setelah sebulan di sini CEMPAKA belajar memasak ayam masak lemak cili api antara resipi yang di belajar resipi ini bukanlah original tapi di ubah suai menjadi simple agar sesuai bagi pelajar2 di perantauan
hari ini CEMPAKA, anis, bhah dan naz memasak nasi ayam kami mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk siap resipi yang simple ini sesuai bagi mereka yang terutamanya hidup di perantauan dan ingin merasakan sajian tanah air
kunci utama
rebus ayam+air sampai mendidih
toskan ayam
asingkan air rebusan
nasi
tumis bawang (cincang) + halia (cincang) + butter
masukkan beras (dibasuh)
masukkan air rebusan ayam tadi
sup
tumis bawang (mayang) + halia
masukkan air rebusan ayam tadi
masukkan garam secukup rasa
ayam
gaul ayam tadi dengan kicap
tambah garam kalau kicap tak masin
goreng ayam yang digaul dengan minyak
sos kicap
masak sup tadi + kicap + sos tiram sampai mendidih
mereka : makan!! (dari tingkat bawah) CEMPAKA : jap (depan laptop) mereka : makan!! CEMPAKA : jap mereka : makan!! CEMPAKA : ye ye jap mereka : lauk nak habis ni CEMPAKA : ye!! (berlari2 anak menuruni tangga) mereka : cepat sikit CEMPAKA : berlari dengan laju ke arah dapur sambil memakai selipar berspan yang lembut untuk membasuh tangan)
BOOOOOM!!!
lantai licin
CEMPAKA jatuh di dapur
terhempap kepala dan kaki ke lantai
seluruh baju basah
tong sampah jatuh dengan sampah berselerak ke atas kaki CEMPAKA
gadis tibet buat pengetahuan semua di bangalore terdapat golongan minoriti penduduk tibet yang hidup aman damai di sini secara fizikal mereka kelihatan seperti orang melayu mata mereka sepet tapi ada yang berkulit cerah dan tidak kurang juga yang berkulit gelappendek kata seperti orang melayu bermata sepet lah negara tibet merupakan sempadan antara india dan china terdapat asimilasi budaya hindu dan buddha
anjing organisma ini sering berkeliaran merata2 di bandar kami pelbagai spesis yang ada tidak kurang juga yang cacat kami biasanya akan lari sambil berselawat demi mengelak dari organisma ini
pada suatu petang
CEMPAKA, bihah, anis dan naz ke kedai buah untuk membeli buah lah kan
bihah dan anis sibuk memilih buah yang elok
naz pula alpa dengan henfon nya
CEMPAKA yang tidak ada kerja sewaktu itu sedang menegur seorang gadis tibet
sebenarnya CEMPAKA bercakap bahasa melayu sengaja tidak mahu gadis tibet itu tahu
petah sungguh CEMPAKA memberi komen kepada gadis itu tapi gadis itu tidak faham jadi dia buat tak tahu je
tiba-tiba
jeng jeng jeng
datang lah seekor anjing besar berbulu lebat bewarna putih
kami berempat serentak terkejut
lantas berlari menyorok di belakang mak cik penjual buah sambil menjerit
kami ibarat beratur dalam 1 barisan
dimulai dengan makcik penjual buah di belakangnya bihah diikuti dengan anis, naz dan CEMPAKA
alangkah terkejutnya CEMPAKA apabila di sebelahnya berdiri gadis tibet
katanya "why? why?"
