut berpindah tapak

  • akhirnya selepas beberapa kali amaran, pegawai bertugas mengeluarkan peniaga gerai kuning itu dari senarai nama peniaga yang dibenarkan terlibat dalam urus niaga pasar malam di taman perumahan itu
  • hal ini disebabkan peniaga itu telah mengabaikan amaran yang telah diberi dan ditambah pula mood pegawai bertugas yang kurang baik hari itu

  • pada pandangan seseorang individu, tindakan yang dikenakan ke atas peniaga gerai kuning itu BERBALOI kerana beliau tidak mematuhi peraturan dan telah mengabaikan amaran yang diberi
  • jika begitu semua peniaga BERBALOI dikenakan tindakan yang sama kerana bukankah semua peniaga melanggar peraturan juga??
  • jadi bersyukurlah kerana kesalahan anda tidak dihidu dan tidak dikenalpasti oleh pegawai bertugas kerna hanya salah seorang peniaga sahaja yang telah dikenakan tindakan
  • dan anda masih mahu menghukum dan mengutuk kesalahan peniaga gerai kuning??