lalulah anjing tadi di depan kami tapi kami menten kaku di situ
gadis tibet tadi tengok anjing tadi dan menjeling ke arah kami
baginya anjing pun nak takut
yang tidak dapat dilupakan gadis tibet tadi berdiri sebaris dan serentak dengan kami dek terkejut telatah kami yang tiba2 menjerit
menukar tc menjahit seluar CEMPAKA mengambil laptop uniq yang di servis membeli pisang yang dikirim oleh bihah n anis
pada hari isnin yang lalu bersamaan 17 nov
CEMPAKA, uniq dan naz telah merancang untuk ke bandar
setelah kelas tamat pada pukul 4.30pm kami bergegas mendapatkan autorickhaw(auto)
namun perjalanan yang biasa mengambil masa setengah jam menjadi 2 jam akibat jalan jam dan kebanyakan jalan di tutup kerana entah menteri mana nak lalu
misi kami ke bandar adalah untuk
a) menukar tc b) menjahit seluar CEMPAKA c) mengambil laptop uniq yang di servis d) membeli pisang yang dikirim oleh bihah n anis
sepanjang perjalanan yang agak lama CEMPAKA tertidur dek kebosanan
sesekali uniq agak berleter kerana CEMPAKA selalu tidur dalam auto
katanya bimbang jika dibawa lari oleh pak cik auto tersebut
masih ingat sewaktu CEMPAKA terjaga rasanya mulut berangin2
rupa2nya CEMPAKA tidur sambil buka mulut
setelah 2 jam sampailah kami ke sana
kami terus bergegas ke forex exchange untuk
misi pertama : menukar tc
harapan kami hampa apabila rate hari itu rendah
kami terus menerus bargain untuk mendapatkan rate agak tinggi
tapi tak setinggi yang di harapkan
oleh itu niat menukar tc tidak diteruskan
misi pertama : gagal
kami ke sebuah mall di situ untuk menjahit seluar CEMPAKA
sedikit diskripsi mengenai seluar CEMPAKA :
sepasang jeans yang terkoyak di bahagian peha atas sedikit dari belakang lutut
akibat koyak tidak diketahui
jadi CEMPAKA menghantar ke kedai jeans untuk di jahit
apabila siap alangkah terkejut melihat kawasan yang dijahit
seperti jeans itu tertuduk di atas chewing gum yang kotor
ini disebabkan penjahit itu guna benang warna hitam
tapi tak ape sebab tak jelas sangat
CEMPAKA membayar Rs20 lebih kurang RM2
misi kedua : berjaya
kami kemudian ke kedai laptop untuk mengambil laptop uniq
sebenrnya itu adalah kali ketiga kami ke sana
pekedai itu asyik tunda bila nak bagi laptop uniq
katanya masalah laptop itu adalah display problem yang hanya siap dalam 2 hari
tapi selepas 2 minggu tak siap dan ada ke patut kena bayar Rs5000 dalam RM500
uniq bengang dengan pekedai itu dan memberitahunya tidak perlu baiki laptop itu
dan uniq ingin ambil balik laptopnya
tapi apabila kami sampai
dengan selamba pekedai itu memberitahu suruh datang esok kerana laptop itu belum sampaialangkah hancurnya hati uniq ketika itu kerana :
a) perjalanan 2 jam bersusah payah datang dari kolej tapi tak leh ambil laptop b) kalau nak ke bandar perlu tidur rumah CEMPAKA c) malam sebelumnya terpaksa packing dan bawa beg yang berat ke kelas semata2 untuk ke bandar dan tidur di rumah CEMPAKA
emosi uniq bergolak
dan uniq sound pekedai itu
katanya sudah 3 kali dia datang tapi tak boleh ambil laptop
dan dia dikenakan bayaran yang mahal
sambil berkata "tomorrow i cannot come. i m not free!"
dan terus berjalan ke arah pintu dan membuka pintu KACA dan lalu terhempap ke dinding dengan kuatnya
padan muka pekedai itu yang memang berbelit dan menipu
misi ketiga : gagal
kami terus ke kedai buah untuk membeli pisang bihah
apabila ditanya pekedai "how much do you want?"
CEMPAKA menjawab "two" yang di anggap akan diberi 2 sikat pisang
kami pun tunggu dengan senyap dan emosi masing2 terganggu dek kedai laptop tadi
apabila ingin bayar alangkah terkejutnya CEMPAKA apabila di beri 2 BIJI pisang!!
pekedai itu ingat CEMPAKA mahu 2 biji
tapi salah CEMPAKA sebab tidak explen awal2
akhirnya uniq menerangkan kepada pekedai itu bahawa kami mahu 2 sikat
tapi mereka jual mengikut dozen jadi kami beli 2 dozen
misi keempat : berjaya
setelah 2 misi gagal dan 2 misi berjaya kami bergegas mencari auto untuk pulang
akhirnya kami menaiki sebuah auto
dan memberitahunya arah dan tempat apartment kami
tapi jalan masih jam dan kereta hampir tidak bergerak
setelah 15 minit perjalanan auto tersebut berhenti katanya kehabisan minyak
katanya juga apartment kami dalam 2 km lagi dan kami boleh mencari auto laen
dia meminta bayaran Rs100
nak tak nak kami terpaksa bayar
auto tersebut berhenti di tengah kotaraya bangalore yang sesak dengan trafik
kami mencari auto lain tapi semuanya penuh
kalau ada auto kosong pun tak mahu ambil penumpang kerana jalan jam
kami terus berjalan di tepi FLYOVER dan JALAN RAYA yang sesak dengan trafik
sambil tanya arah dari orang ramai yang berjalan kaki di kawasan itu
walaupun hari sudah MALAM dan cuaca sangat SEJUK,
kami terpaksa redahi jua dan bajet dalam 2km lagi akan sampai
setelah tanya salah seorang pejalan kaki
rupa2nya ada lagi 10 km baru sampai ke tempat kami
dan kami amat bengang ditipu pakcik auto tadi
dah lah minta Rs100, patut Rs50 sahaja
memandangkan dia melalui jalan lain
kami tidak dapat agak dan ingatkan sudah dekat dengan tempat kami
kami terus berjalan dan berjalan sepanjang 5KM
kami terpaksa melintas LEBUH RAYA yang ada 4 lane sebelah kanan dan 4 lane sebelah kirikami juga terpaksa mendaki jalan berbukit
akibat perut yang lapar
kami makan pisang yang dibawa
akhirnya kami terjumpa sebuah auto kosong
dan menaiki auto tersebut yang meminta bayaran Rs70
tapi jalan sewaktu itu memang jam
dan walaupun melalui lorong di kawasan perumahan masih jam
jadi pakcik auto itu minta tambah menjadi Rs100
nak tak nak kami terpaksa setuju sebab hari sudah malam dan semakin sejuk
dan akhirnya kami tiba di rumah
tapi pak cik auto minta tambahan sampai Rs120
kami bengang sebab tadi hanya minta Rs70
dan setelah berdebat hebat
kami hanya bagi Rs110
akhirnya kami selamat sampai ke rumah
setelah pelbagai rintangan yang di lalui
pisang tersebut menjadi lebam dan tinggal tak sampai 10 biji pun
[nk cite semua ssh.. jd d ringkaskan..panjang cerita ni. nak baca ke?]
karot organisma bernama karot ini berusia 19 thn seorg yg chanteq, baek, kelakar, dan sederhana ketinggian nya karot ini tidak seperti karot yg laen karot yg laen semuanya bewarna oren namun karot ini hitam manis walaupon begitu, kejelitaannya tetap terserlah biar apa pon tanggapan org terhadapnya karot tahu siapa dan di mana dirinya
tembikai organisma bernama tembikai ini berusia 18thn agak muda dari karot namun agak matang darinya dari segi fizikal, tembikai sememangnya berisi, gebu dan berat jika di timbang namun, tembikai jaoh lebih telus, baek, naif dan yang pasti berisi tembikai bukan sebarang berisi tapi berisi di hati dan di minda pendek kata, tembikai sememangnya seorang yang disenangi
pertemuan karot dan tembikai [tahun 2000] pada asalnye tembikai hanyalah kawan kepada adek karot namun kehendak takdir, tembikai menjadi kawan karot mereka berkenalan di sekolah sewaktu darjah 5 hasil kebijaksanaan tembikai, dia akhirnya terpilih sebagai pelajar PTS dan untuk menjadi permulaan kepada sebuah persahabatan tembikai sekelas dengan karot pada suatu pagi di mana tembikai mula masuk kelas karot mula menegurnya masih ingat wajah tembikai yang agak takut masuk kelas senior karot dengan selamba buat2 ramah dengan pelajar junior namun pada hakikatnya rasa tidak senang dengan mereka kerana terasa tergugat yang entah apa2 mereka berbual2 perbualan perkenalan seperti biasa namun karot tetap karot selepas waktu rehat apabila tembikai masuk ke kelas dia cuak apabila melihat begnya tiada di kerusi panik tembikai mencari begnya sehingga dia terjumpa die belakang kelas di sebalik rak buku hahahahahaha [hilaian tawa dari karot] karot, pelajar yang sorok beg tembikai nak marah takut akihirnya tembikai diam sahaja esoknya pada waktu rehat juga sekali lagi tembikai cuak begnya ada tapi bukunya tiada rupa2nya karot letak setiap buku tembikai ats setiap meja pelajar laen jenuh tembikai mengutip kembali bukunya begitulah perkenalan mereka
kejayaan pertama [2001] sejak hari itu karot dan tembikai mula berkawan takde laa rapat kawan2 sekolah rendah xde gosip, xde pakatan, xde agenda persahabatan yg ringkas perbualan terhad kepada dunia hiburan, jejaka hensem dan homwork smpai sekolah pagi2 berbual2 beratur d perhimpunan berbual2 masuk kls, rehat sudah pasti berbual2 lagi habis sekolah tunggu van berbual2 mereka menyertai persatuan yang sama masih igt sewaktu hari guru mereka sama2 membuat persembahan maklumlah zaman kegemilangan bollywood mohabbatein menjadi pilihan suatu kenangan yag tidak mungkin d lupakan hilai tawa, suka duka hingga saat genting upsr mereka sama2 berjuang sama2 rasai debaran dan akhirnya mereka sama2 berjaya sama2 dpt 5A dan sama2 ke sklh mnengah
kejayaan kedua [2004] sklh menengah di mana proses mencari identiti tembikai mempunyai byk hobi dan atranya menulis cerpen agak terharu apabila karot di jadikan watak cerpennya dan nama wataknya kekal hingga kini sehingga nama sebenar karot seolah2 tdk wujud kerana karot d knli dgn watak itu
tembikai, karot dan kawan2 yg laen selalu rehat bersama2 agak kelakar apabila setiap org ada turn utk beli mknan buat kwn2 yg laen msh igt sewaktu merentas desa, mereka semua ambil shortcut lari lintang pukang msk kampung nak lari dari cikgu akhirnya kalah juga hari demi hari pmr tiba usaha, ingatan, doa minggu peperiksaan berlalu dan keputusan tiba karot dan tembikai sama menanti debaran sama2 bersyukur sama2 dpt 8a sama2 ke mrsm pngkalan chepa
kejayaan ketiga [2006] sedeh, rindu, debar perasaan masuk asrama minggu orientasi orang laen bergembira setiap mlm mereka menangis igt keluarga, igt kwn, igt dunia mereka dunia yg bebas tanpa peraturan lagu teman sejati baru di fahami maksudnya pada hari itu nmun perasaan sedey d ganti dengan gembira keseronokan mula d terokai antara kengan manis yg msh d igt karot sewaktu hujung mggu d waktu ptg karot bersama gitarnya dan tembikai menyanyi mengikut rentak walaupon xsedap sangat mereka konon2 berangan menjadi girl band angan2 minah jenin hari demi hari spm tiba dan berlalu dan hari menunggu keputusan sama2 berazam sama2 mahu menggapai impian dan sama2 mengulangi sejarah sama2 bersyukur lagi sama2 dpt straight a sama2 dpt mara dan sama2 ke msu
kejayaan? keempat [2008] mereka bebas berada d kota raya bebas dari peraturan berkenalan dengan mereka2 yang laen bakal2 doktor masih igt ronda2 d kota bersama kiwi dan mangga dari utara dan gadis2 rambutan dari kelantan hampir semua mall telah d pijak dgn elaun yg ade mereka sh0pink sakan namun tembikai tetap tidak lari dengan matlamatnya setiap exam tembikai pasti cemrlang namun karot, cukup2 mkn shj tembikai ibarat kakak yg sering nasihat karot ttg apa shj terutama akademik supaya sentiasa focus how far we go n whatever our passion is, we still know the limit n priority is always priority masih igt pengalaman mereka pulang ke kampung bersama2 dari naek kereta org, naek bus smpai naek flight mcm2 kisah pelek+lucu terjadi setahun berlalu keputusan tiba dan buat pertama kali mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan tempat belajar tanggal 27 sept pergilah tembikai meninggalkan karot berbatu2 jauhnya berthn2 lamanya dan karot tiba dcni pada 11hb 0ct tiba di tmpt bljr baru dunia yg baru cuaca yg baru tanpa tembikai d sisi
mereka sama2 gila mereka sama2 pelek mereka sama2 ada impian mereka sama2 ada hobi mereka sama2 ingin berjaya dan mereka sama2 pernah berjaya dulu
tapi sebab kelalaian karot kealpaan karot keralekan karot kesilapan karot keterlupaan karot
tembikai jauh d sana melalui hidup dan karot d cni menjalani hidup
mungkin ada hikmahnya mungkin ini rezkinya
-kita sama je.. tapi sy yg terslh lgkah.. i miss u babe-